ROHIME SHAFIE DILANTIK SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PROTON EDAR

PROTON NEW LOGOPROTON Holdings Berhad ( “PROTON”) mengumumkan pelantikan En. Rohime Shafie sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd ( “PESB”), menggantikan En. Norzahid Bin Mohd Zahudi yang telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Rohime Shafie sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Kewangan di PROTON. Beliau adalah seorang ahli daripada Chartered Institute of Management Accountants UK, Certified Public Accountant Australia dan Malaysian Institute of Accountants (MIA). Beliau berkelulusan MBA dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia.

Antara jawatan-jawatan penting yang pernah disandang dalam industri automotif termasuk Pengurus Besar di Automotive Corporation (Malaysia) Sdn Bhd, Presiden di syarikat Honda Malaysia Sdn Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif di DRB-Hicom Auto Solution Sdn Bhd dan Edaran Otomobil Nasional Berhad, dan lain-lain lagi.

Dengan pengalaman selama 28 tahun dalam kedua-dua bidang kewangan dan automotif, beliau akan memainkan peranan penting untuk memastikan peningkatan dari segi jualan di PESB dan penguasaan pasaran.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ahmad Fuaad Mohd Kenali mengalu-alukan pelantikan Rohime.

“Sekarang ini merupakan waktu yang mencabar bagi PROTON dan pelantikan ini akan mengukuhkan lagi pengurusan di PESB demi memperbaiki jualan dan penguasaan pasaran dengan memberi lebih tumpuan kepada memenuhi kehendak pelanggan.”

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.