Suzuki SV650S

Suzuki SV650S

Syarikat yang ingin mendapat perolehan tinggi atau dalam kata lain, untung tinggi perlu ada produk untuk setiap pasaran. Macam Toyota Vios, ada model J, E, S dan TRD. Sama juga macam Perodua, setiap model tak kira Viva atau Myvi ada model yang dari standard kapak tak ada beg udara sampailah yang model Elite. Dah nama adik beradik jadinya model bisnes pun sama. GT pun kalau jadi dan ada masa kitaorang nak buat blog motorsikal sebabnya ramai juga orang kita minat motor.

Suzuki SV650S

Cakap pasal motor, gambar di atas ialah Suzuki SV650S 2010, motor entry level dan memang murah. Harga di UK baru GBP4,999 jadinya kalau kerja gaji 2,3 ribu pound dah boleh beli motor ni tunai tapi sebelum tu kena berlapar makan mi segera sebab kat sana pun boleh tahan cukai sana dan sini. Motor ni memang sesuai sangat untuk penunggang yang baru nak berjinak dengan motor besar, kalau kat tempat kita kiranya macam ER6 N.

Sejarah SV650S ini sebenarnya bermula dari tahun 1999 lagi dan macam kod nama motor, enjinnya adalah bersaiz 650 cc dan enjin V-Twin. Lain-lain spesifikasi adalah macam motor jalanan [street bike] lain, guna rantai, guna penyuntik bahan api, berat 196 kg dan ada enam kelajuan. Brek pula mestilah jenis cakera depan dan belakang kan, motor Matpon je brek dram.

Foto: Newspress/Suzuki

-Mak Uia-

Muhammad

9 Comments

  1. cantik,menarik,nk lagi cun bawak fasha sanda,pakai ketat2,kasi 45degree punya angle…perghhhh…

    “semalam gua tngok fasha sanda mandi…lalalala..”

  2. susah betul nak ‘kacung’ kalau bawak moto ni…

    bonggol tank tinggi…fairing plak rendah…

    maunya senak sepanjang perjalanan…ha ha ha!

Kata Anda//