SWRC New Zealand 2012: Proton Ditempat Kedua!

New Zealand, 24 Jun 2012 – Pemandu Rali Proton, PG Andersson mengharungi perlumbaan yang sukar pada Rali New Zealand sebelum berjaya memenangi podium buat kali kedua di dalam Super 2000 World Rally Championship (SWRC).

Pada pusingan kali ini, Andersson yang memandu Satria Neo S2000 menduduki tempat kedua selepas mencatat siri keputusan cemerlang di dalam perlumbaan yang berlangsung selama tiga hari itu.

Pemandu dari Sweden itu bermula dengan cemerlang apabila mendahului peringkat perlumbaan (SS) pertama di dalam kategori S2000 dan mencatat masa kelapan terpantas dengan hanya 1.4 saat dibelakang pendahulu keseluruhan rali iaitu Petter Solberg dengan kereta spesifikasi rali dunia (WRC). Satria Neo S2000 yang dipandu sekali lagi menjadi kereta terpantas pada hari terakhir perlumbaan yang mempunyai 22 SS dengan jarak keseluruhan sejauh 413.94km.

Andersson kini berada di tempat keempat kategori pemandu SWRC dengan 25 mata selepas dua pusingan, rakan sepasukannya iaitu Alister McRae pula ditempat kelapan. Pasukan Rali Proton tidak berlumba pada Rali Portugal kerana komitmen di dalam Kejohanan Rali Asia Pasifik (APRC). Di dalam perlumbaan kali ini, McRae mencatat masa terbaik keempat terpantas di dalam SWRC dan 12 keseluruhan sebelum bersara selepas keretanya mengalami masalah mekanikal.

Silakan kongsi:

3 comments

    • rafi on 26/06/2012 at 8:51 AM
    • Reply

    terbaik untuk produk proton..
    kalo gua bujang lagi,mmg neo jadi pilihan..

    • epi on 26/06/2012 at 4:28 PM
    • Reply

    gua stuju dgn lu…

    • taufique_eastriderz on 22/10/2012 at 8:40 PM
    • Reply

    juz nk share..
    sy skg pkai neo base line pastuh full convert neo cps engine…
    enjin neo cps tuh kwn tolak sbb convert enjin gsr…
    mmg tork tinggi sy dpt rse skg nih…
    lg pick up dr neo cps ori…
    kwn sy jus wat xtractor 4-1 + jasma muffler…
    mmg mencanak pegi klaw men pick up..
    huhuhu…
    🙂

Leave a Reply to rafiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.