Syarat & Penafian//Disclaimer

Individu yang melayari dan menggunakan geartinggi.com (GT//) dan media sosial rasmi yang berkaitan dengannya dianggap menerima pernyataan di bawah:

1. Hakcipta

Bahan-bahan rasmi (artikel, grafik dan ulasan pentadbir) yang diterbitkan di dalam GT// dan media sosial rasmi yang berkaitan dengannya dimiliki oleh pentadbir blog ini kecuali bahan-bahan yang diambil daripada sumber-sumber luar. Salinan semula bahan rasmi yang terkandung di dalam GT// dan media sosial rasmi yang berkaitan dengannya hendaklah dimohon kepada empunya bahan tersebut. Salinan dan rujukan untuk tujuan akademik pula hendaklah dikreditkan kepada url bahan tersebut beserta tarikh dan masa capaian.

2. Hak Bersuara

Pentadbir GT// berhak untuk menyunting atau memadam sebarang terbitan (ulasan, pautan, grafik) yang dirasakan tidak sensitif dan tidak sesuai di dalam GT//.  Sebarang terbitan dari pihak luar tidak mewakili pandangan pentadbir GT// dan ianya adalah di bawah tanggungan pemiik terbitan itu sendiri.

Terbitan daripada pihak luar dimuat naik secara automatik dengan niat untuk perbincangan positif yang bermakna isu-isu sensitif tidak dapat ditapis secara segera.

3. Penafian

Pentadbir GT// tidak mengelak daripada berlakunya kesilapan fakta di dalam bahan terbitan atau sebarang terbitan dari pihak luar yang melampaui sensitiviti dan menjadi tanggung jawab pembaca untuk membantu dengan menghantar pandangan atau teguran ke geartinggimedia@gmail.com

Pentadbir GT// perlu mengambil masa yang munasabah atau selepas dimaklumkan melalui emel rasmi GT// dan dibaca oleh pentadbir GT// untuk sesuatu ulasan disunting atau dipadamkan.

Terdapat juga kemungkinan GT// dan media sosial yang berkaitan dengannya diceroboh dan sebarang bahan yang diterbitkan di luar kawalan pentadbir GT//.

Anda dinasihatkan supaya menjaga nilai budaya dan haruslah mematuhi undang-undang dan agama Islam untuk mengelak daripada implikasi undang-undang tempatan dan antarabangsa.

4. GT// adalah merujuk kepada geartinggi.com dan media sosial rasmi yang berkaitan dengannya.

Kata Anda//