Swift: Suzuki Jual Lebih 2 Juta Unit Sejak 6 Tahun Lepas

Suzuki Swift 2011.01

Sejak dilancarkan 6 tahun lepas, Suzuki berjaya menjual Swift generasi baharu lebih dari 2 juta unit. Swift adalah produk global Suzuki dengan kilang produksi pertama di Jepun kemudian diikuti di Hungary, China, India, Indonesia dan Malaysia. Kereta ini dibina berdasarkan citarasa Eropah sama ada melalui rekabentuk ataupun karakter pemanduan. Swift juga adalah produk pertama program inovasi radikal Suzuki dalam mengukuhkan posisinya sebagai peneraju pengeluar kereta kompak.

Mengikut statistik, Swift adalah kereta sejuta umat di India dengan agihan jualan sebanyak 39 peratus, 15 peratus di Jepun, 27 peratus di Eropah dan bakinya di pasaran dunia lain. Swift dijual di 124 negara dan wilayah seluruh dunia dan setakat ini sudah memenangi 67 anugerah di 26 buah negara.

Suzuki Swift baharu sudah mula dijual dibeberapa buah negara dan ciri keselamatan yang terdapat pada model ini membolehkannya meraih 5 bintang Euro NCAP.

-Mak/d Uia-

Muhammad

5 Comments

  1. isk..makin kerap pula keluar berita pasal Swift ni.. Mak, kalau ada gambar ke hapa pasal Swift Sepot utk GSR tu kasik war-war kan la dalam GT ni eh

Kata Anda//