Swift S Concept: Awak ni Suzuki Swift Sport ke?

Suzuki Swift S-Concept.03

Suzuki Swift adalah lembu perahan [cash cow] untuk DRB Hicom, di dalam barisan produk Suzuki memang tidak boleh dinafikan yang model ini paling laris. Golongan muda dan berjiwa muda sukakan Swift sama ada untuk berulang alik ke tempat kerja, kolej atau universiti dan bersiar-siar dalam bandar.

Suzuki Swift S-Concept.01

Selain dari Swift biasa, DRB turut membawa masuk model berprestasi iaitu Swift Sport yang boleh dikatakan agak padan dengan harga, sekitar RM 95 ribu hingga RM105 ribu. Diimport dari Jepun, Swift Sport selain dari prestasi enjin mantap dan pengendalian bagus mempunyai 6 beg udara serta ciri-ciri keselamatan lain seperti ABS dengan EBD dan BA.

Berbekalkan gambar-gambar di Geneva yang dipaparkan ini kita boleh pejam mata dan kata yang Swfit S-Concept adalah bayangan kepada Swift Sport baharu.

Suzuki Swift S-Concept.04

Antara perbezaan Swift S-Concept dengan Swift standard ialah badan yang direndahkan sebanyak 30mm dan dilebarkan 60mm. Bampar depan dan belakang yang agresif pula memberi indikator bahawa kereta ini berkuasa tinggi manakala roda 18 inci pula melambangkan pergerakan yang solid dan stabil. Pada bahagian interior, Suzuki menggunakan kerusi Recaro Sport dengan konsol tengah diperbuat daripada gentian kaca yang memberi efek premium dan sporty.

Suzuki Swift S-Concept.02

Yang menjadi tanda tanya sehingga kini ialah jenis enjinnya, Suzuki masih berahsia kecuali jumlah gearnya iaitu 6 kelajuan manual!

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

14 comments

Skip to comment form

  1. perh..macam mana la rupanya bila dah bubuh pelekat Pennzoil nanti..

    • strokeboi on 15/03/2011 at 8:04 AM
    • Reply

    trbaik jooo, i like…

    • Ahli PakLeman on 15/03/2011 at 9:11 AM
    • Reply

    Mahal ni…
    Angkat Inspira 2.o dah la…

  2. Aik…2 pintu je ke?

    • smut_liar on 15/03/2011 at 11:00 AM
    • Reply

    smart jo….
    leh la saing dgn jazz…
    org byk duit mesti belinya…

    • Han on 15/03/2011 at 1:05 PM
    • Reply

    2 pintu baru la sport bro~

    • apis on 15/03/2011 at 2:11 PM
    • Reply

    de enam gear tu..
    2 pintu bru jahat&hencem…….
    hehehe….

    • teamsleepnine on 16/03/2011 at 1:53 AM
    • Reply

    designt very renault megane sport’ish!!

  3. inilah kete yg bakal dipandu oleh GSR dlm APRC 2011 nanti

    • belalang_kontot on 16/03/2011 at 12:32 PM
    • Reply

    en sepat tak minat swift seport?hehe

    • megatputrakuning on 16/03/2011 at 6:03 PM
    • Reply

    mmg le baik bli inspira…tp yg ni swift sport…utk yg berjiwa resing,muda,agresif…xpdn nk compare ngan inspira…

  4. belakang kontot keh keh keh

    gua minat.. tp dah tue tue ni tak sesuai nak bawak kereta dua pintu ni.. cari 4 pintu sporty ok gak.. after all this car meant for youngster.. executive.. gua ni kerani tua cabuk aje kekekeke

    • audi on 18/03/2011 at 12:53 AM
    • Reply

    lawa gila. aku suka..
    yg lama pon aku suka tambah yg ni, lagi la aku suka…
    kehkehkeh…

    • awie on 23/03/2011 at 12:03 AM
    • Reply

    hurrmm…swift bese pon dah mahal…ni kn pulak swift sport…duh…(termenung)

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.