RV : Wujudkah Di Malaysia?

gt1

Caravan /campervan / motorhome / ataupun kita lebih terbiasa dengan panggilan RV (Recreational Vehicle) ini sememangnya sudah pun wujud di benua Eropah semenjak tahun 1810 lagi dengan menggunakan kenderaan berbentuk wagon. Selain digunakan untuk mengangkut barang dan orang, ianya juga turut dijadikan tempat tinggal pada zaman yang mana belum wujudpun lagi hotel mahupun rumah tumpangan. Namun industri ini mula berkembang secara pesat pada awal 1900an dengan Canada mendahului carta pembinaan motorhome berasaskan casis kereta dan juga trak. Diikut beberapa tahun berikutnya, RV di Amerika Syarikat juga semakin berkembang pesat. Manakala, di Tanah Melayu pula, dipercayai industri ini dikatakan telah berkembang sekitar zaman Hang Tuah lagi. (Ok, sila jangan percaya, gua acah sahaja).

Sebenarnya, gua secara peribadi amat menggemari aktiviti santai sebegini, cuma belum pernah berpeluang untuk menjebakkan diri sahaja. Kalau sesiapa pernah ingat, ada sebuah filem, turut mengabadikan RV sebagai tema utama disamping tema kekeluargaan yang cuba disampaikan. Cuma kita disini, industri ini dikatakan hampir tidak wujud. Entah apa yang telah merasuk pemikiran, pada suatu ketika gua telah tergerak hati untuk membuat carian di alam maya wujud ke tidak kenderaan yang sebegini di bumi Malaysia. Hasil carian agak memberangsangkan juga kerana gua telah berjaya menemui beberapa kenderaan berspesis baharu untuk dikongsikan di dalam GT ini.

Atas kesedaran dan minat yang gua fikir amat mendalam, masih ada pihak yang sanggup untuk terjun dalalm industri ini. Gua fikir tanpa obses, ianya adalah satu perkara yang memang sukar untuk meneruskan penglibatan dalam aktiviti / industri sebegini. Apatah lagi untuk memasarkan sesuatu produk ke mata masyarakat.  Maka, atas sebab minat jugalah (gua percaya, pasti ramai yang menaruh hati dengan kenderaan sebegini), gua kongsikan untuk Sekutu semua berkenaan kenderaan serupa ini.

gt2

Maka, gua tampilkan buat permulaan, dua model yang telah diubah suai secara intensif & ekstensif untuk tatapan mata semua. Hasil penelitian di alam maya dan juga sesi persembangan menerusi talian telefon, gua dapati hasil akhir kerja tangan yang dilakukan agak memikat hati juga. Untuk makluman, lori kecil Chana Era itu telah pun diubah suai sebegitu rupa menjadi campervan sehingga berupaya menempatkan empat tempat tidur di dalamnya. Lain-lain kemudahan asas seperti tempat memasak dan bersuci turut ditempatkan di dalamnya. Gua nak kongsikan lebih-lebih pun payah sebab gua belum lagi bertentang mata dengannya. Van Jinbei itu pun serupa itu juga dia punya modifikasi. Setakat nak bermalam untuk dua orang berhenti tepi jalan memang lenalah tidur tu. Rasanya, itu sahaja yang mampu gua kongsikan buat permulaan ini. Nak cerita lebih-lebih pun, benda bukannya ada depan mata.

Diizinkan Tuhan, gua akan buat previu secara lebih mendalam nanti. Doakan sahaja, masa gua terluang hujung minggu ini. Memang lama sungguh gua tak menulis kat GT ni. Rindu juga dengan Matpon itu.

-min-

Sumber Gambar: FB Wingmotorhome

Silakan kongsi:

20 comments

Skip to comment form

    • hasang on 17/05/2013 at 11:55 PM
    • Reply

    Sambil2 bleh niaga buger bakar nih…. Steady.

    • kete_hitam on 20/05/2013 at 1:48 AM
    • Reply

    gua penah jumpa sebutir di kemeren hailen satu masa yg dulu. 7-8 thn dulu kot. pakcik melayu pakai.

    • sepat on 20/05/2013 at 2:26 PM
    • Reply

    RV atau caravan ni mmg cukup popular utk summer campers especially kat US time gua kat sana sekitar 90an.. memang gua da pernah pikir selain dari flat PPRT ada baiknya kerajaan supply kawasan kosong utk RV ni parking mmg jimat der.. kekeke .. balik raya tak perlu risau nak makan minum kat tepi highway tau2 mak kita panggil makan kat belakang..

