Posts Tagged ‘Citroen’

WRC Jerman 2010: Sebastien Loeb Juara Lagi!

Selepas dikalahkan oleh Jari-Matti Latvala pada WRC Finland lepas, Sebastien Loeb kembali meneruskan misi lagendanya dengan memenangi pusingan terbaru WRC di Jerman. Bukan setakat Loeb saja yang menang tetapi tim Citroen World Rally mendominasi terus perlumbaan tersebut. Latvala dari Ford Abu Dhabi hanya menduduki tempat keempat.

Foto: Citroen Terbang!

Suatu yang menarik mengenai rali adalah aksinya yang mendebarkan, macamana kereta dengan kelajuan tinggi di atas permukaan berkelikir dan licin dikawal adalah suatu yang menakjubkan dan terbang kemudian mendarat adalah suatu yang tidak boleh diperolehi dalam sukan permotoran lain.
Semasa Rali Turki pada April lepas, pemandu Citroen Sebastien Loeb telah terbang 85 meter [!] ke udara [...]

WRC Bulgaria 2010: Citroen Menang! Lagi.

Anda tahu bila seseorang atau sesebuah pasukan selalu menang tiada apa sangat yang boleh dilaporkan. Apa yang saya boleh tulis ialah mereka menang dan itu sahaja. Dan itulah yang berlaku semasa WRC Bulgaria hujung minggu lepas, Citroen sekali lagi menjadi juara dan kali ini buat pertama kalinya dalam sejarah berlumba dalam WRC mereka mendapat tempat [...]

Citroen DS3 R3: 1.6 Turbo!

Citroen sekarang ini boleh dikatakan pembuat yang berjaya dalam WRC. Pesaing terdekat, Ford masih jauh lagi nak mengejar, tengok sajalah macamana Sebastien Loeb menang dari satu acara ke satu acara. Dan untuk meneruskan lagi cengkaman mereka dalam sukan rali Citroen memperkenalkan DS3 R3.
Dibina berasaskan undang-undang FIA terbaru Group R3T, model R3 mempunyai chasis yang sama [...]

WRC Portugal 2010: Citroen Sapu Bersih!

Untuk kali kedua musim ini selepas Rali Mexico, Citroen sekali lagi skor podium 1 – 3 dalam Kejohanan Rali Dunia [WRC] di Portugal hujung minggu lepas. Pemandu Citroen Junior Team, Sebastien Ogier dan Julien Ingrassia mengetuai Sebastien Loeb dan Daniel Elena di tempat kedua manakala Dani Sordo dan Marc Marti di tempat ketiga. Kimi Raikkonen [...]

WRC: Turkey 2010: Sebastien Loeb Menang Lagi!

Sebastien Loeb dan Daniel Elena memandu dengan cemerlang pada hari terakhir Rally Turkey dan mencatat kemenangan hatrik dalam WRC 2010. Kejayaan terbaru ini membolehkan mereka mendahului 40 mata di hadapan Petter Solberg. Citroen Total World Rally Team sekarang ini mempunyai kelebihan 15 mata di hadapan BP Ford Abu Dhabi World Rally Team bagi kategori pembuat.

Citroen SM: Dari Presiden Hinggalah Pelakon Pakai!

Kenangan saya tentang Citroen sekolah lama ialah saiznya yang besar dan suspensi yang  akan naik dan turun secara automatik bila enjin dihidupkan dan dimatikan. Memang sejuk [cool]. Dan hari ini saya nak kongsi bersama sekutu Citroen SM yang kini dah berusia 40 tahun.
Kereta coupe berprestasi dari Citroen ini dihasilkan dengan kerjasama Maserati dan mula dipertontonkan [...]

Kereta Untuk Majalah: GQbyCITROEN

Gua tuju entry ni kasi Sepat sebab gua syak dia memang suka baca majalah GQ. Dia selalu kutuk gua belakang-belakang. Tapi jangan risau gua tau lu memang ‘lelaki’ sejati. Kacak juga kereta Citroen ni. Kereta ni hasil kerjasama majalah GQ dengan Citroen sebab tu dia dapat nama GQbyCITROEN.

WRC Mexico: Sebastien Loeb Juara!

Sebastien Loeb dan jurupandu arahnya Daniel Elena dari tim Citroen Total menjuarai pusingan kedua FIA World Rally Championship 2010 di Mexico hujung minggu lepas. Perlumbaan ke ‘langit’ sehingga 2730 meter tinggi dengan udara yang sangat nipis menjadikan kereta kehilangan kuasa sekitar 30 peratus.

WRC: Kimi Raikkonen Uji Citroen C4!

Kimi Raikkonen pada awal minggu ini memandu uji Citroen C4 WRC sebagai persediaan pertama untuk WRC pusingan pertama pada 12 Februari nanti di Sweeden. Juara F1 2007 ini terbang ke Paris untuk melawat bengkel Citroen Racing dan memandu uji Citroen C4 nya sekitar kompleks tersebut seterusnya membiasakan diri dengan kereta resingnya.