Subaru Impreza WRX STI SE!

Di negara kita Scooby bukanlah glamor sangat, kita lebih berminat dengan Evo. Lain pula di Singapura, di sana bolehlah digelar sebagai Scooby Land. Tak tahu kenapa, mungkin juga kita dah terbiasa dengan Mitsubishi-Proton. Setiap kali saya berborak dengan kawan-kawan pasal Scooby mesti akan ada yang kata “maintenance tinggi” dan “tak ramai pomen boleh bikin”.

Klik untuk bacaan seterusnya >>

Subaru Impreza ok juga sebenarnya, bunyi enjin boxer dia tu yang tak boleh tahan. Kalau dia tak bagus takkan Toyota nak beli saham Subaru kan? Baru-baru ini juga Subaru menjadi juara pembuat dalam APRC.

Subaru Impreza WRX STI di atas adalah model edisi istimewa [SE] yang bakal dilancarkan tahun depan. Bezanya adalah sistem suspensi yang lebih keras, lampu halogen berbanding HID, pembesar suara 4 sahaja berbanding 6 untuk standard dan penyaman udara manual berbanding automatik.

Senang cerita ni model hardcore lah. Hujung minggu bawa ke pasar trek. Badan dia pun seksi walaupun ala-ala BMW 1 Series dan Jeremy Clarkson kutuk kaw-kaw masa mula-mula keluar dulu.

Sumber: NetCarShow.com

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

32 comments

Skip to comment form

    • fairuzR on 04/12/2009 at 9:48 AM
    • Reply

    Aku yg first hari ni..muahahaha

    • strokeboi on 04/12/2009 at 10:26 AM
    • Reply

    cantik, dri dlu minat impreza, tp nk maintenance susah, bkn sume pomen leh buat. da ckup dlu pakai moto itali, setiap kali nk servis/maintenance pening. nk kene naik KL or trun JB. spare part cri kat spore. serik woo…

    • carragher27 on 04/12/2009 at 10:49 AM
    • Reply

    gua bukannya ada duit nak beli..

    • on 04/12/2009 at 11:59 AM
    • Reply

    Tu arr…aku pun minat kat EVO…nape ek?…tp yg aku tau kete ni mmg best…tak caya tgk dlm Fast & Furious 4…siap boleh tembus dinding gua tuh…hahahaha…
    Mat…Hadiah pemenang Peraduan GSR Pennzoil biler nak dpt nih? Dah berjanggut tunggu ni…Kalo takde ckp takde…tidak hamba ternanti-nanti…

    • on 04/12/2009 at 12:21 PM
    • Reply

    Caparzo

    Matpon tak ada, tak tau mengular ke mana. Btw, taxi ride tu jadi cuma masanya belum ditetapkan lagi. Sebab GSR 2 bulan ni sibuk dengan rali. Esok ada rali kat Melaka pula. Kitaorang kat GT pun sama ada kerja. Nanti saya umumkan bila dah dapat tarikhnya ok.

    🙂

    • virus on 04/12/2009 at 12:38 PM
    • Reply

    mat. tolong tny proton biler nak kuar neo s2k
    road version bley ka???
    scooby mahal sgt…

  1. wowww!!
    gua nak sumpah moto keris gua jadik impreja ni laa..
    boxer ohh boxer…huhuhuu

    • LooLaapaloza on 04/12/2009 at 4:33 PM
    • Reply

    garang2..

    • hantukete on 04/12/2009 at 7:24 PM
    • Reply

    GEMPAK!!!!!!~!!!

    • pelug on 04/12/2009 at 8:23 PM
    • Reply

    engin boxer sama ker ngan sluar boxer?????

    • on 04/12/2009 at 8:47 PM
    • Reply

    gua mmg minat sama scooby dgn deruan gema boxernye nie tp x berkemampuan…mampu tgk jer lar

    • Han on 04/12/2009 at 9:09 PM
    • Reply

    alamak, bentuk dia fail la
    gua lagi suka subaru imprezza sedan..

    • gunners on 04/12/2009 at 9:14 PM
    • Reply

    impreza dah impreza dah,tpi syg la,npe die wat wagon? klu wat sedan ker coupe ker buleh gagah la jgak……

    • Han on 04/12/2009 at 9:21 PM
    • Reply

    tawu takpe..
    nasib Subaru kekalkan enjin boxer

    • Jamil Butang on 04/12/2009 at 10:28 PM
    • Reply

    beli kete ni bukan dapat bawak pegi pancing udang.. pancing ayam kat bb mungkin boleh..

    • dedi on 05/12/2009 at 12:00 AM
    • Reply

    gua minat lagi version 1-6…

  2. Erkk? Kluarkan model hatchback jewr? Sedan dah tak kluar erk?

    • najeep on 05/12/2009 at 1:47 AM
    • Reply

    Nak SE gak…Myvi SE,Saga SE,Wira SE….

    • kudut on 05/12/2009 at 10:47 PM
    • Reply

    kete ni dh ode 2biji. sape nk pinjam blh call aku.

    • Alvanza on 06/12/2009 at 5:36 PM
    • Reply

    Depan v10 nie dah cantik widebody. Tapi sayang bentuk h/back pulak.

    • shukz on 06/12/2009 at 10:01 PM
    • Reply

    Untuk pengetahuan semua..
    Subaru Impreza WRX Version X ada dikeluarkan dalam model sedan..

    • on 07/12/2009 at 9:10 AM
    • Reply

    Tima kasih Mak UIA…
    Ni untuk Si Azmin plak?…Sticker GT.com biler nak dapatnyer nih?

    • azwan nbs on 07/12/2009 at 8:44 PM
    • Reply

    kalo wat g pasar lagi cantik….

    • epul on 08/12/2009 at 10:29 AM
    • Reply

    Bagi aku plak, ini la Impreza yg paling tak impreza. Dh la mcm nk tiru Ford Focus je rupa dia. Hilang ciri² impreza dan kejepunan secara amnya.Apsal la orang Jepun skang nih buat keta mcm nk tiru western je??kalo dh keta jepun pun dh jadi mcm keta conti (baik dari segi rupa mahupun harga) baik kita beli keta yg pure conti je kn? Ibarat beli nasi lemak tapi dengan lauk sosej, burger dan kentang goreng..

    • amid on 08/12/2009 at 1:46 PM
    • Reply

    Ni kira cam Evo RS la…

    • amy 2zz1 on 08/12/2009 at 3:18 PM
    • Reply

    Jeremy CoklatHudson 2 bukan nya bijak pon pasal keta ni..dapat free sebuah,baru keta 2 “the best ever lah,valuable lah,”,jika xdapat gak ada je lah kurang nya..harap badan je besar,otak kecik…

    • yuyun on 08/12/2009 at 9:46 PM
    • Reply

    bilalah impreza nir nak jual murah kt malaysie kn

    • japang slipor on 30/12/2009 at 2:59 PM
    • Reply

    impreza wrx v-x sedan x lawo..
    sekian wassalam

    • odie on 23/02/2010 at 1:55 AM
    • Reply

    lawa tahap gaban pn subaru reka impreza , cinta aku tetap pada evolution…

    • kancil ex660 on 04/08/2010 at 11:01 AM
    • Reply

    still loving mr fq400..

    • hafiz on 22/11/2010 at 1:19 PM
    • Reply

    jeremy 2 poyo je

    • mus on 12/01/2012 at 10:36 PM
    • Reply

    cite bab subaru nie… bru dpt pgang knci n start kt usecar, 3 mlm mimpi de…

Leave a Reply to odieCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.