    • dolsarip on 21/05/2013 at 11:27 AM
    • Reply

    GT kalau ada info pasal RV ni boleh kongsi maklumat, ingat hujung tahun ni nak travel satu malaysia bwk anak bini. PEACE yoo

    • dolsarip on 21/05/2013 at 11:27 AM
    • Reply

    GT kalau ada info pasal RV ni boleh kongsi, ingat hujung tahun ni nak travel satu malaysia bwk anak bini. PEACE yoo

  1. Gua tak berkesempatan lagi nak menemuramah campervan tersebut..masih lagi menunggu masa yang sesuai.

    • Alteja on 21/05/2013 at 5:48 PM
    • Reply

    Kalo aku beli Toyota Hi-Ace (contoh) and convert jadi RV, JPJ boleh kasik lulus ke???

    Best gak ada satu… kalo pergi bercuti kat tempat seperti pantai ke, tempat air terjun, hutan lipur etc, takyah sewa hotel hatta chalet sekalipun… dok je dlm RV ni..

    Tapi, dr segi kos berbaloi ke memiliki RV ni kalo utk tujuan percutian ke atau perjalanan jauh.
    Berapa jarak JB ke Padang Besar Perlis? Ada 1000 KM? Tak sampai pun… aku Google dlm 912km je. So, kat US, macam yang Tuan Sepat tulis, mungkin berbaloi. Sebabnya, jarak dr satu daerah ke daerah atau state to state makan beribu KM gak. So, bagi road traveller, RV mungkin agak econimic. Ye lah, at least boleh jimat 2 perkara… penginapan & makan. Kalo perjalan lebih 1000 km atau 2000km, berhari gak baru sampai. So, dgn adanya RV ni, selesa sikit nak tido. Pastu, makan-makan, masak je. Ada sikit penjimatan.

    Untuk Malaysia, yang jarak perjalanan tak berapa jauh, walaupun Best, bagi aku (pendapat peribadi yg tidak dipengaruhi mana-mana parti politik), RV bukanlah satu yang economic. Ia tak lebih kepada satu kehendak je, bukanlah satu keperluan yang hakiki.

    Tapi… bak kata Baii… pokoknya duit… kalo ada duit, terasa nak beli, beli je la…
    Tapi, mcm komen-komen aku tahun lepas sebelum bersara sementara, berhutang cuba elakkan kalo bukan keperluan…

    Aku tgh cari Volkswagen Beetle Tua… ada sesapa boleh bagi aku keta ni bawah RM5k dengan semua kondisi tip-top???

  2. Alteja
    Apa yang gua dimaklumkan, pengubahsuaian dalaman (interior) takde masalah untuk lulus bila berhadapan dengan sekatan abang JPJ tu (nanti gua cuba sah kan semula).. manakala lori yang telah dibina semula itu perlu mendapat kelulusan JPJ (yang mana memang belum lagi mendapat kelulusan)

    Jujurnya, kenderaan sebegini hanya bakal dimiliki oleh mereka-mereka yang mempunyai lebihan kereta di rumah dan kenderaan sebegini hanya dijadikan kenderaan pada musim cuti sekolah pusing keliling Semenanjung

    • Kamsol on 27/05/2013 at 9:31 PM
    • Reply

    Salam semua,
    Kepada yg punya hobi yg sama, selamat berkenalan. Saya adalah salah seorang yg punya hobi ni dari dulu lagi. Hobi RV ni memang telah ada di Malaya sejak dulu lagi tapi disebabkan bumi kita yg kurang sesuai sebab saiz dan hawanya, maka ianya tidak berapa mendapat sambutan. Tetapi disebabkan penambahan rakyat Malaysia, maka timbullah generasi baru yg minat utk terjun dlm hobi ini bukan sekadar di Malaysia tetapi melintas sempadan. Sekadar utk tatapan pada yg ingin utk melihat apa yg telah saya beli, sila klik blog orang malaya di kamsolw@blogspot.com yg baru saya muatnaik.

    Sebiji Toy Hiace yg memang diubah jadi campervan dan sebuah lagi clip-on caravan. Ada kelapangan kita bercerita panjang.

    Kamsol / Klang.

    • Alteja on 28/05/2013 at 3:32 PM
    • Reply

    Min…
    TQ for the info..
    Aku belum masuk dlm level mereka yg ada lebihan kereta..

