Rali Finland: Persediaan Encik Petter & Encik Kimi

loeb20[1]

 

Asyik membaca tentang Kejohanan Rali Asia Pacifik [APRC], kali ini saya hendak berkongsi cerita tentang Kejohanan Rali Dunia [WRC] pula. Rali Finland yang bakal berlangsung pada minggu ini merupakan pusingan yang kelapan dalam kalendar WRC.

Pasukan Citroen Racing Technologies yang membariskan pelumba handalan mereka, Petter Solberg dan juga Kimi Raikkonen dijangka menjadi antara pelumba pilihan orang ramai dengan kedua-duanya berasal dari Scandinavia. Petter Solberg akan turun sebagai pelumba yang paling berpengalaman manakala Kimi Raikkonen pula akan berlumba di kampung halamannya sendiri di mana beliau turut berlumba di Rali Finland ini pada tahun 2009-10.

loeb28[1]

Kedua-duanya giat menjalani persiapan rapi dengan menghabiskan masa selama dua hari bagi menguji jentera Citroein DS3 WRC dengan melalui kombinasi jalan yang berbonggol dan luas serta memiliki seksyen yang pantas. Kombinasi ini dikatakan hampir menyerupai bentuk muka bumi di Rali Finland itu nanti.

Walaupun kedua pelumba merasakan sedikit bimbang untuk menangani jentera dengan kelajuan yang sangat tinggi, namun sesi ujian yang dilakukan dapat memberikan gambaran serta jaminan kepada kedua pelumba tentang jentera yang bakal digunakan kelak. Malah, Peter Solberg sangat gembira dengan persediaan ini dan akan menjadikan beliau sebagai pencabar utama kejuaraan di Rali Finland ini.

Kimi Raikkonen telah pun menyertai minggu yang panjang di Helsinki bermula pada 24 Julai yang lalu dengan menyerta Acara Jalanan Red Bull bersama seorang lagi jaguh handalan, Sebastian Loeb.

Menurut prinsipal pasukan, Benoit Nogier berharap agar Kimi dapat memandu dengan konsisten dan mengutip mata sekaligus merapatkan jurang dengan kedudukan teratas.

Petter Solberg berkedudukan kelima dalam WRC dengan 73 mata manakala Kimi Raikkonen berada di tempat kelapan dengan 24 mata. Sebastian Loeb pula masih lagi mengungguli kedudukan teratas dengan 146 mata.

Sumber: Newspress/Citroen/KimiRaikkonen

Azmin

Penulis Indie

6 Comments

  1. terima kasih belalang_kontot.. er, nama azmin digunakan sebagai rasmi sahaja. Kalau gua komen guna C27 ni, maknanya gua menggunakan atas kapasiti pembaca GT..tapi kalau Azmin tu, atas kapasiti penulis GT. Apa pun terima kasih sekali lagi

Kata Anda//