Proton Persona Standard, Executive dan Premium: Varian Mana Yang Patut Saya Pilih?

Proton Persona.2016.26

Proton Persona 2016 sudah pun dilancarkan pada 23 Ogos 2016. Sedar tidak sedar rupa-rupanya model generasi pertama sudah 9 tahun berada di pasaran apabila dilancarkan pada tahun 2007. Slogan iklan Our Pride and Joy masih jelas di dalam ingatan dengan iklan komersil televisyen yang ringkas dan malar segar.

Proton Persona 2016 masih mengekalkan format yang sama seperti Persona 2007 apabila mengguna semula platform model tersedia, jika dahulu ubahsuai dari Gen.2, kali ini dari Iriz pula. Nampak seperti kerja mudah namun hakikatnya banyak perubahan yang dilakukan di mana Persona disesuaikan untuk kegunaan yang lebih versatil dan setara sebagai sebuah kereta keluarga.

Berdasarkan pengalaman pandu uji singkat di litar ujian Proton, Shah Alam baru-baru ini karakter pemanduan dan pengendalian Persona 2016 lebih bersahaja berbanding Iriz yang lebih sporti. Tindak balas nadi kuasa iaitu enjin dan transmisi CVT lancar ibarat kereta import terkenal manakala suasana kabin lebih senyap dan terkawal. Tidak hanya mengitar semula interior Iriz, pereka dalaman telah merias semula tona warna dan merombak binaan kerusi belakang supaya lebih sesuai dengan fungsi kereta penumpang. Walaupun saiz fizikal Persona 2016 lebih kecil berbanding model sebelumnya namun isi ruang but belakang lebih besar iaitu 510 liter atau peningkatan sebanyak 40 liter. Sama seperti kenderaan moden Proton yang lain, ciri-ciri keselamatan diberi perhatian besar dan hasilnya dapat dilihat melalui ujian pelanggaran Asean NCAP yang mencatat skor 5 bintang. 

Proton Persona.2016-tile

Dari segi susunan varian pula, Persona ringkas ditawarkan melalui 3+1 varian iaitu Standard, Executive, Premium dan Premium Bodykit. Untuk harga, Persona dijual dari RM46.3k hingga RM59.8k di mana saingan terdekat di dalam lingkungan harga yang sama ialah Perodua Myvi 1.5 SE dan Myvi 1.5 Advance iaitu dari RM49.9k hingga RM58.3k. Lebih menarik perhatian apabila harga Perodua Bezza 1.3 Advance ialah RM51k.

Kepada mereka yang tercari-cari perbezaan kelengkapan Persona 2016, berikut ialah perbandingan empat varian yang ditawarkan Proton.

1. Proton Persona 1.6 VVT Premium Bodykit – RM60,800

Proton Persona 1.6 CVT Premium Bodykit merupakan varian paling mahal model ini. Ianya dilengkapi kit badan dan berharga RM60,800 (di atas jalan). Varian dengan ciri-ciri yang paling lengkap seperti senarai di bawah:

Enjin

  1. 1.6L 4 Silinder DOHC 16V VVT
  2. Penggunaan minyak dengan ECO Drive Assist – 6.1 L/100km

Transmisi

  1.   Automatik CVT

Luaran

  1. Lampu kabus depan
  2. Lampu kabus belakang
  3. Nyalaan lanjutan (follow me home)
  4. Lampu utama nyalaan automatik
  5. Sensor depan
  6. Sensor belakang
  7. Kit badan
  8. Spoiler belakang
  9. Cermin boleh lipat elektrik

Interior

  1. Dua tona dengan kemasan krom titanium
  2. Kerusi balutan kulit
  3. Stereng dengan kawalan audio
  4. Radio Double DIN dengan skrin sentuh
  5. Pengecas USB belakang
  6. Kerusi belakang pisahan 60:40

Kelengkapan

  1. Lampu utama larasan elektrik
  2. Punat tekan bukaan but pada kunci
  3. Punat tekan henti-mula
  4. Sistem masuk tanpa kunci pasif
  5. Radio/CD/MP3
  6. USB/AUX Jack/Keupayaan WiFi
  7. 4 Pembesar suara
  8. Sambungan Bluetooth
  9. Eco Drive Assist
  10. Pemain DVD
  11. Sistem navigasi

Keselamatan

  1. ABD dengan EBD
  2. Brake Assist
  3. Electronic Stability Control
  4. Traction Control
  5. Hill-hold Assist
  6. Beg udara depan
  7. Beg udara sisi
  8. Beg udara tabir
  9. ISOFIX dan Top Tether
  10. Tali pinggang keledar Dual Pre-Tensioner
  11. Pelumpuh enjin (Immobilizer) dengan sistem penggera
  12. Kamera undur

2. Proton Persona 1.6 VVT Premium – RM59,800

Model ini merupakan varian kedua tertinggi Proton Persona 2016. Kelengkapannya sama sahaja dengan 1.6 VVT Premium Bodykit cuma tidak didatangkan dengan kit badan. Tanpa aksesori tersebut harga varian ini ialah RM59,800.

