Suzuki Swift Baru ni Jo!

Suzuki Swift 2010

Suzuki dengan hati yang riang ria merilis imej pertama dan info serba sedikit mengenai Swift generasi ketiga, model terbaru yang akan mula dijual di UK pada penghujung tahun ini.

Suzuki mempertonton kereta ini buat pertama kalinya semalam jauh di benua Eropah iaitu di kilang Magyar Suzuki Corporation di Esztergom, Hungary. Swift serba serbi baru ini macam yang kita tahu adalah model global, maknanya kat mana-mana dunia pun ada dan kalau di India inilah dia model sejuta umat. Dan apa yang saya baca, model terbaru ini mempunyai perubahan signifikan pada rekabentuk, keselamatan, prestasi pemanduan, pengendalian, lebih irit bahan bakar dan emisi yang lebih rendah.

Suzuki Swift 2010

Penggunaan besi yang lebih kuat secara ekstensif menjadikan kerangka badannya lebih ringan, kuat dan juga bahagian bawah kereta yang lebih kemas dari model sebelumnya. Rekabentuk badan baru ini juga memperbaiki tahap perlindungan untuk pejalan kaki dan penumpang. Interiornya pula ada feel baru, berwarna hitam dan ada garisan-garisan perak untuk keseluruhan dalaman. Swift baru juga panjang sikit dari model lama dan senang cerita secara keseluruhannya lebih besar dari model lama dan harapnya bahagian belakang yang cramp kini lebih selesa untuk penumpang dan adil untuk beg-beg dalam bonet.

2,3 orang kawan saya yang pandu Swift kata model ini agak ‘dahaga’ dan model baru ini secara logiknya tak boleh dipastikan lagi. Enjin yang ditawarkan ialah 1.2 Dual VVT berkuasa 94PS pada 6 ribu rpm dan lebih berkuasa sikit dari enjin 1.5 lama. Daya kilas juga ada naik sikit iaitu 118NM pada 4800 rpm.

Selain dari enjin 1.2, Suzuki juga ada tawarkan enjin 1.3 diesel Euro 5 tapi yang ini akan keluar awal 2011. Dalam siaran media Suzuki tak bagi tau pulak pasal model ASEAN tapi rasanya apa kes kalau nak jual enjin 1.2 cc kat sini. Nak kena gelak dengan Myvi 1.5?

Lebih gambar Suzuki akan bagi selepas ini termasuklah harga dan rasanya paling cepat model ini masuk tempat kita pun tahun depan. Lupa pulak, bila cakap pasal Swift ni model yang paling hero sekali mestilah Swift Sport. Yang tu barulah resing.

Foto: Newspress/Suzuki

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

20 comments

Skip to comment form

    • on June 11, 2010 at 9:06 am
    • Reply

    1.2 jer…ape barang…pastu rege mahal tak hengat…

    • pelug on June 11, 2010 at 9:33 am
    • Reply

    swift seport ta’bole isi minyak murah….

    • ayie ayoe on June 11, 2010 at 10:46 am
    • Reply

    poyo la kete nie…ngan myvi kne ayam2 cm tu jew…hahaha

  1. tapi myvi mmg laju la. hari tu kawan gua drive std city ivtec boleh kena tapau kat trapik lite tapi masa tu kawan gua tak shift ke D2 dan aku rasa myvi tu manual.. so logik laa ivtec kena tapi tang muka drebar myvi tu kembang semangkuk riak semacam kata kawan gua .. hahaha

    • carragher27 on June 11, 2010 at 11:25 am
    • Reply

    ah sepat ni..nak bekap myvi dia aja… hehe

    • fird on June 11, 2010 at 11:33 am
    • Reply

    myvi laju je wat pe bile selekoh terus terbalik kat jln sbelah.kes myvi terbalik kat blakang jaya jusco melaka!

    • speed on June 11, 2010 at 11:53 am
    • Reply

    myvi laju sbb ringan body leh buat terbang2 je. xcident semua hilang.

    and mad swift 1.5cc mana ada 1.3cc betul ke fakta kat atas tu?

    and aku pakai swift minyak dia ok je ulang alik putrajaya pun rm20 je.

    • on June 11, 2010 at 12:11 pm
    • Reply

    Thanx, aku dah betulkan. Member aku yg pakai Swift model FL yg komplen ataupun ni mungkin kes terpencil..

    • azwan nbs on June 11, 2010 at 2:08 pm
    • Reply

    tak nampak hebat pon…

  2. jgn kutuk myvi plssssssssssss

    • speed on June 12, 2010 at 12:20 am
    • Reply

    bagus2 ;D

    kutuk je myvi, myvi boring. haha

    • megat putra kuning on June 12, 2010 at 1:20 am
    • Reply

    apa2pun kita wait n see

    • megat putra kuning on June 12, 2010 at 10:19 am
    • Reply

    mat pon je nak pki 1.3 ni….

    • on June 12, 2010 at 12:55 pm
    • Reply

    myvi the best……

    • on June 12, 2010 at 12:55 pm
    • Reply

    ag best dari beskal & suzuki best…..

    • apis on June 14, 2010 at 2:44 pm
    • Reply

    aku x suke btuk bonet blkg swift yg baru ni…
    xcun…

    • mati itu benar on June 15, 2010 at 12:03 am
    • Reply

    myv kne kitai ngan charade ak lg 1.2.?
    hhaaha!

    • belalang_kontot on June 15, 2010 at 11:54 pm
    • Reply

    myvi?kalo duk blakang jln2 satu kl, dlm setengah jam-1jam sakit r blakang…huhu…tapi taktau la pulok kalo myvitec sepat leh ejas seat blakang…hehehe….

    • acai on December 7, 2011 at 12:24 pm
    • Reply

    Myvi lagi best dia punya enjen dah pakai timing chain….swift serupa ke bro?

    • Ali on July 7, 2012 at 4:47 pm
    • Reply

    Myvi pinjam injin toyota, injin senderi blum ada

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.