Rally X: Pusingan 1, Ivan Khong Juara!

RallyX0110.022

Tanpa sukan permotoran akar umbi, mana-mana sukan permotoran adalah lesu. Jadi, amat penting untuk organisasi atau badan yang berkemampuan untuk menyokong aktiviti akar umbi. Hakikatnya semua pelumba hebat di dunia lahir dari program kecil-kecilan sebelum mereka melangkah jauh dan menjadi pelumba profesional. Dan ini adalah antara sebab lahirnya siri Rally X dan RallySprint, memberi peluang kepada mereka yang mula berjinak dengan perlumbaan atau pelumba yang mempunyai minat tinggi tetapi dengan bajet kecil.

Pusingan pembukaan WMK MAM-SIC Rally X Siri 2010 telah berlangsung dengan jayanya pada 11 April lalu. Seramai 35 pelumba bertanding dengan pelbagai jenis model kereta seperti Evolution, Impreza, MR2, Satria, Saga, Charade, Volvo 240 dan termasuklah sebuah Chery Tiggo!

RallyX0110.122

Siri WMK MAM-SIC Rally X 2010 dianjurkan oleh Wheelspin Events dan disokong oleh Motorsport Association of Malaysia [MAM] dan penyedia venue, Sepang International Circuit [SIC] dengan penajaan WMK dan penaja bersama, Pennzoil Racing dan ONE Communications. Pembukaan siri dimulakan dengan litar aspat dan disertai oleh pelumba pelbagai cabang seperti gymkhana, drift dan trek serta muka-muka biasa rali berjaya menghiburkan penonton dengan format Rali SuperSpecial Stage di mana dua buah kereta dilepaskan secara serentak – perlumbaan pertama seumpamanya dalam permotoran negara.

RallyX0110.018

Pemanduan yang terancang membolehkan bekas pelumba rali dan ‘artis’ GRA Autocross, Ivan Khong yang memandu Subaru Impreza mencatat masa terpantas untuk menjuarai kategorinya dan pemandu terpantas perlumbaan. Selain dari itu, persaingan sengit turut berlaku antara pelumba rali junior, A. Magendran dan Kenneth Koh, kemenangan berpihak kepada Magen apabila regunya terbabas melanggar konkrit pembahagi jalan.

RallyX0110.007

Seorang lagi pelumba junior yang mengagumkan ramai ialah bekas pelumba go kart dan single seater, Azry Mohd. Noor yang menjadi juara kategorinya dengan jentera Proton Putra 4WD Turbo yang disediakan oleh GSR Motorsports. Tidak mahu ketinggalan, pelumba wanita Gina Finanza dan Guanne Khoo turut berentap masing-masing dengan Proton Satria GTi dan Mitsubishi Evolution 1. Menambah keseronokan perlumbaan ialah sebuah Chery Tiggo tajaan Chery yang dipandu oleh Joshua Lee dan Volvo 240 bertemakan kereta polis yang dipandu oleh Abdul Shukor Hamid. Kedua mereka mencatat kemenangan bergaya disamping menghiburkan penonton dengan pemanduan kompetitif.

RallyX0110.030

“Saya terkejut melihat peningkatan minat terhadap perlumbaan ini berdasarkan jumlah penonton termasuk kehadiran 3 juara Rali Malaysia dan beberapa lagi nama terkenal. Ianya sangat bagus apabila Rally X semakin popular dan saya dengan ikhlasnya mengucapkan terima kasih di atas sokongan semua” komen Jagjeet Singh dari Wheelspin Events. Turut sama menyampaikan trofi pemenang ialah Prinsipal MRU Motorsport, Mohd Rafiq Udhaya dan bekas juara Rali Australia Dean Herridge dan pemandu rali Kanada, Andrew Miller.

RallyX0110.045

Pusingan kedua bakal dilangsungkan pada 20 Jun dengan permukaan tanah juga dengan format SuperSpecial Stage. Untuk maklumat lanjut, layari www.mam.org.my atau www.wheelspin.my

Keputusan WMK MAM-SIC Rally X 2010 P1:

  1. Ivan Khong/Subaru Impreza
  2. Mike Ng/Mitsubishi Evo 7
  3. Norhaziman Bahaman/Proton Satria 1.6
  4. Azry Mohd Noor/Proton Putra 4WD Turbo
  5. Wan Mohamad Edrin/Proton Satria 1.8

-Mak Uia-

Teks: GT&Wheelspin Foto: GT&GSR

Silakan kongsi:

16 comments

Skip to comment form

    • carragher27 on 15/04/2010 at 8:05 AM
    • Reply

    kalau gua nak taxi ride sama Gina pun mcm best aja…

    • pendita_gila on 15/04/2010 at 8:13 AM
    • Reply

    jangan dilupakan gua skali

    • fird on 15/04/2010 at 8:33 AM
    • Reply

    klau cam2 aku pun nak ikut skali

  1. mau ka?? he he he…

  2. myvi gua layak ke masuk rally X?

  3. congratss to all….hehehe…aku dtg tgh hari tu…maakkk aaiiii panas bangat cuaca hari tu

    • jelapangPadi on 15/04/2010 at 10:21 AM
    • Reply

    uih….faidzal alang pun ada dalam GT…

    • on 15/04/2010 at 10:44 AM
    • Reply

    Adik beradik Alang [Alang brothers] terutama sekali Dzal [Adik Faidzil] memang ada kat sini dan beberapa nama besar permotoran, cuma mereka jadi pembaca senyap

    😉

    • on 15/04/2010 at 1:10 PM
    • Reply

    silent mood reader hehe…

    impreza n evo pun de?mantop..
    tahniah..

  4. nama aku pun Faisal.. hehehe tapi aku suka menonjol sikit kekekek

    • pendita_gila on 15/04/2010 at 6:55 PM
    • Reply

    gua nampak penonjolan lu sepat hahahah

    • on 15/04/2010 at 11:50 PM
    • Reply

    Yeah, sepat pernah beratur untuk jadi glamor dalam mempelam. Pat pat siku lepat.

    • on 16/04/2010 at 8:50 AM
    • Reply

    Eh nape ramai sgt suka nama Faizal ek…tiru nama gua…huhu..

  5. pendita mereng

    kuwang asem lu.. misinterpret maksud gua laa tu

    matpon

    lu nak ker?? nanti gua panggil laa wartawan mempelam diskas dgn geartinggi.com nak.. kita cover story keter posing sebelah swimming pool hehe

  6. huh ?!! matpon.. biler nak belanje wa chiow kueh tiow.. ehehe.. jadi navigator aku rally sprint nak matpon?

    • ayie on 29/04/2010 at 9:35 PM
    • Reply

    Satria 1.6 no 3? peh..yang mana satu?

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.