Posts Tagged ‘F1’

F1 2011: Lotus Racing Guna Warna Hitam-Emas

Nama pasukan Lotus Racing [LR] untuk Formula Satu musim 2011 masih lagi kabur dengan kontroversi Grup Lotus mengharamkan firma Tony Fernandes dari menggunakan apa-apa nama yang ada kaitan dengan Lotus. Berita terakhir ialah kedua-dua pihak sedang berbincang di belakang tabir atas nasihat Tun Dr. Mahathir. Ironinya Tun adalah penasihat Proton Holdings dan juga LR. Drama [...]

F1 Brazil 2010: Red Bull Juara Pembina 2010!

Perlumbaan F1 semalam merupakan penamat untuk kategori pembina apabila Red Bull dengan kedua pemandunya Sebastian Vettel dan Mark Webber menamatkan perlumbaan sebagai juara dan naib juara. Ini bermakna peluang untuk tim lain tamat terus memandangkan perlumbaan hanya tinggal satu pusingan di Abu Dhabi. Walau bagaimanapun peluang masih terbuka untuk tiga pemandu iaitu Alonso, Webber atau [...]

F1 2011: Lotus Racing Guna Enjin Renault!

Berita yang ditunggu-tunggu kini menjadi kenyataan, Lotus Racing menggantikan enjin Cosworth dengan Renault. Bernard Rey, Presiden Renault Sport mengumumkan semalam yang mereka akan membekalkan enjin kepada LR bermula musim 2011 ke atas dan ini adalah siri berita perkembangan positif selepas pengumuman kotak gear serta hidraulik Red Bull dan pembinaan terowong angin mereka sendiri. Nampaknya tiada [...]

F1 Korea 2010: Schumi Keempat!

Perlumbaan di Korea semalam adalah terburuk untuk musim ini, suatu permulaan yang tidak cantik untuk pusingan yang pertama kali diadakan di Korea. Pelumba bermandi hujan dan terlibat dalam kemalangan. Pelepasan kereta dilewatkan dan selepas berlumba hanya tiga pusingan perlumbaan ditangguh sementara cuaca kembali normal. Selepas hampir sejam tertunda, perlumbaan disambung tetapi di belakang kereta keselamatan [...]

F1 Jepun 2010: Keputusan Paling Baik Lotus Racing

Perlumbaan Formula Satu di litar Suzuka semalam memang menarik, drama bermula seawal pelepasan bendera bila mana Vitaly Petrov melanggar Nico Hulkenberg dan kemudian semasa selekoh pertama Felipe Massa pula menyapu Tonio Liuzzi sewaktu beliau hendak memotong Nico Rosberg. Beberapa babak kemudian Michael Schumacher pula ‘berlumba’ dengan Nico Rosberg sehinggalah pada babak terakhir perlumbaan iaitu pada [...]

Lotus Racing Guna Kotak Gear & Hidraulik Red Bull!

Walaupun Lotus Racing sedang berkrisis dengan Grup Lotus tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus merancang program musim depan. Terbaru mereka mengumumkan pembekal kotak gear dan sistem hidraulik baru iaitu Red Bull Technology. Kita semua tahu sistem hidraulik Lotus Racing sekarang memang tak boleh pakai, asyik rosak dan kita juga tahu di mana kedudukan Red [...]

Proton Batal Nama Lotus Racing!

Sejak kelmarin berita Proton batalkan nama Lotus Racing untuk musim 2011 memang kecoh. Saya pun tak pasti apa yang berlaku di sebalik tabir. Ikut kata Proton, Lotus Racing ada melanggar perjanjian dan sementara artikel ini ditulis tiada lagi respon dari Tony Fernandes. -Mak Uia-

Lotus Racing Adalah Team Lotus!

Pertama 1Malaysia F1 Racing Team, kedua Lotus Racing, terbaru dan kekal selepas ini ialah Team Lotus. Nama memang memainkan peranan penting dan sampai sekarang masih ada suara-suara yang tidak setuju dengan Lotus Racing sebab saya rasa ianya bukan tim kilang Lotus tambahan pula dimiliki oleh rakyat tempatan. Kalau ada yang skeptik tu perkara biasa.

F1 Itali 2010: Alonso Menang Di Negeri Ferrari

Menang di tempat sendiri memang manis, rasa macam dah hadiahkan sesuatu yang besar untuk rakyat tempatan. Walaupun Fernando Alonso berasal dari Sepanyol tetapi itu tidak cukup untuk menghalang warga Itali dari merai kemenangan mereka, silap-silap ada yang tak lena tidur semalam dan mungkin ada yang tak kerja hari ini. Sebelum menang Alonso sudah pun menaruh [...]

Nabil Jeffri Pemandu Uji Termuda Formula Satu

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Nabil Jeffri pelumba muda berusia 16 tahun akan menjadi pemandu ujian Lotus Racing. Pada 1 September lepas beliau telah melakukan ujian aero di landasan terbang Muzium Perang Imperial Duxford dan mencatat rekod sebagai pemandu uji termuda Formula Satu. Menemani dan membantu Nabil ialah Fairuz Fauzy dan Heikki Kovalainen dan beliau [...]