Mar 14

Surrey Bandar Paling Banyak Lubang Di UK!

Baru-baru ini saya ada terfikir nak buat entri tulis – Memandu di KL macam berlumba di SS rali. Kereta saya setiap kali pergi buat jajaran & imbangan [alingment & balancing] memang wajib 1 atau 2 rim kena ketuk. Pernah sampai 3 sekaligus kena ketuk. Saya fikir benda macam ini hanya berlaku di negara membangun sahaja. Nampaknya saya silap, United Kingdom punya maju pun boleh tahan juga jalan berlubang. Kita tengok apa kata survey.

Hasil daripada Kia Motors UK Pothole Survey menamakan Surrey bandar paling banyak sekali ada lubang jalanraya. Ada 1,998 lubang yang menjejaskan 450,000 pengguna kenderaan di Surrey.

Mengikut kata pengedar Kia, kes kerosakan kenderaan akibat dari lubang semakin meningkat sejak bulan-bulan lepas dengan peningkatan sebanyak 150% di daerah yang paling teruk sekali keadaan jalanrayanya. Penyerap hentak rosak, rim rosak dan tayar terbelah paling banyak kes, purata kos nak baikpulih adalah GBP 750.

Untuk buat modal borak-borak dengan kawan-kawan kita baca statistik di bawah:

Daerah di Britain Paling Banyak Sekali Lubang:

  1. Surrey [1,998]
  2. Hampshire [892]
  3. Kent [857]
  4. Hertfordshire [855]
  5. Oxfordshire [796]
  6. Lancashire [733]
  7. Essex [734]
  8. West Sussex [680]
  9. Buckinghamshire [678]
  10. Gloucestershire [655]

Oklah Matpon mesti cair tempat-tempat ni sebab dia memang mengaku dari UK.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

24 comments

Skip to comment form

    • pok mat on March 14, 2010 at 1:18 pm
    • Reply

    banyak betul lubang. tak nak kira ke jalan timur- barat ada berapa bnyak lubang?

    • carragher27 on March 14, 2010 at 1:19 pm
    • Reply

    KL pun boleh masuk list ni…Jalan Sentul aja pun dah macam main kat Rally X

  1. kat JB ni pon boleh tahan gak…

    • pendita_gila on March 14, 2010 at 3:41 pm
    • Reply

    xnak lubang naik bot

  2. jln yg bgi gua cantik kat malaysia;

    rompin-pekan
    manir-machang-kuala krai
    bachok-kt(jalan pantai)

    jln yg best nk test power;

    kuala klawang
    genting
    janda baik

    jln yg terbaek ialah jln kaki

    hah….tambah

    • dato k on March 14, 2010 at 4:37 pm
    • Reply

    jalan jalan carik makan pun best gak…

  3. penat berjalan di tengah kota~

    • jelapangPadi on March 14, 2010 at 5:15 pm
    • Reply

    “laicikang Jalanan adalah kedai laicikang paling best kt tempat gua”…

    -saja nk bagi info kt jln2 cari makan…

    • pendita_gila on March 14, 2010 at 8:10 pm
    • Reply

    jalan mana yang harus aku pilih…??????

    • projek vtec 2010 on March 14, 2010 at 10:31 pm
    • Reply

    bejalan sambil ushar awek.. awek parit sulong mmg cun melecun..

    • exJAVANESE on March 14, 2010 at 10:58 pm
    • Reply

    jalan yg diredhoi Allah!!
    jalan yg lurus… (gua dh insaf dh, tpi mat kcau..gua xpsti..mybe die msih setia merempit ngn Rxz blok Y1 beliau..hihihi)

    • GT on March 15, 2010 at 1:03 am
    • Reply

    Nice blOg!!!

    …..

    • on March 15, 2010 at 10:13 am
    • Reply

    Giler…smlm gua nak gi Rawang tetiba sumer kete mengelak benda…sekali gua tgk ade sebijik lubang sebesar gajah kat depan traffic light TESCO baru Rawang…nasib baik siang…kalo mlm gua syak mesti ade yg tertonggeng punyer…Pihak berwajib sila siasat…

    • kenaridrift on March 15, 2010 at 10:29 am
    • Reply

    dimane ade lubang, d situ pasti xde mat rempit

    • 6posen on March 15, 2010 at 11:07 am
    • Reply

    m’sia xde org nk wat sevey ke?…..

    • Alan on March 15, 2010 at 11:17 am
    • Reply

    Pilih la jalan yang lurus

    • azwan nbs on March 15, 2010 at 2:12 pm
    • Reply

    gamba tak de ke….????ape ada hal…carik yg takde lobang…

    • brianbadboyz on March 15, 2010 at 4:25 pm
    • Reply

    lubang2 nih.. teringat lagu saleh yaakob plak.

    • sean on March 15, 2010 at 4:51 pm
    • Reply

    Saper pulak la yang pegi sontot jalanraya kat sana sampai berlubang ni? Dah sangap kot orang2 kat sana sampai jalanraya pun jadi mangsa..

    • jual air soya on March 15, 2010 at 10:44 pm
    • Reply

    info terbaru!!
    0)JALAN SUKEPI,BANTING (1,999)
    1)Surrey [1,998]
    2)Hampshire [892]
    bpe no tepon karam sigh walia aduan rakyat??

  4. Jalan-jalan cari makan, lepas makan kita bekerja

    • pendita_gila on March 16, 2010 at 1:30 am
    • Reply

    kak g soh adik2 gali lg…

  5. ni apa citer lubang ni??

    • suncut21 on April 21, 2010 at 9:57 pm
    • Reply

    ITU BARU LUBANG KT JALAN, BELUM KIRA LAGI TAHI LEMBU KT TGH JALAN….

Kata Anda//