Nov 04

SsangYong Korando: Giugiaro Punya Rekaan!

SsangYong Korando.09

Saya boleh jamin berita mengenai SsangYong memang jarang disiarkan dalam GT, bukan apa, sebabnya tidak ada bahan yang hendak disiarkan. Selain daripada Hyundai dan Kia, SsangYong adalah produk Korea dan khabar angin terbaru syarikat ini bakal dibeli Mahindra dari India. SsangYong boleh dikatakan sebagai syarikat automotif Korea yang tidak menjadi. Satu lagi ialah Daewoo yang dah lama kena telan dengan General Motors.

SsangYong Korando.07

Walaupun syarikat ini bermasalah tetapi mereka diam-diam ubi dengan melancarkan Korando terbaru. Pengkhususan SsangYong adalah SUV yang mana paling banyak di atas jalan raya tentunya Rexton dan model ini telah direka oleh studio rekaan Italdesign. Kalau sekutu perasan desain tepi Proton Emas ada ala-ala Rexton sedikit. Untuk Korando, SsangYong masih lagi setia dengan gayaan Itali dengan mengupah Giorgetto Giugiaro dan model ini mempunyai ciri-ciri praktikaliti 4X4 dan kereta keluarga. Korando juga menggunakan casis monocoque, suatu yang berbeza sebab secara tradisinya Ssangyong menggunakan ladder-rack.

SsangYong Korando.06

Korando dipasarkan untuk bersaing dengan Ford Kuga, Hyundai ix35, Kia Sportage, Nissan Qashqai dan VW Tiguan. Model ini dikuasakan oleh enjin 2.0 liter diesel Euro 5 berkuasa 175PS.

Serius cakap desain SUV SsangYong memang lawa sebab ada pengaruh Itali yang kuat jadi tidak hairan model macam Rexton bersepah-sepah dalam negara dengan pengikut tersendiri. Harga terpakai pun murah dan jangan tidak tahu enjinnya dilesenkan dari Mercedes. Cuma model Stavic saja nampak tidak berapa nak kena. Sekarang jual tidak sampai RM100k pun.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

  1. spare part dia camner? harga suv rare ni spare part kadang2 tak masuk akal

    • belalang_kontot on November 4, 2010 at 6:04 pm
    • Reply

    ssang yong musso ade gua tengok pakai turbo kat taman equine…gua syak da tak pakai henjin standard…atau dengan erti kata len spare part die pun same rare cam kete…huhu….

    • Made on November 4, 2010 at 8:05 pm
    • Reply

    Tengok depan mcm Volvo X60
    blh tahan.

    • najeep on November 5, 2010 at 12:26 am
    • Reply

    Korando = keranda hahaha

    • 5ruz on November 5, 2010 at 10:10 pm
    • Reply

    GM telan Daewoo pastu mase gawat bkn GM pun nak kene telan gak ke

    • DaihatsuKancil on November 6, 2010 at 4:29 pm
    • Reply

    Najeep, btul dah tu.. mcm org nogori sebut keranda.. hahaha.. ni mesti org bukit putus yg bagi name nih…

    • dexter on November 6, 2010 at 9:07 pm
    • Reply

    Dah macam TOYOTA RUSH aku tengok. Daripada angkat keta KOREA yg poyo tu, better angkat keta Jepun. Nak jual balik, still ada harga.

    • mat on January 7, 2011 at 12:26 am
    • Reply

    Salam. Gua dah berkenan dgn satu model rexton ni. Penohi citarasa aku. .. 7 seet ,4×4 sunroff ,leather set, roof rack..senang- senang bawa anakbini masuk town, picnic ,masuk kebun skali skali ..harga jatoh no ha lah sbb mau pakai bukan mau jual.. amacam..

Kata Anda//