SHELL ADVANCE LANCAR MINYAK ENJIN PEK EDISI TERHAD

shell-advance-2016-01

Shell Advance telah mengumumkan pelancaran pek edisi terhad dengan reka bentuk khas untuk empat varian minyak enjin motosikal Shell Advance yang paling laris – Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 (1L) dan 15W-50 (1L), Shell Advance AX7 10W-40 (1L) dan Shell Advance AX5 Scooter 15W-40 (0.8L).

Dari sekarang hingga 15 Oktober 2016, setiap pembelian mana-mana produk Shell Advance yang tersebut di atas, termasuk Shell Advance AX5 15W40 (1L), sama ada pek biasa atau pek edisi terhad, membolehkan pembeli memenangi dua tiket Grandstand Utama untuk menyaksikan perlumbaan Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016.

Menurut Wakil Hiliran Kanan Tempatan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain, pelancaran pek edisi terhad Shell Advance, dengan empat reka bentuk baru untuk menguja penunggang motosikal, bertujuan untuk memperlihatkan kepimpinan teknologi Shell dan pembabitannya dalam perlumbaan motosikal dunia.

“Pelancaran siri edisi terhad Shell Advance ini sesungguhnya mengingatkan pengguna kepada inovasi berterusan Shell sebagai pemimpin pasaran memandangkan pada tahun ini kami merayakan ulang tahun ke-125 kami memacu kemajuan negara.  Secara khusus, reka bentuk minyak enjin motosikal utama kami, Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus 10W-40 dan 15W-50, memberi penghargaan kepada pakatan kami selama 18 tahun dengan Ducati di litar lumba. Pemilik motosikal, tanpa mengira jenis dan model, boleh merasai keseronokan setiap tungggangan kerana setiap botol Shell Advance membawakan teknologi pelincir yang paling canggih di dunia,” katanya.

shell-advance-2016-02

Shell Advance Ultra sintetik penuh dengan Teknologi PurePlus adalah satu-satunya minyak enjin motosikal di pasaran hari ini dengan minyak asas ultra bersih yang diperbuat daripada gas asli.

Teknologi PurePlus Shell yang dipatenkan merupakan proses gas-kepada-cecair (GTL) serba baru yang menukar gas asli kepada minyak asas sejernih kristal. Minyak asas GTL digabungkan dengan Agen Pembersih Aktif yang unik untuk memberikan tahap pembersihkan lebih tinggi dan perlindungan daripada kehausan dan kakisan dengan lebih hebat.

Shell Malaysia sekali lagi akan menjadi penaja nama Grand Prix Motosikal Shell Malaysia 2016 yang akan datang.  Tajaan tahun kedua kerturut-turut ini akan mengukuhkan lagi penglibatan syarikat yang sekian lama berada di barisan depan perlumbaan motosikal dunia.

Tajaan nama Grand Prix Motosikal Malaysia adalah sangat penting, kerana ia menyediakan pentas global untuk Shell memperlihatkan produknya yang inovatif termasuk Shell Advance Ultra (pelincir) dan Shell V-Power (bahan api). Ia juga menyediakan platform yang paling sesuai untuk menarik penunggang motosikal di rantau Asia dan seluruh dunia.

Muhammad

Kata Anda//