PROTON SAGA DAN PERSONA 2016 MENANG ANUGERAH PERTAMA – “VALUE-FOR-MONEY CAR” DAN “MOST IMPROVED MODEL IN FUEL EFFICIENCY

dato-fuaad-receiving-the-award-from-dato-madani-mai-15dec2016

PROTON Holdings Berhad menerima 2 anugerah bagi Saga dan Persona serba baharu, di Malaysia Car of the Year 2016 oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) yang diadakan di Hotel Saujana, Subang. 2 anugerah tersebut ialah:

1. Value-for-Money Car (Kereta Nilai Terbaik) – Proton Saga
2. Most Improved Model in Fuel Efficiency (Model Cekap Bahan Api Paling Dipertingkatkan) – Proton Persona

“Kami amat terharu dan gembira dengan pengiktirafan ini. Kedua-dua Persona dan Saga diterima baik oleh rakyat Malaysia. Melalui kajian pasaran yang dijalankan, kami telah melakukan penambahbaikan terhadap kereta ini dalam memenuhi kehendak am segmen pasaran.

proton-saga-fire-red

BACA: Proton Saga 2016 – Pandu Uji Singkat Di litar Ujian Proton 

BACA: Proton Persona Standard, Executive dan Premium: Varian Mana Yang Patut Saya Pilih?

Kedua-dua Saga dan Persona direka bagi mereka yang memerlukan sebuah kereta dengan harga berpatutan, selamat, dan mempunyai pelbagai ciri praktikal yang bersesuaian dengan gaya hidup mereka,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON .

“Antara perincian yang telah dilakukan adalah tahap bunyi, getaran dan kekasaran (Noise, Vibration and Harshness, NVH) kereta yang lebih senyap dan peningkatan penjimatan penggunaan bahan api hasil dari fungsi Bantuan Pemanduan Eco bagi kedua-dua model yang pertama kali digunakan pada kereta PROTON.

BACA: Proton Saga 2016 Dilancarkan – Harga Dari RM36.8K Hingga RM45.8K

BACA: Proton Ertiga 1.4 Dilancarkan – RM58.8K Hingga RM64.8K

proton-persona-2016

Persona dan Saga 2016 masing-masing dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif yang melayakkannya menerima skor keselamatan ASEAN NCAP 5 bintang dan 4 bintang,” tambah Dato’ Fuaad.

Saga generasi ketiga dilengkapi dengan enjin 1.3L VVT dan berharga dari RM36,800 hingga RM45,800. Bagi Persona serba baharu pula dilengkapi enjin 1.6L VVT yang lebih cekap dan berharga dari RM46,800 hingga RM59,800.

Kedua-dua Saga dan Persona 2016 didatangkan dalam 3 varian, Standard, Executive dan Premium.

“Pengiktirafan ini mendorong kami untuk terus menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan,” tambah Dato’ Fuaad lagi.

Silakan kongsi:

1 comment

    • Azizul Bin Aluwai on 18/12/2016 at 6:52 AM
    • Reply

    Tahniah kepada Proton Dengan Penerimaan Anugerah..Saya bangga Sebagai Rakyat Malaysia Kerana Proton Berani Bersaing Dgn Kereta-Kereta lBh Maju…Syabas.. Ilove You Proton.

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.