Proton Tingkatkan Produksi Persona Bagi Memenuhi Peningkatan Pesanan

PERSONA_EXEC

Proton Holding Berhad kini meningkatkan produksi Persona yang nampaknya kekal popular. Selepas selesai menaik taraf jaluran produksi Persona di kilang Tanjung Malim, Proton kini membuat penyelarasan jadual pengeluaran bagi memenuhi permintaan sedan nasional itu.

Proton Persona telah dilancarkan pada 15 Ogos 2007 dan telah mencatat jualan sebanyak 265,882 unit sehingga 31 Ogos 2015.  Bagi memenuhi permintaan, Proton turun menambah stok di kalangan pengedar seluruh negara. Tempoh menunggu buat masa sekarang ialah selama sebulan dan Proton telah pun meningkatkan pengeluaran sejak beberapa bulan lalu bagi memenuhi permintaan sempena beberapa perayaan sehingga hujung tahun ini.

Persona ditawarkan melalui dua varian utama iaitu Persona Super Value (SV) dan Persona Executive pada harga permulaan dari RM44,658.00. Selain daripada itu, Proton turut menjalankan kempen Hari Merdeka dan Hari Malaysia dengan pelbagai promosi seperti rebat RM3,000 untuk tukar beli dan tempoh waranti lanjutan selama 7 tahun.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.