Motor Tak Berapa Besar Jo!

Yamaha EC-03.01

Di UK sekarang ini geng-geng pembuat motosikal sedang sibuk bersiap-siap untuk Carole Nash Motorcycle Live, pameran motosikal yang diadakan di Birmingham pada 27 November hingga 5 Disember ini. Jadi banyak juga siaran media yang saya terima dan antaranya ialah mengenai motor bersaiz kecil. Sekarang ini motor kecil dah jadi trend, tengok saja berapa banyak penunggang KSR atau pun MADASS, kalau nak ikut harga tak murah tapi kalau dah minat apa ada hal.

Yamaha EC-03 adalah skuterik [skuter elektrik] yang akan membuat penampilan sulung pada pameran ini. Memang slim dan kompak tetapi katanya bertenaga untuk mengharungi kesesakan trafik. Motor elektrik memang bagus sebab minyak naik sampai RM100 seliter pun apa nak kisah cuma jangan naik tarif elektrik sudah. Dalam pasaran 1Malaysia hanya masa yang akan menentukan bila kenderaan elektrik akan menjadi lambakan. Cukai pun dah kurang jo.

Klik untuk bacaan seterusnya >>