Proton S16 [Saga] Capai 3 Bintang ANCAP

httpv://www.youtube.com/watch?v=3SbX4Ld_QiM

Proton Saga atau dikenali sebagai S16 di Australia telah diuji dalam Australasian New Car Assessment Program [ANCAP] pada penghujung 2010. Melalui laporan yang disiarkan pada 3 Februari lepas, kereta rakyat ini mendapat 3 daripada 5 bintang maksimum dengan skor 19.96 daripada 37 skor keseluruhan. Kelajuan kenderaan ujian pelanggaran ialah 64 km/j.

Ujian ini adalah yang kedua untuk Proton selepas Jumbuck [Arena] dengan keputusan 1 bintang. S16 yang dihantar untuk ujian ialah bersesaran 1.6 liter dengan 2 beg udara hadapan dan talipinggang keledar pre-tension untuk pemandu. Lain-lain kereta yang mencapai bintang maksimum mempunyai lebih daripada 2 beg udara.

Sejak 1993 ANCAP telah menyiarkan 300 laporan ujian kemalangan.

-Mak/d Uia-

Muhammad

12 Comments

Kata Anda//