Proton Saga 1.5s CAE 3240 Hilang!

Salam skru GT.

Gua nak mintak tolong kat korang untuk kali kedua berkaitan kereta hilang. Kereta Proton Saga 1.5s warna biru yang hilang ni kepunyaan mak mertua gua. Gua yang jaga dan belai kereta ni. Kereta ni hilang kat depan Mentari Kondominium, Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Sedar kereta hilang pagi semalam.

Spek kereta:

Proton Saga 1.5S Sedan 1990.

Plat No CAE 3240.

No plat depan cicir nombor ‘0’ (mean dari depan nampak CAE 324 je).

Warna biru pekat.

Tinted kaler perang.

Dalaman 99% standard Proton Saga (kecuali player ngan speaker je yg lain).

Seat pemandu ada koyak sket kat bahagian punggung.

Stereng standard balut dengan PU kaler hitam.

Ada gear lock Eontech (yang macam Iswara 95-97 banyak pakai tu).

Luaran 99% standard Proton Saga (kecuali sport rim dan lowered).

Enjin 100% standard Proton Saga 1.5.

Atau dengan erti kata lain gua dah restore kereta ni hampir standard kilang kerana gua ni pencinta Saga. Side mirror die kaler lain sebelah kanan (kaler biru cair Saga 1.5i tahun 88) sebab gua swap side mirror ni ngan Saga 1.5i Aeroback gua. Gua amat berharap kereta ni dijumpai semula sebab mak mertua gua sangat sayang kereta ni. Gua pun sayang kereta ni. Kereta ni ada sentimental value untuk family mertua gua dan gua.

Terima kasih semua…

Matpon

10 Comments

  1. Gua doakan agar kereta ini dijumpai semula dalam kondisi asal..tapi andai benar hilang terus, gua juga doakan mereka yang terlibat diberikan balasan yang setimpal. Amin

  2. Lupe bg contact no…
    Amir-0133539025/0123973795…

    Min:amin..mase waja gua ilang dulu ilang rim,radio n mende2 kecik…hope kalo jumpe balik jgnla ilang enjin n mende2 penting lain…
    Sepat:thanks sepat..insyaallah esok gua g tgk kt sane…waja gua dlu jumpe kt bangi,so esk gua akan tgk kawasan sekitar tu jugak…
    Matpon: tq matpon….

  3. bro, harap b`sbr byk2 yer..
    myb sekutu2 yg lain pun tgh usha2 gak..
    insyallah klu ada rzki kita wat jejak kasih nnt…

    aku akan kabarkan kat mmb2 sekitar putrajaya, bangi, serdang n yg sama waktu dgn nya…

  4. Sebagai pengguna Saga, gua harap kereta ni dapat balik. Memang cantik lu restore balik kereta ni dalam keadaan asal. Geng-geng saga/iswara banyak dah start balik main standard kilang baru rare.

  5. usha area johor boh,maybe dorg bwk msuk ladang,kete saga pkcik aku polis kaler coklat cair pn diorg rembat gak,dia recce kt area johor..

  6. saga lama lebih best handling,enjin pun jimat myk walaupun koberetar…body pun mantop…..aku wase lah,mgkin dsbbkn nilai2 camni diaorg rembat…shilake…para pemilik saga orient atau megavalve,tgk2 skit…pencurik dh x bermata…

  7. Salam,
    Keta iswara hijau plat TY 3568 hilang/dicuri berdekatan parking area East Coast Mall Kuantan, dekat flat yg ada surau di situ. Tlg pembaca2 kalo ade terjumpa/terperasan/terserempak hubungi saya di: 013-9505732. Pukul 8.20 pm,sy pg letak barang dan keta masih ada di situ. Pergi isyak dan trawih kat surau jap, kol 9.30 pm keta dah takde. Dh buat laporan polis tp sy x brape yakin.. Gejala curi keta makin menjadi2, jom kita banteras. ade sorang amoi cina buat laporan serupa, hilang keta proton saga kat area parking jugak, kol 10 mlm sedar2 dah ilang.

Kata Anda//