Nov 30

Proton Satria Neo R3 Dilancar

Proton secara rasminya telah melancarkan Proton Satria Neo R3 semalam. Model yang diasaskan daripada Satria Neo CPS, telah menerima penambahbaikan dengan beberapa aksesori R3 telah dipasang secara eksklusif , meliputi splitter, spoiler, dan tak lupa juga rim R3 yang memang kelihatan tersangatlah kacaknya bilamana dijodohkan dengan tayar 195/50 Continental.

Manakala diruangan dalamannya pula telah dipasang tempat duduk semi-bucket bersalut kulit yang akan menjanjikan gaya pemanduan yang lebih sedap orang kata. Selain itu, double-DIN turut dipasang untuk menghiburkan pemandu yang tersangkut di kala menempuh kesesakan yang dasyat disamping mencari-cari jalan alternatif bolehlah diharapkan kepada sistem navi yang turut tersedia. Dari segi keselamatan, beg udara berkembar turut dipasang disamping Satria Neo R3 ini turut dilengkapi dengan ABS dan juga EBD bagi menjamin kereta ini mendengar kata dikala tuannya menyuruh untuk  berhenti dengan kadar segera.

Amacam, ada rasa berkenan dihati tak nak masuk meminang? Jangan risau, harga yang ditawarkan kepada bakal-bakal pembeli bolehlah dikategorikan sebagai mampu milik, sekitar RM61k-RM64k sahaja. Untuk pemilihan warna, bolehlah dipilih antara Tranquility Black, Fire Red dan GTi Silver. Manakala, warna kuning S2000 tu belum lagi ditawarkan  buat masa ini. Tunggu tahun depan barangkali. Senang cerita, sembang banyak pun tak guna. Baik gua belek slip gaji, untung-untung boleh lepas lagi untuk gua submit loan buat meminang Satria Neo R3 ni, Lu orang pun kalau ada rasa berkenan dihati, orang tua berpesan jangan tunggu lama-lama. Nanti dikebas orang.

Sumber Gambar: CikWanieProtonMotorsport

-C27-

Silakan kongsi:

27 comments

Skip to comment form

    • rafi on November 30, 2012 at 9:33 am
    • Reply

    huh..gua memang fan ngan model satria ni..tapi apakan daya,satria yang ada ni pun dah kurang berjaga..

    • Han on November 30, 2012 at 12:16 pm
    • Reply

    warna kuning S2000 tu memang mengancam.. demm..

    • matmus on November 30, 2012 at 3:49 pm
    • Reply

    apa beza dengan r3 yang harga 80 k tu?

    • Smut_liar on November 30, 2012 at 5:25 pm
    • Reply

    ikutkn minat semua wa minat…
    tp apakan daya.. seperti lu alls slalu cakap..
    Dunia ni mmg tak adil..

    • are on November 30, 2012 at 9:03 pm
    • Reply

    huh…..harge dye dkat dgn almera…..bail amek almera x sakit kepala pasal duit minyak bnyak murah….proton harga mahal giler tuk kete dua pintu ni