    Apapun… aku tgh pening carik sidemirror utk Innova aku..
    Area Nilai & Sban semua caj mahal…
    Yg 2nd memang takde sebab aku dah masuk berapa kedai potong ntah… semua takde… alasan sebab Innova bkn dr Jepun kata mereka… tapi dr Indon… Indon tak hantar keta potong ke Malaysia…

    Rasanya baik pakai Estima (duit belum berlebih pulak)… sebab Estima dr Jepun… mesti ada kat Kedai Potong…

    SESAPA ADA IDEA KAT MANA NAK DAPAT SPAPEPART MURAH INNOVA?

    • sepat on 28/05/2013 at 3:38 PM
    • Reply

    Bro Alteja

    tujuan RV ni bukan sekadar riadah aje.. malah ada org buat permanent home.. kalau di US mmg laa diorang travel jauh guna RV tapi kat sini kita praktikan aje utk apa cara sekali pun.. tak semestinya utk travel.. cuma itu laa kat sana kena ada parking besar .. apa kenama pakai RV parking depan tasik ttwangsa tapi masuk malam kena halau DBKL ye tak? so practicallity tu kena diskas dalam sebab ada pro and cons.. bagi gua.. ini satu kaedah percutia murah dan bakal mendapat perhimpunan bantahan hotel2 semalaysia.. adios

    • sepat on 28/05/2013 at 3:43 PM
    • Reply

    oh yea.. 921km ukuran jalan semenanjung malaysia ni bersamaan 1500km perjalana menyusuri midwest.. maksud gua.. kat sana jam time raya kismes ke deepavali takde hehehe.. so tak mcm kita ni asal balik cuti panjang jam.. tensen gua.. so gua harap RV ni dpt menyediakan tong indahwater yg besar utk menampun pembuangan air penumpangnya ..

    • Alteja on 29/05/2013 at 9:19 AM
    • Reply

    Betul, ada pro & cons RV ni. Especially musim perayaan. Kalo balik ke arah Pantai Timur (rumah bini la, aku Pantai Barat), kat Toll Gombak aje berjam-jam start dr DUKE lagi. So, ada RV, senang sikit, tak yah berenti nak membuang & makan, semua settle dlm RV je. Cuma, kena brenti solat (termasuk solat Jama’ & Qasar).

    Terus terang, dari kecik aku minat utk memiliki sebuah RV sebesar Bas Sekolah selepas terpengaruh tengok cerita Omputih yg ada RV, pastu berenti kat hutan berkelah bagai… best oooo. Atuk dalam cerita BEN 10 pun guna RV apa. Cuma, macam En. Sepat cakap, kat sini parking yg besar mungkin akan jadi satu isu. Contoh, nak pergi bercuti area hutan rekreasi mcm Ulu Bendul ke, atau kawasan pergunungan, kena 4-5 bijik RV besar Bas masuk, pengunjung lain takde tempat dah… banyak benda kena buat kalo nak guna RV kat Malaysia ni. Paling mudah bagi aku, kerajaan hadkan saiz RV kat Malaysia paling besar pun setakat lori satu tan je atau saiz bas mini. Saiz bas Express Transnasional tak boleh.

    • kete_hitam on 30/05/2013 at 1:30 AM
    • Reply

    kalu dapat vw doubleback mcm nih syok woo..

    • JAMAL 96 on 06/06/2013 at 8:59 PM
    • Reply

    macam kat jepunnnn dan europe… camper van.. Volkswagen Combi pun sesuai yob…..

    • abdul rezal on 07/06/2013 at 5:32 AM
    • Reply

    bomb stickeerr kat van..

    • pali on 07/06/2013 at 12:08 PM
    • Reply

    org yg terlibat design van RV tu nama dia Ng Seksan,mamat ni landscape architect.

    • RV LoCo BeacH~ on 15/06/2013 at 7:00 AM
    • Reply

    Sokong Pali!!JDM dan RV tak sama~

    • roreez on 24/04/2014 at 5:11 PM
    • Reply

    Saya pon minat dgn RV ni… sejak sy pernah bekerja as cabin crew at aeroline bus, mmg teringin nak memiliki sebuah rv satu hari nanti. tp tulah kat malaysia mcm tak membiak je industri. Sy berangan kalau dah pencen nt ada sebijik rv boleh pusing2 semenanjung suami isteri….

    • Zulkarnain Abd Aziz on 08/10/2015 at 11:21 PM
    • Reply

    Aku ada satu DIY..boleh check dalam FB Campervan Malaysia

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.