ŠKODA Octavia Generasi Ketiga!

Bagi mereka yang selalu mengikuti perkembangan rali tanah air pasti tahu mengenai penyertaan Proton Satria Neo S2000 di dalam rali antarabangsa seperti World Rally Championship (WRC), Intercontinental Rally Challenge (IRC) dan Asia Pacific Rally Championship (APRC). Proton memasuki pertandingan tersebut bukan saja-saja untuk makan angin bahkan berkali-kali menaiki podium. Proton bersaing dengan jentera-jentera hebat dunia seperti Mitsubishi, Subaru, Ford dan Fiat. Walaupun begitu, ada sebuah jenama kereta yang selalu menyekat kemaraan Proton terutama sekali di dalam IRC dan baru-baru ini di APRC iaitu ŠKODA Fabia S2000. Kereta itu memang pantas dengan nilai kejuruteraan tinggi dan melayakkannya bergelar juara.Perlu diketahui bahawa ŠKODA sebenarnya adalah firma yang dibawah naungan Volkswagen. Jenama itu juga merupakan alternatif terdekat untuk mereka yang mahukan teknologi VW tetapi dengan harga yang lebih rendah.

Baru-baru ini ŠKODA melancarkan model “bread and butter” mereka iaitu Octavia generasi ketiga. Model tersebut katanya mempunyai ruang yang luas, praktikal, ciri-ciri keselamatan dan keselesaan yang inovatif, jimat penggunaan minyak dan dengan harga yang munasabah iaitu suatu yang sinonim dengan ŠKODA.

“ŠKODA Octavia merupakan nadi kepada jenama kami, kata Winfried Vahland, Ketua Pegawai Eksekutif ŠKODA. Ia mengandungi warisan kami iaitu ruang yang luas, kualiti, hasil kerja yang teliti, moden, teknologi yang matang, rekaan tidak luput masa (timeless), praktikal dan nilai tinggi berbanding harganya. Jangkaan pelanggan kami semakin membesar. Sasaran kami ialah untuk menjadikannya lebih baik, ini dapat dicerminkan pada nilai yang ada pada Octavia baharu, iaitu berada di dalam kelasnya tersendiri.

Penarik utama ŠKODA Octavia adalah pada pakejnya yang lebih ekstra. Dengan ruang yang besar tetapi dengan rekaan sedan yang elegan dengan praktikaliti pada kereta hatch iaitu ciri-ciri unik pada kereta di dalam segmennya.

“Octavia baharu adalah kereta dengan kualiti kelas pertengahan tetapi pada harga kereta kompak. Ianya pilihan yang ideal untuk pelanggan yang mempunyai pelanggan yang mahukan sebuah Octavia dengan ciri-ciri tradisionalnya. Ini adalah yang terbaik daripada kami,” kata Frank Welsch, ahli lembaga pembangunan teknikal ŠKODA.

Octavia generasi ketiga ini merupakan penanda aras baharu di dalam penawaran ruang di dalam kelasnya. Dakwa mereka, tiada model di dalam segmen tersebut dengan panjang interior pada 1,782mm, ruang kaki (lutut) pada 73mm dan ruang kepala penumpang belakang pada 980mm.Saiz bonetnya juga luas iaitu 590 liter. Selain daripada ruang yang luas, Octavia juga mempunyai rekabentuk yang menawan. Konsep begitu tidak pernah ditampilkan pada generasi terdahulu dan pada kali ini ianya lebih dinamik, elegan, terampil, dan dengan perincian. Bayangan kereta ini dengan garisan badannya tampak seperti sebuah kereta coupé. Rekaannya ada kelas dan kemas dengan perkadaran yang sempurna.

Dalam membangunkan Octavia, antara matlamat utama ialah untuk menjadikan model itu lebih selamat. Bagi mencapai sasarant tersebut, para jurutera telah mengaplikasikan sistem keselamatan termaju seperti fungsi Front Assistant (brek emergensi), Lane Assistant yang mengekalkan kereta pada laluannya, multicollision-braking/aplikasi brek automatik sewaktu kemalangan, Crew Protect Assistant/menjamin keselamatan kereta semasa kemalangan, Driver Activity Assitant (pengesan kelesuan) atau active front hatch untuk perlindungan pejalan kaki. Sistem tersebut mampu untuk mengelak daripada kemalangan atau mengalihkan kesannya daripada penumpang dan pengguna jalan raya lain. Selain daripada itu jumlah beg udaranya juga menganggumkan iaitu sebanyak sembilan beg udara!

Untuk janaan kuasa, Octavia dibekalkan dengan lapan opsyen enjin iaitu empat enjin teknologi petrol TSI dan empat enjin teknologi diesel TDI dan tambahan enjin gas asli pada masa akan datang. Enjin-tersebut dipadankan dengan transmisi manual atau automatik DSG. Lebih menarik, versi sporty Octavia RS sedang dalam pembangunan.

Hasil daripada skala ekonomi, kumpulan VW dapat memasarkan ŠKODA dengan harga yang rendah. Teknologinya dan kejuruteraannya sama jadi mereka boleh menggunakan strategi tersebut. Di tempat kita lain pula ceritanya apabila ŠKODA dipasarkan lebih premium berbanding VW. Senang kata, ŠKODA adalah pakej penjenamaan semula VW di dalam pembungkusan yang lain. Strategi tersebut adalah biasa di dalam bisnes, paling penting sekali setiap golongan dapat merasai teknologi terkini! Tidak semua mampu membeli komputer riba jenama premium tetapi hakikatnya cip pemprosesan yang sama turut boleh didapati di dalam komputer riba jenama pertengahan!

Newspress

@muhd_gt

Silakan kongsi:

3 comments

  1. untuk makluman.. Bermaz Motor adalah pengimport model SKODA di pasaran malaysia TQ

    • audi on 23/01/2013 at 2:19 AM
    • Reply

    sekali tengok design dia memang dah tau ni kereta eropah..typical europe design, tapi garisan dia nampak kemasla..

    • lateh on 24/01/2013 at 1:38 PM
    • Reply

    citer byk .. harga tk taruh…. maleh la nk layan

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.