    • Alteja on December 3, 2012 at 4:15 pm
    • Reply

    Bagi free, aku tak tolak. Sejak jadi follower MK banyak tahun lepas, wife aku perasan minat aku terhadap kereta. Masa tu kami ada 2 bijik keta. Satu, Wira a/b 1.3 & satu lagi Kelisa. Wira aku Enjin 1.3 tak blah mana pun. Rasa berat adalah. Walaupun gaji kecik, aku simpan duit sikit-sikit nak bikin Wira tu utk bikin Wira tu. Memula pikir nak ambik MIvec la, pastu enjin apa ntah yg 1.6 gak. Tapi, kawan kata, memandangkan Wira tu keta aku gi carik makan, so, jgn la buat major “renovation” sangat. So, oleh kerna opis lama aku dekat dgn kedai Shahrom Wahid (dulu pemilik Evo. 8 Kuning – skrg tak tau dia pakai apa), aku tanya dia, apa yg boleh dibuat kat Wira lemau aku tu. Dia kata, tukar sistem Exzos guna sistem EXCSS dia. PAda hari yg dijanjikan, bila aku bawak Wira aku gi kedai dia, dia “halau” aku sebab Wira aku dikilang tahun 2003 yg dah tentu ada cut-off. Dia kata ubah camne pun exzoss, tak bleh mana gak.
    So, wife aku bagi syarat kalo nak pakai keta power, kena bagi dia MPV dulu. 4 tahun lepas, aku dpt beli MPV lepas trade-in dgn Kelisa dia (Wira aku takde org nak masa tu). Tapi, sampai skrg tak dpt beli keta yg aku yg best hatta Satria pun. Ye lah, pastu nak pikir nak beli rumah la pulak, anak nak skolah pulak… Penyudahnya, simpan je impian… Wira tu plak, akhirnya aku berjaya jual… ganti dgn Myvi je… ikut citarasa Sepat (jadi town car la utk pegi keja).
    Tapi, kok ada rezki lebih, Satria Neo ni pun OK gak…

    • megatputrakuning2012 on December 3, 2012 at 4:54 pm
    • Reply

    dey alteja..myvi tu dah tinggi darjat ma……nk pakai coupe pakai putralah…gua pakai dah masuk 5 tahun..beli tahun 2007 2nd hand taun kete 2001 enjin 1834cc manual…best sampai hari ni…lepak dgn budak neo-rambut tegak-baju polo siam-pakai blakberi pun xrase malu…member gua pakai satria gti 1st model parking sebelah gua…budak neo kerek jew tgk…dah aweks ramai lagi pandang gti dgn putra lah der….cess..mampos aku kalu bini aku bace ni…hahahaha…gua just buat ekzos 4-2-1,tuka airfilter cendawan…laen2 gua xusik…pergh…best siut…org ganu ckp macang makang nasik dagang dgn kepok lekor ah…

    • Alteja on December 3, 2012 at 5:33 pm
    • Reply

    Pasni aku pikirkan kreta yg sesuai mengikut bajet yg ada… At least aku dpt tunaikan impian aku…
    memula aku pikir, segan gak kalo nak pakai keta sport ni memandang usia dah makin meningkat.
    Tapi, nak heran apa, Boss aku pun baru nak pakai kreta-kreta gempak ni walaupun usia di pertengahan abad. Alasan… masa muda tak mampu sebab banyak komitmen lain…. Tapi, aku jauh lagi muda la….

    Baru aku tau Myvi tu tinggi darjatnya sebab sebulan sebelum pose baru aku beli lepas dpt “good price” utk Wira aku tu….

  1. takpe.. syukurlah apa yang ada.. kadang2 kita rasa kita nak pakai kete mahal2 tapi ada org takde kereta.. gua pun myvi ni mmg keter utk kete pegi opis aje.. malas nak usik apa2 biarkan macam tu ..so far alhamdulillah takde masalah besar..

    so pada sapa yang nak beli kete2 power ni.. walaupun kita tak mampu tapi sekurang kita dah ada satu .. nak rasa betul apa gua cakap ni atau tak tunggu time hujan.. laki bini dgn anak atas motor dgn kita dalam kereta.. masa tu punyalaa kita akan syukur.. orait??

    • Alteja on December 4, 2012 at 10:31 am
    • Reply

    Orait…
    Apapun… kereta yang paling best ialah kereta yang dah habis bayar…..

    • megatputrakuning2012 on December 4, 2012 at 11:22 am
    • Reply

    kete yg takder utang mmglah teramat best….gua rase tenang giler….skrg ni kalau tgk trend sesetengah budak2 zaman bru ni pun ada yg lebih terarah oldskull…cam ptg semalam ank jiran aku bru angkat merc230 manual w123…pergh…ari ni masuk bengkel nk buat kaler itam katenyer…katernyer lg janji kete tu ada darjat yg xjtuh,mcm mafia,injection,ganak n tahan lasak..boleh geng dgn nabila huda katernyer…ahhhh giler ah…gua pulak nk berkira2 angkat masterpiece….

