Feb 11

Pusat 3S KIA kini dibuka di Jalan, Pahang, Kuala Lumpur

 

Naza KIA 3S

Berita baik untuk pelanggan KIA di Jalan Pahang, Jalan Genting Kelang, Setapak dan Titiwangsa apabila sebuah pusat Jualan, Servis dan Alat ganti (3S) KIA kini dibuka berhampiran bulatan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pusat 3S dengan keluasan 16,200 kaki persegi itu mampu memuatkan empat buah kenderaan pameran dan empat ruang servis yang boleh menerima 14 buah kenderaan sehari. Pusat yang bernilai RM1.5 juta itu mempunyai pelbagai kemudahan untuk pelanggan seperti ruang rehat dan sambungan wifi.

“Pusat 3S ini terletak di lokasi strategik di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan kini lebih mudah untuk melihat model baharu KIA dan buat pemilik kenderaan KIA,” kata Dato’ Samson Anand George, Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Naza KIA setakat ini mempunyai 33 outlet servis di seluruh Malaysia. Outlet terbaru di Jalan Pahang ini adalah salah satu dari lima outlet servis yang akan dilancarkan di seluruh negara dan merupakan sebahagian dari perancangan syarikat untuk menaik taraf kesemua outlet yang ada kepada pusat 3S.

Pusat servis yang dinaik taraf kelak dapat mengurangkan masa menunggu pelanggan untuk proses khidmat selenggaraan dan selepas jualan.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.