SUPERGT Motegi 2010: Petronas Tom’s SC430 Juara!

SuperGT Motegi 10.2010.09

Perlumbaan pusingan kelapan dan terakhir SUPER GT yang dilangsungkan pada 24 Ogos lepas di Litar Motegi dimenangi oleh kereta nombor 1 Petronas Tom’s SC430 yang dipandu oleh Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer. Di tempat kedua ialah kereta nombor 18 Weider HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval manakala di tempat ketiga ialah sebuah lagi jentera Honda iaitu kereta nombor 17 Keihin HSV-010 yang dipandu oleh Toshihiro Kaneishi dan Koudai Tsukakoshi.

SuperGT Motegi 10.2010.01

Perlumbaan terakhir ini ternyata menghiburkan penonton bila mana Wakisaka [Petronas] dan Kogure [Weider] bersaing sengit untuk menjadi juara perlumbaan. Walaupun Kogure hanya memerlukan tempat kedua untuk menjadi juara musim namun beliau tetap mahukan tempat pertama dan tidak menyerah kalah dengan sentiasa mengasak Wakisaka dari belakang dan berlanggar sesama sendiri beberapa kali. Usai perlumbaan Heider HSV tetap di tempat kedua dan menjuarai musim manakala Petronas naib juara. Honda HSV-010 menjadi juara pada penampilan musim pertama Super GT.

SuperGT Motegi 10.2010.02

Dalam kelas GT300 pula tempat pertama dimenangi oleh tim yang belum pernah menjuarai perlumbaan iaitu Tomica Z yang dipandu oleh Kazuki Hoshino dan Masataka Yanagida. Mereka berdua konsisten mengutip markah dalam pusingan sebelum ini dan kemuncaknya mengutip mata penuh pada pusingan terakhir seterusnya membolehkan mereka menjadi juara keseluruhan kelas GT300 musim 2010.  Kememangan mereka juga turut menjadikan Hasemi Motor Sports meraih tempat pertama kategori pasukan. Tempat kedua perlumbaan dimenangi oleh Apple-K-One-Shiden manakala tempat ketiga dimenangi JLOC Lamborghini RG-3.

Selain dari Petronas yang mengharumkan nama negara, sebuah lagi pasukan tajaan firma lokal iaitu M7 Re-Amemiya Racing menduduki tempat ketiga kelas GT300 SuperGT 2010.

Tahniah Petronas dan M7 Mutiara Motors!

Sumber: supergt.net

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

3 comments

  1. Gua 1st! ekekekekekek.

    • keretamahal on 03/11/2010 at 8:50 PM
    • Reply

    best2
    http://www.youtub.com/watch?v=AW89793cEYT73k

    • gear ke-6 on 04/11/2010 at 5:06 PM
    • Reply

    biler toyota nak ganti sc430 ngan lfa…bru gempak…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.