Posts Tagged ‘F1’

Kereta Keselamatan F1 Paling Berkuasa!

Secara serius, perlumbaan F1 kalau tak ada aksi kejar mengejar dan drama lain-lain adalah membosankan. Terutama sekali bila mana kereta bakal juara berada paling depan sekali dan kereta lain jauh di belakang. Dan paling menarik sekali bila pengulasnya cakap Inggeris ala Matpon dengan loghat Yorkshire. Memang tak boleh nak tangkap langsung.
Apa pun selain dari perkara [...]

Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!

Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

F1: Imej Lotus Racing!

Lotus Racing semalam melancarkan secara rasmi kereta F1 nya, Lotus Cosworth T127 di Royal Horticultural Hall, London. Majlis tersebut dihadiri oleh Prinsipal tim, Tony Fernandes, Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne dan barisan pemandu iaitu Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan pemandu tunggal negara, Fairuz Fauzy. Majlis juga turut disertai oleh 500 penonton.

F1: Vitaly Petrov – Bapa Gua Bagi Duit Racing!

Ingat lagi tak kisah Vitaly Petrov dari Rusia yang menawarkan kepada bakal bos dia €15 juta untuk F1 musim 2010? Mengikut suratkhabar Bild dari Jerman, firma di belakang Petrov adalah dari Rusia iaitu Sberbank dan Gazprom.
Nampaknya laporan tu semua gosip macam majalah Mempelam. Dari mulut Vitaly sendiri dia cakap, “Bapa gua yang bagi duit untuk [...]

Panas: Imej Pertama Lotus F1 Racing!

Berita pertama tentang penubuhan tim 1Malaysia F1 sebenarnya dilaporkan oleh GT dahulu berbanding blog lain pada pagi 15 September 2009. Kali ini saya bawakan kepada sekutu semua imej pertama Lotus F1 Racing pula! Gambar ini dirakam semalam di litar Silverstone sewaktu ujian pertama yang dipandu oleh Fairuz Fauzy. Logo penaja seperti Tune Group, Proton dan [...]

F1: Imej Mercedes GP Petronas Atas Trek!

Jom kita cuci mata layan imej panas-panas lagi tim Mercedes GP Petronas. Imej-imej ini dirakamkan hari ini dan semalam semasa ujian di trek Valencia, Sepanyol.

F1: Dari 4 Pasukan, Mercedes Berjaya Pikat Petronas!

Apabila Petronas mengumumkan penajaan mereka dengan Mercedes GP, ada yang mempersoalkan kenapa tindakan tersebut diambil sedangkan ‘negara’ mempunyai Lotus F1 Racing Team. Baru-baru ini saya dapat tahu  dalam masa yang sama terdapat 2 lagi pasukan yang bersaing untuk mendapatkan tajaan Petronas iaitu Sauber dan Williams.
Naib Presiden Perkhidmatan Korporat, Ahmad Nizam Salleh mendedahkan  selain dari mempertimbangkan [...]

Theme Tweaker by Unreal