Proton R3 Satria Neo – GTi Masa Kini

Proton R3 Satria Neo TD 2011.06

Lebih kurang 12 tahun lalu Proton hadir dengan sebuah model yang sempurna. Satria GTi. Kereta ini hadir dengan pakej lengkap, beg udara pemandu, kit badan, kerusi Recaro, enjin 1.8 DOHC serta pemanduan dan pengendalian Lotus. Satria GTi adalah kereta yang malar segar [evergreen], secara visual dan emosi kereta ini akan membuatkan anda jatuh cinta berkali-kali. Tidak cukup dengan GTi, Proton melahirkan varian yang lebih ekstrem iaitu Satria R3 dengan 150 unit terhad, model ini lebih kukuh, bising, mencengkam dan berprestasi berbanding GTi.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.19

Jualan model hac tidaklah hebat, segmen ini berada dalam pasaran kecil tetapi impaknya adalah besar, GTi direviu di pasaran antarabangsa dan pujian yang diterima tidak sedikit bahkan sehingga kini masih ada pelanggan luar yang menunggu gantian GTi. Menghasilkan gantian untuk model agung bukan senang, bila disukai ramai bermakna ada ciri-ciri yang diminati dan menghasilkan sesuatu yang lebih baik daripada itu adalah tugas yang mencabar. Jika hasilnya lebih teruk bersedialah untuk menerima berbakul kritikan dan jika ianya lebih baik dengan respon pasaran yang positif maknanya pasukan pembina telah pun berjaya. Contoh ringkas adalah bagaimana Nissan Skyline disanjung dari hari ke hari.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.20

R3 sewaktu uji pandu singkat Proton R3 Satria Neo tidak segan silu untuk menyatakan yang mereka membina model ini untuk mengimbas kembali zaman silam GTi. Divisyen permotoran ini telah menghasilkan 2 versi istimewa iaitu Proton Satria Neo R3 [NR3] dan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing [NR3 LR]. Kedua kereta ini walaupun daripada spesis sama tetapi mempunyai karakter berbeza. NR3 kelihatan lebih garang dengan roda 17 inci manakala NR3 LR pula adalah edisi pengumpul kenderaan, dengan harga yang tinggi hasil daripada peralatan 5 bintang.

Pada hari saya diberi peluang memandu uji dan semasa di dalam perjalanan ke garaj R3, fikiran terimbas kembali sewaktu pandu uji singkat beberapa minggu lepas. Teringat akan pedalnya yang sedap diperah, pengendalian dinamik dan kerusi yang memeluk tubuh. Tiba sahaja di R3, Neo ini sudah siap diparkir di sebelah pintu masuk, siap sedia untuk dipandu dan saya mengukir senyuman. Seperti ada kimia [chemistry] dengan kereta ini. Selepas diberi penerangan ringkas mengenai Neo yang pada mulanya diberi nama RS tibalah masanya untuk saya menjamah sekali lagi kereta ini, kali ini lebih intim, lebih masa berbanding sesi terdahulu, R3 Neo boleh dibawa pulang sehingga habis waktu pejabat.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.15

Kereta ini mempunyai butang menghidupkan enjin [push start button], cara untuk memulakan pembakaran di dalam silinder ialah dengan menekan brek dan kemudian menekan butang push start, lagak kereta mewah, selepas dihidupkan bunyi bass kedengaran dan agak bising seperti mengarahkan pemandunya supaya cepat-cepat pandu. Saya memandu keluar kereta ini dengan berhati-hati, R3 Neo tidak murah, kereta ini beberapa ratus sahaja kurang dari RM80 ribu. Tetapi hati-hati dan cermat saya tidak kekal lama, ibarat kurma selepas berbuka, habis disantap sebelum menu berat. Keluar ke jalan besar saya menuju ke pusat bandar, melalui jalan bertol, jalan yang lapang dan terbuka luas. Matlamat utama ialah bukan untuk menguji kereta sampai habis meter bahkan saya tidak gemar menguji kelajuan maksimum kerana tiada apa yang diperolehi, sekadar untuk modal sembang kedai kopi sahaja.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.09