    • megatputrakuning2012 on December 4, 2012 at 11:25 am
    • Reply

    aku pnh terbaca MK,artikel OH..INDUSTRI..mmg xdpt dinafikan kete2 performence cam evo10 ke,alfa 159 ke,brabus ke,tpi…kalu parking sblh supra smbil tggu t.lite tuka ijau xdpt dinafikan supra mmg the legend…R34GTR lg la…buat pe pakai brabus utang zakat pon xleh byar…hehehehe

    • fizly on December 4, 2012 at 6:25 pm
    • Reply

    ape beza dgn yg 80k tu? di ulangi, ape beza dgn yg 80k tu…sekian trima kasih

    • Han on December 4, 2012 at 8:05 pm
    • Reply

    @fizly

    quote dari atas: Model yang diasaskan daripada Satria Neo CPS, telah menerima penambahbaikan dengan beberapa aksesori R3 telah dipasang secara eksklusif , meliputi splitter, spoiler, dan tak lupa juga rim R3 yang memang kelihatan tersangatlah kacaknya bilamana dijodohkan dengan tayar 195/50 Continental.

    untuk R3 Rm79797 tu, baca sini:
    http://geartinggi.com/2011/02/proton-r3-satria-neo-rm79797/

    • C27 on December 5, 2012 at 8:54 am
    • Reply

    Jawapan gua sama seperti jawapan Han.

    • tulangikan on December 5, 2012 at 4:37 pm
    • Reply

    hihihi… keta yg dlm senarai kalu nk wat keta perang.. setelah membeli suv khas utk owg umah cm bro alteja, kendian bwk keta town use g kije…. terasa la lemaunyer, dulu jual keta perang sbb nk kawen, konon pencen la… tp naluri tambahan racun yg bisa dr MK, x bole jd… nk print payslip 3 bln gaji jap..

    • Alteja on December 7, 2012 at 2:43 pm
    • Reply

    @Tulangikan : Tapi hati-hati oooo nak beli kereta skrg… 4-5 hari lepas keluar paper berapa ramai org yg bankrap sebab loan kereta. Kalo ikut maklumat tu, sebanyak 25.21% dr 241,740 org bankrap pasal loan kereta (adala dalam 61 ribu org). So… keta gempak, hutang banyak pun tak guna gak. Hidup kena “balance” bro.

    So, kat bawah aku “copy & paste” artikel pendek pasal bankrap yg aku cilok dr Bernama utk org yg belum baca. Sesapa yg dah baca pun boleh baca gak utk ulang kaji.
    __________________________________________________
    Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap
    03/12/2012 4:07pm

    KUALA LUMPUR — Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai.
    Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 52,917 kes berlaku di Selangor dan 42,843 di Wilayah Persekutuan, manakala 70 peratus adalah lelaki dan selebihnya wanita.
    “Pinjaman kenderaan menunjukkan kes kebankrapan yang paling tinggi iaitu 25.21 peratus, diikuti pinjaman persendirian 13.15 peratus, pinjaman perumahan 12.31 peratus, pinjaman perniagaan 11.26 peratus dan kad kredit 4.9 peratus,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.— BERNAMA

    • Alteja on December 7, 2012 at 3:27 pm
    • Reply

    Aku yakin… ada di antara skru-skru & “kakitangan” GT atau MK banyak info pasal kebankrapan dr loan kereta ni (hire purchase) sebab Baiii pun penah komen dlm MK yg lepas-lepas. So, kalo ada lagi maklumat lain yg boleh dikongsi… contoh penyebab kebankrapan ke dan lelain yg seumpama dr sumber-sumber yg boleh dipercayai dan solid, maka kongsikan lah dlm GT ni…

