Feb 13

SHELL BUAT LAWATAN KE GARAJ DUCATI DI SIC SERTA SESI BERTEMU JORGE LORENZO

Kuala Lumpur, 13 Februari 2017 – Shell Advance baru-baru ini telah menjemput 200 tetamu istimewa untuk merasai pengalaman unik menjelang musim MotoGP™ 2017. Kumpulan tetamu bertuah ini terdiri daripada para mekanik yang telah membantu meletakkan Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, ahli Kelab Pemilik Desmo Malaysia dan media terpilih.

Shell Advance telah mengatur satu lawatan eksklusif ke garaj Pasukan Ducati semasa pasukan tersebut berada di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk ujian pramusim MotoGP™.

Para jemputan khas ini merupakan antara yang pertama dapat bertemu dengan pelumba baru pasukan iaitu Jorge Lorenzo yang telah tiga kali menjadi juara dunia MotoGP™.

Pelumba dari Sepanyol ini akan berganding dengan juara MotoGP™ Shell Malaysia 2016 Andrea Dovizioso dari Itali untuk cabaran Ducati musim ini.

Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Shairan Huzani Husain turut meluangkan masa untuk melawat garaj Pasukan Ducati bagi mengalu-alukan pelumba Ducati tersebut.

“Sebagai penaja utama, kami gembira menyaksikan kemajuan MotoGP™ Shell Malaysia yang kini telah berkembang menjadi acara sukan bermotor yang ulung yang telah menambat hati para peminat di sini serta dari seluruh dunia. Kami menantikan satu lagi musim yang mengujakan selepas kejayaan besar tahun lalu yang berakhir dengan kemenangan bersejarah bagi Ducati di Sepang,” kata penggemar motosikal ini.

Kerjasama yang berterusan antara Shell Malaysia dengan SIC sebagai penaja utama MotoGP™ Malaysia mencerminkan komitmen syarikat bukan hanya terhadap masa depan sukan tersebut tetapi juga terhadap negara dan rantau ini.

Acara ini merupakan platform yang sesuai untuk Shell mempromosikan produk-produknya seperti bahan api premium Shell V-Power dan minyak enjin motosikal premium Shell Advance.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.