Lebuh raya yang saya lalui sempurna, pedal minyak ditekan rapat ke lantai dan meter rpm serta-merta berpusing cergas mendengar arahan, kereta menerkam dan gear dianjak lebih tinggi, bukaan CPS dan aci yang diprofail semula adalah pakej yang sepadan untuk meningkatkan kuasa enjin ini. Saya sukakan kuasa dari enjin, bekalan tenaga yang diberikan tidak putus-putus, sentiasa ada bila diperlukan dan membuatkan saya ketagih untuk terus tekan, tekan dan tekan lagi. Kuasa yang ada membuatkan saya tersenyum dan saya fikir kuasa seperti ini yang perlu ada pada semua kereta yang lembab, kuasa yang tidak putus dari rpm rendah hingga tinggi akan membuatkan anda rasa kereta yang dibeli lebih nilai untuk wang, bukan kereta yang dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit tetapi kuasanya lemah, bergerak malas dan kemudian tidak sabar hendak menjualnya.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.16

Sewaktu memecut, deruman enjin dengan setiap tukaran gear begitu mengasyikkan, bunyinya bukan nyaring dan memekakkan, bunyi bass dan mentah [raw] bermain di dalam kereta bahkan saya rasa Neo R3 ini tidak memerlukan set audio yang canggih kerana profail pemandu kereta seperti ini tiada masa untuk mendengar siaran radio yang merapu. Cukup dengan pemain cakera padat tunggal. Selain dari itu saya juga mempunyai isu dengan tukaran gear yang cermat, Neo dan kereta moden lain menggunakan sistem drive by wire [dbw], untuk mendapatkan tukaran gear yang kemas agak sukar, tukaran gear saya dengan Neo ini tidak sempurna, majoritinya mengaum, tukaran gear yang betul sepatutnya adalah licin [slick] dan kemas tanpa ada ngauman.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.17

Sebelum sampai ke rumah saya melalui Bangsar, sengaja bagi mendapatkan pengalaman memandu dalam kesesakan kerana selain dari prestasi, Neo R3 juga dibangunkan bagi pemanduan harian dan untuk itu apa yang penting ialah berapa berat atau ringan klac, kalau berat macam seguni beras maknanya kereta ini hanya layak disimpan di rumah sahaja dan dipandu sekali-sekala. Klac kereta ini sederhana sahaja, tidak berat dan tidak terlampau ringan, boleh dipandu hari-hari di dalam trafik yang sesak, jika bosan pun bukan kerana klac tetapi kerana perlu menekannya dengan kerap.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.12

Jalan lurus di lebuh raya sudah diuji, begitu juga dengan trafik dalam bandar. Satu tempat sahaja lagi yang belum diuji, jalan berliku. Saya pandu kereta ini ke lokasi yang cukup ramuan, ada selekoh, ada dakian dan menuruni curam. Selepas melepasi simpang ke laluan ini, sekali lagi saya memeras pedal minyak untuk mendaki curam, kereta terus melontar pergi, bunyi bass dan mentah ekzos kedengaran, kereta ini sekali lagi memang mengasyikkan, gear ditukar dari rendah ke atas, stereng dipulas bagi menghayati selekoh berliku, badan kereta hanya tunduk patuh sahaja arahan stereng, ibarat kuda yang dipacu dengan cemeti.

Apa yang anda peroleh dengan kereta ini ialah pakej kelajuan, pemanduan dan pengendalian terbaik dan lagenda masa depan kerana jualan Neo tidak selaris Saga atau Persona. Sukar untuk melabur setengah bilion ringgit dengan jualan yang tidak seberapa dan mungkin ini adalah model terakhir kereta 2 pintu buatan Proton, jika ada pun mungkin hanya berkongsi platform dengan pengeluar lain bagi menjimatkan kos.

Proton R3 Satria Neo TD 2011.08

R3 membuat stok awalan lebih kurang 70 unit di mana 30 unit sudah ditempah dengan baki untuk mereka yang berminat dan R3 akan terus membina kereta ini jika ada permintaan sepanjang tahun 2011.

Sampai di sini sahaja ulasan saya mengenai kereta ini, saya tahu ada yang tidak puas membaca, biarkan anda tidak puas kerana saya sendiri tidak puas memandu.

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

27 comments

Skip to comment form

  1. sesungguhnya gua pun tak berpuas hati baca cerita ni..

    • syam5867 on 15/04/2011 at 10:05 AM
    • Reply

    gua pn bersetuju dgn C27..x puas ati cerita ni.lg x puas ati sbb x bole nk beli..haishhh…

  2. gua pun tak puas ati gak sbb tak mampus nak beli kete ni…camne nak test drive ek?

