Rasionalisasi Subsidi: Petrol RON 95 = RM2.10/liter, Diesel = RM2.00/liter

Rasionalisasi Subsidi

Kerajaan telah melakukan rasionalisasi subsidi terbaru dengan mengumumkan kenaikan harga petrol RON 95 meningkat RM0.20 kepada RM2.10 seliter manakala harga diesel pula RM2.00 seliter daripada RM1.80 bermula hari ini. Subsidi kerajaan untuk RON 95 ialah RM0.63 seliter.

Kenaikan harga yang pertama kali dibuat selepas Disember 2010 itu dikatakan bakal menjimatkan kos subsidi kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun. Tindakan itu juga adalah sebahagian daripada proses berperingkat kerajaan untuk mengfokuskan subsidi kepada mereka yang memerlukan sahaja di mana sekarang ini subsidi itu turut dinikmati golongan berpendapatan tinggi.

Peningkatan harga minyak itu kemudian akan ditebus kembali melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pelbagai program bantuan 1Malaysia lain. Rakyat juga akan menikmati harga kereta sehingga 30% lebih murah dan sejuta unit rumah mampu milik seperti yang tertera di dalam akujanji Barisan Nasional sempena pilihan raya ke 13 baru-baru ini.

Sementara itu, harga petrol RON 97 yang dijual mengikut pasaran dunia tidak berubah dan kekal pada RM2.70 seliter.

@muhd_gt

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • YuRi on 03/09/2013 at 11:39 AM
    • Reply

    perghhh
    klo bab isu dalaman negare, lajuuuuu je korg kluo artikel
    tp artikel kereta nasional, lambat
    patriotic ke pathetic
    cait…

    1. @Yuri

      Kurang tepat sebab siaran sesebuah artikel bergantung kepada bahan rasmi dan bahasa sesebuah sumber yang dihantar oleh pengeluar/agensi PR. Biasanya, artikel yang dihantar dalam Bahasa Melayu lebih cepat dimuat naik.

    • Clorex on 04/09/2013 at 1:02 AM
    • Reply

    Kenapa ron95 lebih mahal dr ron97 jika tiada sudsidi…>> 2.10+0.63=2.73

    • megatputrakuning2013 on 12/09/2013 at 10:15 AM
    • Reply

    Sbb org isi myk mto ke kereta.m’sia dh xder duit sgt kot.tu yg tadrik blik dri rakyat ni

    • Alteja on 12/09/2013 at 2:31 PM
    • Reply

    Tunggu lagi satu 2 minggu… apa lagi akan naik effect dr kenaikan harga minyak…

    hahahahaha… wait & see

Leave a Reply to YuRiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.