Skoda di Monte Carlo

Skoda Fabia S2000 2011.02

Rali Monte Carlo yang terkenal sebagai rali lagenda memasuki edisi ke 100 tahun ini dan akan berlangsung pada 19 hingga 22 Januari nanti. Pusingan pembukaan IRC 2011 akan disertai bukan sebuah tetapi sepuluh buah Fabia S2000. Skoda adalah juara musim 2010 dan sasaran tahun ini ialah mengekalkan kejuaraan tersebut.

Skoda Fabia S2000 2011.01

Dengan resipi kejayaan, Skoda Motorsport mengekalkan juara musim lepas iaitu Juho Hanninen – Mikko Markkula dan naib juara Jan Kopecky dan Petr Stary. Pasukan juga akan memperkenal rekaan grafik baru dengan elemen warna hijau yang sinonim dengan jenama Skoda. Paling menarik ialah pada pintu hadapan dilekatkan logo meraikan penglibatan 110 tahun Skoda dalam sukan permotoran. Sikit punya lama main kereta.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

10 Comments

  1. pertama kali gua dengar name skoda mase gua sekolah menengah.tu pun sebab MK wat skoda ape ntah, octavia kot jadi poster yang kat tgh tu..huhu

  2. ah..lu ni matpon…kalo mende2 negatif bagi kat lu..da r kuat tacing..

  3. Model sebelum ni pernah jual kt Malaysia tp xlaku..
    Harga Mcm Jazz..
    1st time tau nama Skoda masa gua darjah 5.. Men game rali..

Kata Anda//