Proton Prevé Sapphire

Selain daripada pelancaran Proton Prevé pada Selasa lepas, Proton turut mempamerkan sebuah model konsep iaitu Prevé Sapphire. Jujurnya saya lebih ternanti-nanti model istimewa yang akan ditampilkan bersama pelancaran model baharu. Cuma kali ini Proton hanya menfokuskan kepada sebuah sahaja model istimewa dan agak lari daripada kebiasaan memandangkan Proton mempamerkan dua model istimewa semasa pelancaran Proton Exora beberapa tahun lepas.

Model konsep kebiasannya adalah indikator kepada model SE dan boleh dikatakan bahawa Sapphire adalah model yang agak hampir kepada versi itu. Prevé Sapphire dihasilkan oleh dua orang pereka muda Proton dan mereka telah berjaya menjelmakan Prevé dalam perspektif yang berbeza. Lebih mewah, sporty dan berkarakter.

Prevé Sapphire dikemaskan dengan kit badan baharu yang terdiri daripada bampar hadapan, skirt sisi dan lips pada bampar belakang. Bingkai tingkap kemas dengan jaluran krom menyerlahkan lagi imej mewah Sapphire. Roda aloi yang digunakan pula dari jenama Lenso dengan saiz 18 inci manakala di sebalik roda hadapan dipasangkan angkup brek Lotus. Paling menyerlahkan imej Prevé Sapphire ialah warna yang membaluti tubuhnya iaitu gun-metal matte yang dikontrakan dengan bumbung hitam berkilat.

Apabila diajukan soalan kepada Datuk Seri Syed Zainal kenapa model Sapphire tidak dilancarkan bersama-sama dengan Prevé, jawab beliau,

“Tunggulah beberapa bulan lagi”.

-Md Uia-

ps: Gua tak sempat lagi nak karang artikel Proton Prevé. Banyak benda nak kongsi tapi gua nak kena kejar deadline artikel Garaj Kosmo dulu.

Muhammad

18 Comments

  1. “TUNGGULAH BEBERAPA BULAN LAGI”. KITAORANG TGH DISKAS NAK LETAK TANDA HARGA BERAPA UNTUK MODEL NI….. HEHEHE…. MANA TAHU PREVE KOPE MANUAL PUN KUAR SEKALI KE… REPLACEMENT FOR THE LEGEND PUTRA…

  2. CM Punk… beli aje prevey ni.. nanti tukar ball bearing turbo.. tukar interkuler supra.. tukar internal engine .. masuk motec … kasi tapau r34 .. kos baru 50K jewwwwwwwwwww 😛

  3. ok ..gua mmg minat AWD tapi lepas memikirkan dgn lebih lanjut .. gua pendamkan saja.. sebabnya?? nantikaaaaaaaaaaaaaaan

  4. cm punk -yg ni aku rase sapphire ni s.e..
    maksud aku preve’ ni xnak dibuat ke oleh pihak R3 spt yg dilakukan pada Neo>> alahai skema bahasa aku..ahaiii

  5. sapphire r3 nanti agak berapa takuk hp boleh up lagi.. heheheh.. carbon fiber bonet skirt seksi wew.. memamng meleleh.. macam neo lotus tue mantap. 🙂

  6. sapphire r3 nanti agak berapa takuk hp boleh up lagi.. heheheh.. carbon fiber bonet skirt seksi wew.. memamng meleleh.. tambah lagi sit bakul lether macam neo lotus tue mantap.. 🙂

  7. yelah.. kereta family yg bleh lari sampai 190kmh.. untung bleh kasi blah mamat rempit naik ex5 ketepi kan..:D – pandulah dengan cermat ingat family tersayang..:)

Kata Anda//