    Adakah kelonggaran Hire purchase yg dibagi oleh bank-bank penyebab utama berlakunya hal kebankrapan ni? Ye lah.. aku sendiri, 11 tahun lepas, masa gaji RM1,200 (lama dah) dah boleh pakai Kancil baru dgn deposit minimum RM500 loan 7 tahun. Sekarang, aku tgk bebudak gaji yg sama mcm aku dah boleh pakai Saga BLM dgn 100% loan utk 9 tahun. Katala, total loan RM40,000 dengan interest 3.0%. So, sebulan RM470. Kalo la gaji RM1,200 tanpa income lain atau sekurang-kurangnya overtime, sakit tu. RM1,200 lepas tolak EPF 11% tinggal RM1,068. Bila tolak instalmen keta tu tinggal lagi RM598. Mak aiii… pening ni melainkan kena ikat perut la untuk jaga poket lepas tolak sewa rumah. Minyak lagi…
    Tapi, kalo setakat kereta berharga RM50k ke bawah, aku rasa susah nak bankrap. Ni mesti ada kes yg gaji layak utk Saga je, tapi tipu slip gaji kat bank, pastu pakai keta-keta mahal.
    Tak silap aku, ikut undang2 skrg, minimum hutang tak bebayar yg boleh menyebabkan bankrap ialah RM50k.

    Ikut berita 3/12/12 yg lepas, K’jaan tgh nak kaji semula undang2 kebankrapan di Malaysia ni yg mana nak naikkan had dr RM50k kepada RM100k. Korang baca sendiri la ek…

    • tulangikan on December 7, 2012 at 5:46 pm
    • Reply

    pergh… ramai gak yg lingkup pasal keta ni… itulah, gaji ciput… selera besa…. tp menda pusing2 tang tu jgk.. nk menjana ekonomi negara, kena beli produk tempatan, x beli, ekonomi merudum, bila beli x bole bayar, declare bangkrup… kesudahan ekonomi bole down sbb defisit yg melampau.. hahaha… ramai bisnesman yg bole pacu ekonomi negara bangkrap gara2 sikap sendiri… walauweeh…. anyway.. thanx for advice…hahaha… *sembang kdai kopi*

  2. hati hati juga kalau diminta jadi penjamin.. staff gua sorang last week dpt surat cinta dari Jab Insolvensi.. habis semua akaun sampai akaun TH kena freeze.. sib baik dia dah transfer gaji ke akaun wife.. gara2 jadi penjamin dan dijamin sedara kandung yang buat bodow tanak bayar.. skrg malapetaka dah satu keluarga.. kesian..

    • epul si lesen P on December 17, 2012 at 10:44 pm
    • Reply

    aku baru kerja setahun…berminat gak nak beli neo ni tp memandangkan cita2 aku nak buat kilang anak, rasa mcm terbantut cita2 aku… tp aku xkawin lg… so pe kete yang paling sesuai utk aku beli? gaji around 2.5k cmtu…

    • Alteja on December 18, 2012 at 11:59 am
    • Reply

    Kalo gaji banyak tu dengan memikirkan kos-kos lain, bagi aku, dlm tempoh 5 tahun contohnya, ko pakai je dulu Sedan yang ekonomi macam Saga BLM.

    Jangan pikir MPV dulu. Pikir kemampuan semasa dan akan datang dulu. MPV paling murah pun, mungkin Alza atau Avanza. Tapi, Sedan macam Saga BLM dah memadai kalau anak setakat 3 orang.

    Bila anak dah bertambah nanti, baru pikir nak cari MPV ke. Kalau kau keja Gomen, ko boleh estimate kenaikan gaji ko (dengan unjuran tanpa promotion) pada 3% setahun. Tapi, kalo keja swasta, ko boleh estimate dlm 5% setahun atau lebih sekiranya ko jenis macam aku iaitu melompat dr satu company ke satu company. So, dari situ boleh rancang kereta apa nak pakai.

    Katalah sekarang ko ambik Saga… so, dengan instalment 7 tahun, mungkin beban ko utk bayar hutang tak banyak. so, kuasa membeli ko utk benda lain masih tinggi & senang ko nak jadi bapa kepada kilang anak…

    Aku bagi cadangan kereta baru sebab aku lihat dari segi kos maintenance kereta tu. Cuma, bila anak dah 4 orang ke, kalo gaji dah besar & bini pun ada income, masa ni lah sesuai untuk ko pakai MPV.

