Suzuki Alto SZ-L Special Edition

Suzuki Alto.003

Walaupun jualan global Suzuki tidak segah Honda atau Toyota tetapi mereka adalah syarikat yang tak pernah rugi sejak mula ditubuhkan. Produk yang dijual betul-betul mengikut kehendak pasaran dan dalam kelas tersendiri. Lihat saja bagaimana Suzuki Swift begitu popular, tempat duduk belakang kereta ini sempit dan harganya tidak murah tetapi jualannya memuaskan.

Suzuki Alto.001

Di pasaran lokal kita tidak menerima Suzuki Alto. Model ini adalah saingan terus kepada kereta supermini seperti Savvy i10 dan Picanto. Di UK, Alto sudah masuk ke pertengahan kitaran produk di mana Suzuki GB memperkenalkan Alto SZ-L Special Edition, Alto ini sungguh istimewa kerana hanya 500 unit sahaja akan dikeluarkan. Barulah layak dipanggil edisi istimewa sebab unitnya terhad. Sama macam Majalah KERETA, kami namakannya sebagai Special Edition sebab hanya dicetak dalam kuantiti rendah, tidak sebanyak edisi biasa. Tetapi peliknya di negara kita ada pembuat kereta yang menamakan kereta mereka sebagai Limited Edition tetapi entah untuk berapa ribu kuantiti.

Suzuki Alto.007

Model SZ-L ini mempunyai beg udara sisi sebagai standard dan perubahan eksterior dengan lampu kabus gelap, penutup rim baru, dan moulding tepi pintu. Bahagian interior mendapat karpet SZ-L, trim tombol gear warna perak dan sisik pengudaraan sisi. Perubahan yang dilakukan tidak banyak tetapi tak apalah sebab kereta ini hanya 500 unit sahaja, layaklah dipanggil edisi istimewa dan kalau letak EDISI TERHAD pun boleh diterima.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

ps: Ada ura-ura Suzuki Malaysia akan membawa masuk Suzuki Alto.

Silakan kongsi:

19 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on July 8, 2010 at 8:08 am
    • Reply

    lawa lagi suzuki best….

    • C27 on July 8, 2010 at 8:11 am
    • Reply

    gua kadang tak paham..pasaran Suzuki kat sini macam tak seberapa je.. motor jenama Suzuki pun sama..

    • on July 8, 2010 at 9:13 am
    • Reply

    Sandy Suzuki leh pkai ler kete nih…

    • jelapangPadi on July 8, 2010 at 9:20 am
    • Reply

    gua setuju swift telah menguntungkan sujuki,dekat kampung gua yg sekecil ni pun bersepah swift selisih bila gua nk blik keja,apatah lagi di bandar2 besat tmpat tuan2…ye dak?

    • serpico on July 8, 2010 at 10:27 am
    • Reply

    Hmmmm….mata aku tgk cntik gak kete ni…
    oshiii jer…

  1. definasi LE atau Limited edition ni dirosakkan oleh kampeni2 lokal seperti proton dan produa.. terms dorang mudah.. kalau batch pertama spoiler straight ..batch kedua keluar LE sebab spoiler tanduk maka mass production lah kilang2 lokal ni dlm mengeluarkan apa yg dikatakan ‘LE” spoiler bertanduk kekeke

    jgn geli hati nanti satu hari akan keluar batch GTi kat perodua… bezanya sbb sarung seat recaro + tukar rim 16 so dah jadi spesel dari kete2 model yg sama sebelumnya

    • C27 on July 8, 2010 at 12:48 pm
    • Reply

    kagum betul gua dengan pendapat encik sepat itu..

    • jual air soya on July 8, 2010 at 1:32 pm
    • Reply

    dah sepat 2 ceo produa…mmg la dia tau sumer..

    1. sepat tipu sebenarnya dia spy belanda.

    • basikal on July 8, 2010 at 2:20 pm
    • Reply

    sepat telah mempengaruhi gua untuk membeli kereta perodua..seat recaro…

    • on July 8, 2010 at 3:05 pm
    • Reply

    Matpon supporter Uruguay=sebut laju jadik U Gay..haha..
    Myvi gua pkai seat Bride camne plak tu…kekeke..

    • belalang_kontot on July 8, 2010 at 8:48 pm
    • Reply

    gua setuju ngn pendapat en sepat…diorang cam tak tetap pendirian.cam wira se.ckp 10k je kua.last2 kua smpai kesudah…tapi papepun gua tetap sapot proton…

    p/s:bagi gua yg btul2 LE adalah wira 1.8 dohc c99…tak lupe gak proton saga knight kegilaan gua…hehe…

    • bawang on July 9, 2010 at 1:19 am
    • Reply

    kete nih feminin jer gua tgk…

    • Blood on July 9, 2010 at 11:09 am
    • Reply

    x dpt suzuki swift xpe la..dah pakai scooter suzuki VS125 pun suzuki gak..kreta ni nmpak ayu..pempuan je sesuai ni..

    • Blood on July 9, 2010 at 11:10 am
    • Reply

    sepat..
    Limited Edition dgn Special Edition sama ke?

    • on July 9, 2010 at 3:08 pm
    • Reply

    Dier cuma beza kat Limited & Special jer…Edition tu same…hehe..betul tak En Sepat?

  2. alamak ..nama Blod tu… ganas

    LE dgn SE tak sama..sbb beza huruf kat L dan S ngeh ngeh ngeh sekian..

    matpon

    lu nak rim stended myvi gua tak?? dari 1st day gua beli rim lain ni OEM rim ni rasanya baru jalan 50km..trade in sama 17 lu tu kat gua haha

    kpd akwan2.. jgnlah mudah terpesona dgn kata2 aku.. sementelaah semua tu dah dikaji dengan teliti mungkin ada sedikit jawapan aku tu bakal tersasar so harap maklum kih kih

    • Blood on July 12, 2010 at 10:35 am
    • Reply

    ceh sepat..aku buat ko jd ikan jd ikan masin sepat kang baru ko tau..

    • encikpadil on October 2, 2012 at 12:05 pm
    • Reply

    ilang plah dah sahabar internet gua ni… jgn merajuk lama2 joe nanti makan diri… lau ada impreza murah2 bgtau gua, beli 2 dapat murah sket, he he…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.