Renault Laguna Baru

Renault Laguna02

Pada Pameran Kereta Paris hujung bulan ini Renault akan memperkenalkan Laguna baru. Kalau sekutu ingat, enjin Renault Laguna digunakan dalam Proton Waja 1.8 dan ikut perancangan Proton akan perkenalkan model 1.9 turbo diesel tetapi mungkin sambutan Waja – Renault tak berapa nak meriah dan rasanya sebab itu lah enjin turbo tu tak jadi.

Renault Laguna01

Selepas Waja 1.8 enjin Renault kembali dalam Proton Savvy dan ikut pengalaman memandu kereta adik saya enjin ini memang sedap dan jimat minyak dipadankan pula dengan struktur Savyy yang kukuh hasilnya kereta ini stabil pada selekoh dan kelajuan tinggi. Cuma bab penyelenggaraan tak berapa nak sedap, bukan Renault sahaja tetapi kebanyakan kereta Eropah lain sebab tak ramai mekanik yang faham karakter enjin dari benua tersebut. Dan untuk pengetahuan sekutu, biasanya pemilik kereta Conti hantar ke bengkel luar yang kebanyakannya milik bekas mekanik pusat servis rasmi sebab kepakaran mereka dan harga yang berpatutan. Macam Savvy, bengkel tak rasmi di Puchong, bengkel kereta Renault.

Panjang pulak cerita pasal Proton. Ok la Renault Laguna baru ini lebih menarik dan katanya enjin lebih jimat minyak dan mesra alam. Lain info tidak beri oleh Renault sehinggalah pertengahan Oktober nanti. Kereta pun tak lancar lagi dan saya jangka Laguna dijual di tempat kita sebab Tan Chong yang import dan mereka aktif juga, lagi pun ini versi sedan dan ada harapan boleh jual.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

10 Comments

  1. bleh tahan la dia enjin,minyak pun save,low maintenance.mesti beli
    (ayat salesman yang nak sembelih)..

  2. takut tul gua bile tgk keter renault ni…gua ade pengalaman pahit ngn waja 1.8…huhu

Kata Anda//