Nov 30

Pusat 3S Baharu Honda Kini Di Keningau, Sabah

Honda Malaysia telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alatganti) baharu di Keningau Sabah. Pusat 3S yang dioperasi oleh Vermillion Autohaus itu dapat memberi kemudahan kepada pelanggan Honda di  Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan.

Pusat 3S Honda dengan keluasan bangunan hampir 5,000 kaki persegi itu melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta dan mempunyai empat ruang servis dengan keupayaan menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Pusat 3S itu dilengkapi lounge pelanggan, kaunter kafe, surau dan sudut kanak-kanak. Turut disediakan ialah khidmat memperhabarui cukai jalan, wifi percuma dan tempat membasuh kereta.

Honda Malaysia mencatatkan prestasi jualan memberangsangkan pada tahun 2017 dengan lebih 87,800 unit kenderaan berjaya dijual dari Januari hingga Oktober 2017.

Penguasaan pasaran Honda Malaysia di Malaysia Timur juga semakin meningkat dengan jualan sebanyak 6,000 unit dan Sabah menyumbang lebih dari 2,000 unit. Honda BR-V paling paling popular dan laris di sana.

Pusat 3S Honda Vermillion Autohaus boleh dihubungi di talian: 087-3339 39 dan terletak di ¼ Miles, Jalan Keningau-Tenom, Kampung Pampang, 89008 Keningau, Sabah.

Silakan kongsi:

Kata Anda//