Proton Saga FL: Nyata Berbeza!

Proton Saga FL.03

Selepas tiga tahun dipasaran Proton Holdings semalam melancarkan Saga FL dengan gaya dan ciri-ciri baru. Proton Saga FL ditawarkan dengan dua varian iaitu 1.3 Standard dan 1.3 Executive dengan tambahan harga sekitar RM1,000 dan RM1,300 dari model sebelum ini.

Proton Saga FL kini tampil lebih segar dengan fasia depan yang segala-galanya baru seperti fender, bonet, bampar, gril dan pastinya yang paling menonjol ialah lampu utama. Bahagian belakang kereta turut tidak ketinggalan dengan bampar dan lampu LED baru.

Proton Saga FL.08

Pada bahagian interior pula Saga FL dipasang kerusi dengan fabrik baru, pemain CD dengan MP3 dan tingkap kuasa pada penumpang belakang untuk kedua-dua varian FL! Istimewa untuk model Executive ialah tambahan beg udara untuk penumpang depan dan audio yang didatangkan dengan MP3, USB, AUX dan butang kawalan audio pada stereng.

Sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga adalah model kedua terlaris di Malaysia dengan jualan purata sebanyak 6,200 unit sebulan dan sehingga Oktober 2010 sebanyak 204,250 unit berada di atas jalan raya dengan lebih 40 ribu unit lagi tempahan. Proton mensasarkan untuk menjual 6,500 unit Saga FL sebulan dan sebanyak 75,100 unit untuk tahun kewangan 2010/11.

Proton Saga FL.02

Saga FL ditawarkan dengan enam opsyen warna iaitu Tranquility Black, Solid White, Genetic Silver, Granite Grey dan dua warna baru iaitu Blue Rock dan Cafe Latte.

Harga Proton Saga FL adalah seperti berikut [RM]:

  • 1.3 Standard MT – 37,998
  • 1.3 Standard AT – 40,998
  • 1.3 Executive MT – 40,698
  • 1.3 Executive AT – 43,298

Proton Saga FL didatangkan dengan jaminan tiga tahun atau 100,000km yang mana dahulu.

Teks: Mak Uia

Foto: Baii

Tukang pos: Matpon. Ekekekekek.

Silakan kongsi:

20 comments

Skip to comment form

    • Sekeru Longgaq on 16/12/2010 at 8:05 AM
    • Reply

    dia pakai enjin ape?

    • amir on 16/12/2010 at 8:29 AM
    • Reply

    lawoooooooo…… pkai cmpro 1.3 jugak kot…

    • pak mat tempe on 16/12/2010 at 8:50 AM
    • Reply

    smart…
    kepala dia cam camry…

    • pak mat tempe on 16/12/2010 at 8:53 AM
    • Reply

    lg 1…
    stering 2 patut rekabentuk len sikit…

    • cb400vtec on 16/12/2010 at 10:12 AM
    • Reply

    pengaruh vw…das auto..

    • st150 on 16/12/2010 at 10:20 AM
    • Reply

    depan dah mcm inspira kan kan

    • Datsun Buah Kana on 16/12/2010 at 10:29 AM
    • Reply

    Satu yg gua tak suke saga, arc rodanya kecil, so body kereta jadi tinggi pasal roda tekle masuk ke dalam sgt.. Pasal tu jarang nmpk org lowerkan saga. Sengsara der….

    • smut_liar on 16/12/2010 at 12:09 PM
    • Reply

    apa lg yg dimahukan dlm klas nya….
    beli jgn x buy…

    • azwan nbs on 16/12/2010 at 12:50 PM
    • Reply

    bole la tu

    • Basikal buruk on 16/12/2010 at 12:58 PM
    • Reply

    Untuk keta family…ok lah tuuu..murah dan praktical, 4 pintu (mak/pak mertua tak susah nak masuk), bonet besar boleh bwk byk bag, tin susu, buaian balik kampung….balik bandar bwk buah dari kampung pulak….

    • kecik on 16/12/2010 at 6:47 PM
    • Reply

    agk2 saga blm bleh convert saga fl x? Tgk design lbih kurg je.huhu… B’kenan la plak tgk.

    • yuri on 16/12/2010 at 7:32 PM
    • Reply

    Exora FL pulak lepasnih
    TERBAIK!!!

  1. Ah Veyron lagi laju.

    • karuk on 17/12/2010 at 8:28 AM
    • Reply

    polo sedan dr malaysia

    • Ahli Pak Leman on 17/12/2010 at 8:47 AM
    • Reply

    Sapa nak Wira 1.3 aku? Kalau korang nak, baru aku boleh puji & “angkat” Saga FL ni. Sapa? Sapa?

    • belalang_kontot on 17/12/2010 at 10:23 AM
    • Reply

    4 power window…bagus proton!ni la yg dikatakan mengikut kehendak pengguna…hehe…

    • tang on 20/12/2010 at 12:01 PM
    • Reply

    my first choice for my on coming car

    • okid on 24/12/2010 at 12:45 PM
    • Reply

    smart kot… okid dh tmpah satu… yg blur skg ni… xtau nk ambik colour ape huhuhuhu colour pe smart eh.. hehehehe

    • jeban on 25/12/2010 at 9:25 AM
    • Reply

    dashboard & stering tu x leh terma.huduh la.dashboard rata tapi tiba2 meter mononjol.tinggi pulak tu.klu la buat design dia sharp sikit kan elok.yg lain2 ok jgk

    • hafis on 11/03/2011 at 7:55 PM
    • Reply

    dah tengok interior dia.. nape macam keta mainan ja kat dalam tu.

Leave a Reply to Basikal burukCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.