Respon Proton Mengenai Isu Skor NCAP Asia Tenggara

Logo ProtonBerikutan pendedahan dari ASEAN NCAP mengenai aduan pengguna tentang top tether yang tidak dipasang pada kereta buatan tempatan berbanding sewaktu ujian pelanggaran, Proton telah memberi respon seperti berikut:

Proton ingin memberi maklumbalas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh ASEAN NCAP pada 13 Oktober 2015.

Proton telah banyak menguji kereta buatannya di serata dunia seperti di Australia dan sebelum itu di Eropah. Proton juga turut mendapatkan khidmat dari agensi dan makmal antarabangsa bagi memastikan ujian dan keputusan yang dilakukan mempunyai kredibiliti.

Berdasarkan pengalaman berurusan dengan agensi antarabangsa, prosedur normal ialah agensi tersebut akan berhubung terus dan memaklumkan syarikat jika ada sebarang isu sebelum kenyataan awam dibuat mengenai kereta yang diuji.

Proton akan berhubung dengan ASEAN NCAP di mana kami belum menerima makluman secara rasmi dan oleh itu masih belum boleh mengesahkan atau sebaliknya mengenai isu yang dibangkitkan.

Proton juga ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kesemua kereta Proton mematuhi standard undang-undang di pasaran yang kami beroperasi terutama sekali Malaysia. Kami akan terus memperbaiki dan menambah baik produk dan perkhidmatan jika terdapat sebarang keperluan.

Muhammad

Kata Anda//