3. Proton Persona 1.6 VVT Executive CVT – RM55,800

Proton Persona.2016.10

Persona Executive CVT adalah varian pertengahan model ini dan dibezakan dengan jumlah beg udara dan pengurangan aksesori utama seperti kamera undur, skrin sentuh dan sistem navigasi. Model ini dipasarkan pada harga RM55,800 dan berikut ialah perincian kelengkapannya:

Enjin

  1. 1.6L 4 Silinder DOHC 16V VVT
  2. Penggunaan minyak dengan ECO Drive Assist – 6.1 L/100km

Transmisi

  1.   Automatik CVT

Luaran

  1. Lampu kabus depan
  2. Lampu kabus belakang
  3. Nyalaan lanjutan (follow me home)
  4. Lampu utama nyalaan automatik
  5. Sensor depan
  6. Sensor belakang
  7. Kit badan
  8. Spoiler belakang
  9. Cermin boleh lipat elektrik

Interior

  1. Dua tona dengan kemasan krom titanium
  2. Kerusi balutan kulit
  3. Stereng dengan kawalan audio
  4. Radio Double DIN dengan skrin sentuh
  5. Pengecas USB belakang
  6. Kerusi belakang pisahan 60:40

Kelengkapan

  1. Lampu utama larasan elektrik
  2. Punat tekan bukaan but pada kunci
  3. Punat tekan henti-mula
  4. Sistem masuk tanpa kunci pasif
  5. Radio/CD/MP3
  6. USB/AUX Jack/Keupayaan WiFi
  7. 4 Pembesar suara
  8. Sambungan Bluetooth
  9. Eco Drive Assist
  10. Pemain DVD
  11. Sistem navigasi

Keselamatan

  1. ABD dengan EBD
  2. Brake Assist
  3. Electronic Stability Control
  4. Traction Control
  5. Hill-hold Assist
  6. Beg udara depan
  7. Beg udara sisi
  8. Beg udara tingkap
  9. ISOFIX dan Top Tether
  10. Tali pinggang keledar Dual Pre-Tensioner
  11. Pelumpuh enjin (Immobilizer) dengan sistem penggera
  12. Kamera undur

4. Proton Persona 1.6 VVT Standard CVT – RM49,800

Proton Persona.2016.11

Varian Standard CVT merupakan opsyen paling menarik untuk transmisi automatik. Harganya berada pada laras Perodua Bezza Advance 1.3 dan mungkin boleh membuat pembeli berbelah bahagi untuk membuat pilihan. Berikut ialah kelengkapan Standard CVT untuk penelitian anda:

Enjin

  1. 1.6L 4 Silinder DOHC 16V VVT
  2. Penggunaan minyak dengan ECO Drive Assist – 6.1 L/100km

Transmisi

  1.   Automatik CVT

Luaran

  1. Lampu kabus depan
  2. Lampu kabus belakang
  3. Nyalaan lanjutan (follow me home)
  4. Lampu utama nyalaan automatik
  5. Sensor depan
  6. Sensor belakang
  7. Kit badan
  8. Spoiler belakang
  9. Cermin boleh lipat elektrik

Interior

  1. Dua tona dengan kemasan hitam kusam
  2. Kerusi balutan kulit
  3. Stereng dengan kawalan audio
  4. Radio Single Double DIN dengan skrin sentuh
  5. Pengecas USB belakang
  6. Kerusi belakang pisahan 60:40

Kelengkapan

  1. Lampu utama larasan elektrik
  2. Punat tekan bukaan but pada kunci
  3. Punat tekan henti-mula
  4. Sistem masuk tanpa kunci pasif
  5. Radio/CD/MP3
  6. USB/AUX Jack/Keupayaan WiFi
  7. 2 Pembesar suara
  8. Sambungan Bluetooth
  9. Eco Drive Assist
  10. Pemain DVD
  11. Sistem navigasi

Keselamatan

  1. ABD dengan EBD
  2. Brake Assist
  3. Electronic Stability Control
  4. Traction Control
  5. Hill-hold Assist
  6. Beg udara depan
  7. Beg udara sisi
  8. Beg udara tingkap
  9. ISOFIX dan Top Tether
  10. Tali pinggang keledar Dual Pre-Tensioner
  11. Pelumpuh enjin (Immobilizer) dengan sistem penggera
  12. Kamera undur

5. Proton Persona 1.6 VVT Standard MT Solid – RM46,350

Varian ini merupakan yang paling murah khusus untuk mereka yang mahukan transmisi manual dan warna solid. Persona Standard MT Solid dijual pada harga RM46,350 (di atas jalan) dan kelengkapannya adalah sama sahaja dengan varian 1.6 Standard CVT.

Proton Persona.2016.12

Kesimpulan

Agak sukar sebenarnya untuk membuat pilihan di antara varian Persona yang ditawarkan. Perbezaan harga di antara varian transmisi CVT ialah sekitar RM5 ribu atau kira-kira RM50 sebulan. Kunci utama perbezaan di antara varian Persona ialah pada kelengkapan keselamatan. Varian paling mahal iaitu Persona CVT Premium dilengkapi enam beg udara manakala varian selebihnya dibekalkan dua beg udara depan. 

Keputusan menjadi lebih mudah jika anda mahukan ekstra perlindungan andai kata berlaku kemalangan pada sisi Persona. Pengurangan jumlah beg udara untuk sesuatu varian adalah normal di dalam pasaran tempatan namun satu yang boleh dipuji apabila kesemua varian Persona 2016 dilengkapi sistem keselamatan canggih seperti ABD dengan EBD, Brake Assist, Electronic Stability Control, Traction Control dan Hill-hold Assist.

Untuk bacaan mengenai pandu uji Proton Persona 2016, sila klik pada pautan di bawah:

Pandu Uji Proton Persona 2016 – 5 Sebab Kenapa Model Ini Setanding Jenama Import 

Muhammad

Kata Anda//