SUPER GT OKAYAMA 2010: Petronas Podium!

SUPER GT OKAYAMA

Perlumbaan SUPER GT di litar Antarabangsa Okayama, Jepun berlangsung dengan cuaca baik, angin juga kuat menghembus suju enjin kereta-kereta jagoan buatan Jepun dan Eropah. Loic Duval yang memandu Honda HSV-010 untuk tim Weider bermula dari grid pertama dengan sempurna dan menjarakkan kedudukannya dari segerombolan pelumba lain. Pada pusingan kedua beliau 1 saat di hadapan kereta nombor 38 ZENT CERUMO SC 430 yang dipandu Yuji Tachikawa. Selepas hentian pit, Takashi Kogure mengambil alih kereta dan terus maju 10 saat di hadapan kereta nombor 38 dan sewaktu bendera penamat dikibarkan beliau 11 saat di hadapan kereta di tempat kedua. Buat pertama kalinya, Honda HSV-010 membuktikan kehebatannya dengan menjadi juara di hadapan Nissan GTR dan Lexus SC 430.

SUPERGT Okayama009

Pertarungan untuk tempat kedua lebih sengit. Kereta nombor 38 membuat hentian pit dan menukar pemandu dari Yuji kepada Richard Lyons dengan masa keseluruhan 37 saat. Tempoh tersebut membawa padah kepada tim apabila kereta nombor 1 PETRONAS TOM’S SC430 memintas untuk mengambil tempat kedua. Andre Lotterer yang memandu untuk tim PETRONAS bermula dari grid kelapan dan terus mengejar hingga tempat keempat. Dengan strategi hanya menukar dua unit tayar belakang, tim berjaya menjimatkan masa hentian pit dan apabila perlumbaan hanya tinggal lagi 3 pusingan, Juichi Wakisaka yang mengambil alih dari Andre tersangkut di belakang pelumba kelas GT300. Peluang ini diambil oleh kereta nombor 38 yang dipandu Richard untuk kembali merampas kedudukan kedua hinggalah ke bendera penamat. Akhirnya tim PETRONAS terpaksa akur dengan podium ketiga.

SUPERGT Okayama001

Dalam kelas GT300 pula, kereta bernombor 86 JLOC Lamborghini RG-3 yang dipandu Koji Yamanishi mengetuai perlumbaan dengan selesa. Walaubagaimanapun, hentian pit yang mengambil masa lama iaitu sebanyak 57 saat akibat daripada pengisian minyak merosakkan impian mereka, pemandu kedua iaitu Yuhi Sekiguchi memandu dengan bersungguh-sungguh untuk kembali ke hadapan, namun usahanya tetap gagal dan mendapat tempat keempat kelas GT300.

SUPERGT Okayama005

Pada permulaannya, kereta di tempat kedua ialah juara pusingan SUZUKA iaitu M7 MUTIARA MOTORS AMEMIYA SGC 7. Nobuteru Taniguchi memintas satu persatu kereta untuk berada di hadapan, tim juga menjimatkan masa hentian pit dengan tidak menukar tayar. Ryo Orima selaku pemandu kedua meneruskan pemanduan konsisten namun nasib tidak menyebelahi apabila stereng kereta mempunyai masalah dan terbabas ke luar pada pusingan 55. Harapan Tim MUTIARA MOTORS untuk sekali lagi menjuarai perlumbaan musnah dan lebih malang langsung tidak menamatkan perlumbaan.

SUPERGT Okayama008

Kereta di belakang, nombor 46 Up Start MOLA Z merampas tempat pertama dengan mudah manakala tempat kedua  ialah kereta nombor 2 Apple.K-ONE.Shiden dan akhir sekali di tempat ketiga ialah kereta nombor 3 HASEMI SPORT TOMICA Z menjadikan dua buah Nissan Fairlady Z berjaya mendapat podium.

Keputusan Kelas GT500:

  1. Weider HSV-010
  2. ZENT CERUMO SC430
  3. PETRONAS TOM’S SC430!
  4. CALSONIC IMPUL GT-R
  5. ENEOS SC430

Keputusan Kelas GT300:

  1. UP START MOLA Z
  2. Apple.K-ONE-Shiden
  3. HASEMI SPORT TOMICA Z
  4. JLOC Lamborghini RG-3
  5. apr COROLLA Axio

Tahniah Tim PETRONAS!

Teks & Foto: Supergt.net

-Mak Uia-


Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • amy 2zz1 on 06/04/2010 at 8:39 AM
    • Reply

    aku ke first..x caya ar..
    congrat petronas..xdapat F1,yg ni ok gak..

    • brianbadboyz on 06/04/2010 at 9:05 AM
    • Reply

    taniah2!!

    • on 06/04/2010 at 9:32 AM
    • Reply

    Syabas…Biler lak nak kasi driver M’sia yg bwk kete Petronas nih?

    • jelapangPadi on 06/04/2010 at 9:50 AM
    • Reply

    apa cer veyron duk slimut jer…handbrake jem ker…??

    • fird on 06/04/2010 at 10:57 AM
    • Reply

    tahniah petronas!harap2 taun depan ade le driver kite yg drive kete 2.power gile honda baru nie erk!

    • pendita_gila on 06/04/2010 at 11:22 AM
    • Reply

    ??????

    • on 06/04/2010 at 9:57 PM
    • Reply

    Yeah, I like drive fast not slow.

    • Jaybond on 08/04/2010 at 9:26 AM
    • Reply

    Kreta Honda HSV-010 bunyi dia mantap, macam F1. Sebab dia guna enjin cc kecik tapi rpm lebih tinggi, kalo nak dibandingkan dengan Nissan GT-R dan Lexus SC430.

Leave a Reply to CaparZoCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.