Proton R3 Satria Neo – Pandu Uji Singkat

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.01

Tengah hari semalam dalam cuaca mendung saya ke kilang Proton Shah Alam untuk pandu uji Proton R3 Satria Neo. Ikutkan skru GT boleh tahan sibuk tetapi memandangkan ramai yang teruja dan hits carian R3 Satria Neo tinggi tak sampai hati rasanya nak lepaskan kereta ini, tambahan pula kereta hac memang sentiasa di hati. Baru-baru ini saya PAS [pandu uji singkat] Honda Insight serius rasa macam Proton Wira Aeroback, sebabnya dah terbiasa dengan kereta kompak dan pendek macam Proton Satria, Myvidsi dan lain-lain. Sekali pandu kereta sedan rasa macam rugi ruang dan panjang di belakang.

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.17

Sampai di trek oval Proton, pihak media diberi penerangan ringkas oleh Tengku Djan sebab cuaca mendung berarak hujan. Selesai penerangan, perkara yang paling saya takut ialah gagal untuk rakam gambar, dulu Baii dah kena masa PAS Satria Neo R3 Lotus Racing, gambar kereta dalam hujan, takut nanti sekutu tak puas tengok. Walaupun saya calon awal dan boleh terus pandu uji kereta tapi sabar menanti sebab kereta boleh pandu dalam hujan tetapi gambar, apa barang rakam dalam hujan!

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.13

Sesudah merekod barang sekeping dua gambar, sedang elok pelumba terkenal negara Faidzil Alang [FA] sampai, saya pun terus masuk kereta dan menyapa beliau. Duduk saja atas kerusi memang rasa solid, memang sedap-sedap badan sebab kerusi ini diprofail semula, lebih rendah dan memeluk badan, paling penting kepala tak terhantuk pada bumbung. Tapi terhantuk juga sikit-sikit sebab pakai topi keledar dan kalau banding dengan kerusi Neo biasa memang lebih baik. Sedapnya posisi kedudukan Neo ialah ianya memang direka dengan sporty, maknanya kedudukan stereng, gear, paha, larasan badan memang dah ala perlumbaan, tegap ke hadapan.

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.02

Mula memandu saya rasa agak gigil jugalah FA ada sebelah dan beliau suruh saya tekan, laju lagi, dan masuk selekoh pertama memang dah rasa kereta ini melekat dan seterusnya di atas jalan lurus memang rasa bertenaga, kuasa sentiasa ada dan memang tak putus, tekan saja kereta akan pergi tanpa nak ada lengahan kuasa atau senang kata lembab. Nota ekzos kereta ini bassy dan kuat. Masuk pusingan kedua dan seterusnya, FA minta saya laju saja, dan saya tekan sajalah, masuk selekoh, keluar selekoh, pandu lurus, kereta ini memang tidak mengecewakan, sangat setia di atas jalan, melekat saja macam dilekat gam pada permukaan tayar, diikutkan Neo ini tak guna suspensi boleh laras pun, cukup hanya spring R3 dan beberapa talaan penjajaran resepi R3 yang mana pelanggan boleh tala balik mengikut spesifikasi yang disediakan R3.

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.07

Selesai laluan oval, saya beralih untuk ujian suspensi dengan lebih spesifik, yang pertama adalah laluan bonggol, memang lulus berwarna-warni, rasa padu dan tak rasa macam pakai spring sport biasa-biasa yang rasanya macam besi keras, bunyi pun sedap, berdegup. Kemudian saya uji pula pada laluan kon [slalom], olengan memang sangat kurang, stereng tepat dan menuju ke mana yang dihalakan. Keseronokan bukan sahaja datang dari kereta yang laju tetapi kereta yang sedap dikawal.

Momen yang agak menarik dalam sesi pandu uji ini ialah apabila FA sendiri yang pandu uji, baru betul. Beliau pandu laju keliling oval, brek lambat dan tunjuk bagaimana kereta belaan beliau didera, pandulah ekstrem mana pun, R3 ini sentiasa patuh pada pemandu, kalau dipandu dalam trek pun rasanya penumpang sebelah boleh lena tidur sebab ianya selesa dan tidak tercampak ke sana ke mari.

Proton R3 Satria Neo 2011 Shah Alam.16

Proton R3 Satria Neo dijual bawah sedikit daripada RM80 ribu dan jika ditanya adakah saya hendak beli kereta ini? Jawabnya iya jika saya berkira-kira hendak beli Suzuki Swift, Mazda2 atau Ford Fiesta.  Jika ada yang rasa dengan RM80 ribu lebih baik beli Proton Inspira, Toyota Vios atau Honda City senang cerita anda bukan dalam sasaran pembeli R3 Neo. Kereta ini ialah untuk pemandu, yang mana ada MPV di rumah untuk keluarga dan perlukan kereta harian untuk ke tempat kerja dan bonusnya ialah ianya boleh dipandu senang-senang dalam keadaan standard ke litar Sepang.

Jika VW ada Golf GTi, Honda ada Civic Type R Euro, Suzuki ada Swift Sport, Proton pula ada R3 Neo, kereta yang sangat seimbang, tidak ekstrem dan tidak juga lembut. Kereta pukul keliling atau all rounder. Bak kata Djan, beliau sendiri sedang berkira-kira nak beli kereta ini buat pandu hari-hari.

-Mak/d Uia-

Muhammad

31 Comments

  1. puhh….hati ku menlonjak-lonjak pabila membaca lontaran mukadimah dri MadUia….

  2. mantap..tahniah proton..
    bce review pn da best..dpt bwk lg best..
    inshaAllah…akan diusahakan..

  3. agak2 limited x neo r3 ni? harap2 xla macam neo lotus dulu.. ok dah tu 79k harga die, cume xyahla buat terhad.. ramai nak merasa hasil anak tempatan ni..

    nanti orang xbeli marah pulak.. ckp xsokong kete tempatan la apela..

  4. tak tau la kalo ade lagi org kutuk proton lagi….

    TGH TUNGGU…
    rasenye da kot…lagi cntk dari evo x…

  5. warghhhh….mmg mnaikkn smgat ku yg mmg tgah mmuncak nk kan kereta ni….hadoiiiii…ap kn dya msih x mmpu….

  6. gua mmh sntiasa mgikut pkembangan kreta ni..ni la jentera tbaek dlm hati gua…

Kata Anda//