Proton Raikan Anak Yatim dan Pelajar Sekolah Sempena F1

LRGP FI Malaysia 2011.01

Proton pada Jumaat meraikan 100 anak yatim dan 30 pelajar sekolah di Litar Antarangsa Sepang [SIC]. Mereka diberi peluang berjumpa dan beramah-mesra dengan pasukan Lotus Renault GP [LRGP].

Kanak-kanak tersebut yang berusia antara 8 dan 17 tahun merasai kehangatan F1 dengan menonton sesi latihan dan mengambil bahagian di dalam aktiviti yang dianjurkan di ruang pameran Proton di F1 Village. Kemuncak kepada acara itu ialah sesi perjumpaan dengan pemandu LRGP iaitu Vitaly Petrov, Nick Heidfeld dan Bruno Senna di hentian pit.

LRGP FI Malaysia 2011.02

Rombongan lawatan adalah dari Pertubuhan Kebajikan Yayasan Anak Yatim Piatu Darul Aitam [Busarah], Temoh, Perak, Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras, Kuala Lumpur, Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan SK Tanjung Malim, Perak. Mereka turut dibawa melawat Muzium Automobil Kebangsaan dan kawasan sekitar F1 dan turut mengambil bahagian di dalam kuiz yang dianjurkan untuk mereka.

Lawatan ini adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat [CSR] Proton di mana para pelajar diberi peluang untuk belajar dan didedahkan kepada acara antarabangsa dan teknologi automotif.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

1 comment

  1. Kalo pasal anak yatim sorg pun takmo komen…ape daaaa

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.