  3. gua pun tak puas ati gak sbb tak mampu nak beli kete ni…camne nak test drive ek?

    • kete_hitam on 15/04/2011 at 10:46 AM
    • Reply

    bakul baju tuh sapa punya? hehehe……..
    x der plak dalam story nih.

    • audi on 15/04/2011 at 2:57 PM
    • Reply

    macam kat ulu yam ja…
    hehehe

    • belalang_kontot on 15/04/2011 at 3:06 PM
    • Reply

    mak uia menyelam sambil minum air.test drive, mase odw singgah dobi…hehe…review lu sgt bes mak..gua suke..

    • motor lamo on 15/04/2011 at 5:39 PM
    • Reply

    haih….korg smue hati2..kalo test drivee kne beli..kalo x bosan je rase bwk kerete lain…huhu

  4. Haha, bakul kain tu sebenarnya analogi utk Neo ni boleh juga jadi praktikal, bawa barang-barang dll, bukan setakat kereta sport.

    🙂

  5. klu aku ade 80k xgune mmg kete ni la yg aku beli…
    bab DBW tu mmg aku sokong, sbb aku pki saga blm, payan nk shift gear dgn smooth, mesti ngaum je… potong btol… ade sape2 leh bg ilham nk setelkan prob neh??

    • mat zam on 16/04/2011 at 9:46 AM
    • Reply

    mat… bila nak beli R3 nih

    • 6posen on 16/04/2011 at 11:01 AM
    • Reply

    …klu dpt neo supercharge lg terbaekkk…180hp…

  6. Gua memang tak berkenan dengan kete 2 pintu ni melainkan Veyron ok.

    • peminat.... on 17/04/2011 at 5:05 AM
    • Reply

    gua mmg tak puas hati lyan cerita ni …mcm mkan nsi spruh jlan je ..mana nk kenyang …gua byangkan diri gua tgah testing keta ni ….bila la boleh bli satu ???

    • peminat.... on 17/04/2011 at 5:12 AM
    • Reply

    stering nyer nmpak sdap jer nk grip time lyan lap …nk lyan smbil mkan dunkin donut pom bleh kot ….buat diriku meronta ronta……
    huhuhu

    • yeopmin on 17/04/2011 at 6:11 PM
    • Reply

    klu le persona aku dpt enjin nie,bst woo..

    • azwan nbs on 17/04/2011 at 10:54 PM
    • Reply

    sume memang top…kalo stering nye tu design lagi garang rasenye lagi best kot….

    • Ahli PakLeman on 18/04/2011 at 11:11 AM
    • Reply

    Aku sokong MatPon

  7. woi matpon itu hari lu ckp nak ajak gua test sekali kan? gua tunggu lu call.. lu memang dengki dgn guakan.. sedih ni..

    • basikal on 19/04/2011 at 9:22 AM
    • Reply

    saya sangat suka kereta ini. saya akan mengumpul duit untuk membeli kereta ini.sekian

    • tuan farhan on 20/04/2011 at 3:13 PM
    • Reply

    neo r3….wwwwwaaaaaaaaarrrrrrrrrrrgggggggghhhhhhhhh!!!!!!!!

    • mat on 13/05/2011 at 9:03 PM
    • Reply

    boleh thnla jgk…test gn 4e fte member kawan kat higway, kena…sudah…hehehe. apepun nilah antara keta mesia N/A yg bole jejak 200km/h dgn mudah. (mag kereta edisi 137, page 44-49 gmbar r3 ni…cerita eg6 pulok…? bole thn bengong jugak rasenyer..

    • abe valve on 31/05/2011 at 10:16 PM
    • Reply

    btl mat… gambar satria neo.. tapi cerita psl honda vtec… apa ni mat uia???? haishh….

    1. abe valve.
      Artikel Vtec tu tak pernah ada dalam GT. Gua dah bagi artikel betul.

    • lan on 15/01/2012 at 4:11 PM
    • Reply

    inspira lah… 230 km pun senang jugak maa.. jepun mari 😀

    • aziz on 17/01/2012 at 11:54 AM
    • Reply

    Memeang terbaek kete ni.gua dah beli dan pakai..best gilelah.nak pandu selalu ke pejabat..

    • naqib on 20/01/2012 at 9:49 PM
    • Reply

    Stail lah nr3.. hahaha.. tp.. lg stail kalau murah..

Leave a Reply to mat zamCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.