    Apapun, banyak benda kena pikir. Tu pasal, nak pakai kereta, bukan setakat instalment je. Tapi, kena ambik kira kos lain juga.

    • Alteja on December 18, 2012 at 12:06 pm
    • Reply

    Kalo ko ada ilmu dlm keta, lagi bagus. Ko tak perlu lah jadi mahir macam mekanik. Memadai ko ada basic knowledge kereta. Contoh, kalo kereta meragam camni.. apa nak buat. kalo meragam camtu… apa nak buat. Dlm kes ni, mgkn keta 2nd hand pilihan yg bijak memandangkan harga keta 2nd hand yg agak murah skrg.

    Tapi ingat, selain kereta, ko kena pikir jugak pelaburan untuk property. Lainlah kalo ko dok dengan family forever hatta dah kawin sekalipun & rumah yg ko duduk tu akan jadi milik ko yg diwariskan dr org tua.

    Aku bukan asal org senang, so penilaian aku dlm beli kereta agak teliti sikit selepas aku rasa aku tersilap beli Kancil sbg kereta pertama aku. Waktu tu, dgn gaji yg ada, aku patut rembat Iswara Hijau 1.3 yg harga bawah RM30k gak. Installmen tak jauh beza. So, kalo ada Iswara tu, at lease, masa anak 2-3 org, aku x yah pikir nak tukar kereta. Tapi, bila pakai kancil, anak sorang pun aku dah ngelabah. Tambahan plak aku org KL, bini aku Kelantan. Pening gak jalan jejauh dgn anak lagi. Apapun, ikut kemampuan & keperluan.

    • epul si lesen P on December 19, 2012 at 12:59 pm
    • Reply

    Thanks bro Alteja… Penerangan ko tu memang complete… skrg ni aku cume ulang alik naik motor gie keje sbb aku keje sebagai cikgu kat sarawak tp asal org tganu….

    so bila tengok2 geng2 sume dah pakai kete, aku pun rasa nak pakai jugak sbb jenuh bila balik kg kene naik motor cabuk nak gie mana2..hahaha

    skrg ni aku tgh buat pilihan whether ambik MYvi 1.5SE, Preve or Saga BLM 1.6…. Preve tu last choice r kot sbb bayaran bulanan die leh thn jugak mahal… pening kepala bila nak beli first car ni..

    • aye on January 11, 2013 at 6:15 am
    • Reply

    proton oh peroton kereta sakit kualiti tak seberapa harga merudum sebagai rakyat malaysia aku saport dari ,proton saga,wira,waja,gen2.sehinga aku dah meluat dengar kereta proton selalu rosak,water pump,pawer windows,wayerring short,apabila lima tahun aku pakai component berasaskan plastik dibahagian enjin mula mereput bila pegang hancur jadi serbuk.plastik apa diaorang guna,kereta jenama lain yang seusia dengannya masih mantap,pening pening, nak jual harga jatuh gila gila,perik aku dibuatnya,.

    • empi on January 14, 2013 at 4:06 am
    • Reply

    Apalah… Dri org jgk yg menjaga keta 2… Keta proton ok apa… Bpk aku pki proton saga keluaran prtama enjin magma smpai skrng msh ok… Blh lari 150 km lgi…. Dh dekat 21 tahun bpk aku guna keta 2…. Ulang alik kota kinabalu – semporna tyme dya d ums… Skrng jak ni proton 2 hangkang sikit sbb abg aku bwk smpai dya eksiden… Kecewa bpkku… Huhuhu… Apa2pn proton ok ba… Blh udah besaing ngan keta lain… Malaysia boleh…. Hehehe

    • lan on June 17, 2013 at 12:16 pm
    • Reply

    dah angkat kale kuning..terbaikkkk wokkkkk

Kata Anda//