Tag: F1

Oct 11

F1 Jepun 2010: Keputusan Paling Baik Lotus Racing

Perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka semalam memang menarik, drama bermula seawal pelepasan bendera bila mana Vitaly Petrov melanggar Nico Hulkenberg dan kemudian semasa selekoh pertama Felipe Massa pula menyapu Tonio Liuzzi sewaktu beliau hendak memotong Nico Rosberg. Beberapa babak kemudian Michael Schumacher pula ‘berlumba’ dengan Nico Rosberg sehinggalah pada babak terakhir perlumbaan iaitu pada …

Continue reading »

Oct 07

Lotus Racing Guna Kotak Gear & Hidraulik Red Bull!

Walaupun Lotus Racing sedang berkrisis dengan Grup Lotus tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus merancang program musim depan. Terbaru mereka mengumumkan pembekal kotak gear dan sistem hidraulik baru iaitu Red Bull Technology. Kita semua tahu sistem hidraulik Lotus Racing sekarang memang tak boleh pakai, asyik rosak dan kita juga tahu di mana kedudukan Red …

Continue reading »

Sep 28

Proton Batal Nama Lotus Racing!

Sejak kelmarin berita Proton batalkan nama Lotus Racing untuk musim 2011 memang kecoh. Saya pun tak pasti apa yang berlaku di sebalik tabir. Ikut kata Proton, Lotus Racing ada melanggar perjanjian dan sementara artikel ini ditulis tiada lagi respon dari Tony Fernandes. -Mak Uia-

Sep 25

Lotus Racing Adalah Team Lotus!

Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.

Continue reading »

Sep 13

F1 Itali 2010: Alonso Menang Di Negeri Ferrari

Menang di tempat sendiri memang manis, rasa macam dah hadiahkan sesuatu yang besar untuk rakyat tempatan. Walaupun Fernando Alonso berasal dari Sepanyol tetapi itu tidak cukup untuk menghalang warga Itali dari merai kemenangan mereka, silap-silap ada yang tak lena tidur semalam dan mungkin ada yang tak kerja hari ini. Sebelum menang Alonso sudah pun menaruh …

Continue reading »

Sep 04

Nabil Jeffri Pemandu Uji Termuda Formula Satu

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nabil Jeffri pelumba muda berusia 16 tahun akan menjadi pemandu ujian Lotus Racing. Pada 1 September lepas beliau telah melakukan ujian aero di landasan terbang Muzium Perang Imperial Duxford dan mencatat rekod sebagai pemandu uji termuda Formula Satu. Menemani dan membantu Nabil ialah Fairuz Fauzy dan Heikki Kovalainen dan beliau …

Continue reading »

Aug 30

F1 Belgium 2010: Hari Untuk Lewis Hamilton

Lewis Hamilton dari McLaren Mercedes sekarang ini memegang takhta pemandu apabila memenangi Formula Satu Belgium yang agak kucar-kacir kelmarin. Beliau menang hanya 1.5 saat di depan pemandu RedBull Mark Webber yang kini dengan kumulatif 179 mata, ketinggalan 3 mata di belakang Hamilton. Bagaimana pula dengan seorang lagi hero muda RedBull Sebastian Vettel? Beliau jauh dibelakang …

Continue reading »

Aug 07

Nabil Jeffri Pandu Ujian Aero Lotus Racing

Lotus Racing mengumumkan Nabil Jeffri, remaja berusia 16 tahun yang sekarang ini bersaing dalam BMW Pacific untuk tim Eurasia Motorsport akan memandu kereta Lotus Racing semasa ujian aerodinamik pada awal September nanti di UK.

Continue reading »