SUV Kompak Subaru Akan Dipasang di Malaysia

Subaru XV Concept 2011.01

Tokyo, 6 Julai 2011 – Fuji Heavy Industries Ltd. [FHI], pengeluar kenderaan Subaru pada hari ini mengumumkan mereka telah menandatangani memorandum persahaman dengan Tan Chong Group bagi kontrak pemasangan Subaru di Malaysia.

Pengeluaran akan dimulakan pada Oktober 2012 di kilang sedia ada Tan Chong Motors Assemblies Sdn Bhd [TCMA] dengan kapasiti 5,000 unit setahun. Kereta kompak Subaru akan dipasarkan ke pasaran tempatan, Thailand dan Indonesia oleh rangkaian pengedar Tan Chong Group.

Subaru XV Concept 2011.02

FHI dan Tan Chong Group telah lama mempunyai hubungan sejak tahun 1987 apabila Tan Chong dilantik sebagai pengedar Subaru di Singapura. Tan Chong Group sudah pun melebarkan rangkaian jualan dan pengedaran kenderaan Subaru di serata ASEAN seperti Kemboja, Selatan China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

TCMA pada tahun 1987 pernah memasang kenderaan Subaru.

Subaru Media

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 08/07/2011 at 10:00 AM
    • Reply

    cam inspira la pulok bile tgk depan2…hehe…

    • DaihatsuKancil on 08/07/2011 at 3:43 PM
    • Reply

    Hijau pucuk pisang..

    • encikpadil on 09/07/2011 at 12:44 PM
    • Reply

    yg pelik2 nak dipasang kat msia ni, impreza tu xnak plak pasang kat sini, sengal betul

    • Alteja on 11/07/2011 at 10:42 AM
    • Reply

    Terus terang, aku suka kereta ni & En. Sepat tetap dengan MyVi walaupun ada org jual Jazz harga MyVi, Sepat tak pandang. Aku Suka, tapi duit takde untuk keta nih… so, kayuh pelahan-pelahan OK

  1. jazz x bagus.. x laju.. takde manual.. myvi power!! kehkehkeh

    teja – lu jgn beli jazz or myvi.. kayuh pelan amik terus type r ..mesti tido lena..

    • Alteja on 11/07/2011 at 11:39 AM
    • Reply

    Ya betullll.. lepas tu rembat laju-laju….

  2. Sepat …Hondamyvtec Taip Rrrr…kekekekeh

Leave a Reply to DaihatsuKancilCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.