DIJUAL: Daihatsu Charade Espri Detomaso

Hah kalau lu orang nak tau semalam tak ada post sebab kita orang sibuk. Gua sibuk memikior masa depan a.k.a buat-buat sibuk gua saspek Mat Kacau pun macam tu hari tu dia call sama gua cakap takde keje. Bila tade keje tadela gaji atau ada gaji tapi tak dapat gaji.

Baidewei sapa-sapa nak beli Detomaso lu orang tolong bagitau bos gua. Gua tukang post aje. Spek ada dalam DagangKar. Kalau tanya gua lu orang jangan tak tau komisyen gua 90% ekekekeke.

Sekian.

Babai.

-Matpon-

Van Panel Daihatsu Gran Max

Daihatsu Gran Max.02

Daihatsu Malaysia Sdn Bhd [DMSB] baru-baru ini melancarkan van panel Gran Max seterusnya kembali semula ke pasaran van komersil dengan produk baru yang lebih versatil, kapasiti kargo lebih besar, lebih penjimatan minyak dan berbaloi untuk para peniaga.

Dikuasakan oleh enjin petrol 1.5 liter DVVT dengan transmisi manual lima kelajuan, van panel Gran Max berukuran 4 meter panjang, 1.7 meter lebar dan jarak roda 2.7 meter. Ruang kargonya pula berukuran 2 meter, 1.5 meter lebar dan 1.3 meter tinggi dan gabungan keseluruhan saiz ini menjadikannya sesuai untuk keperluan bisnes para peniaga. Ruang lantainya pula rendah dan ideal untuk kerja-kerja pemunggahan barang. Berat kasar Gran Max ialah 2,000 kg.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Daihatsu Sirion: Perodua Myvi!

Daihatus Sirion

Cuti yang panjang bermakna pembaca pun tak ramai. Saya nak menulis pun tak berapa nak sedap sebabnya yang baca pun sikit saja. Senang cerita saya buat entri bergambar sajalah. Saya sebenarnya nak cari gambar Toyota Passo terbaru tapi jumpa Daihatsu Sirion pula. Tapi tak apalah sebab kereta ini pun memang kembar tak seiras dengan Perodua Myvi dan eloklah juga kita layan gambar-gambar ini. Paling koman pun boleh cerita pada kawan-kawan.

Klik untuk bacaan seterusnya >>