Proton Persona Solid White

Proton Persona Solid White 1.6 2011.04

Baru-baru ini Proton telah memperkenalkan warna baru untuk Persona iaitu Solid White serentak dengan Proton Saga FL 1.6 Executive. Proton Persona Solid White 1600cc ditawarkan dengan opsyen automatik dan manual dengan harga RM59,049 untuk model High Line [Automatik], RM55,549 untuk model Medium Line [Automatic] dan RM52,549 untuk model Medium Line [manual].

Persona yang memenangi anugerah Frost & Sullivan untuk Best Value for Money Car of Year 2011 mencatat jualan purata 4,000 unit sebulan dan sebanyak 156,487 sudah berada di atas jalan raya dengan 173,011 tempahan setakat ini. Ianya juga adalah antara kereta terlaris dalam pasaran domestik.

“Kompetitif bergantung kepada keanjalan dalam melakukan bisnes dan dengan pantas merebut peluang. Dengan pengenalan pelbagai varian ianya melengkapi pengeluaran model baru dan selari dengan memberi pelanggan pelbagai pilihan,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin.

Muhammad

14 Comments

  1. Kuliti Proton lebih baik dr Kia, Hyundai, Naza(naza wat kete ke???)… x lupa gak, SsangYong. Memang ini realiti, tetapi…..

  2. tapi kena bile kite beli kete buatan Mesia tak kira la Proton ke…Perodua ke…lepas masuk 3-4 tahun mula la berbunyi yg mengasyikkan disana sini…cer citer…cer citer..

  3. bunyi tu leh ilangkan…takdehal…tapi kena rajin sket wat eksperimen n testing la…hehehe…

  4. ape barang…kete kempeni lain boleh kasi warranty sampai 5 tahun nape Proton & Perodua tak boleh?…cer citer…cer citer

  5. Kete Msia kurang2 nk cari sparepart rasa senonoh skit, defect pn minor issue. Xde le nk tkr belting pn kene gelak ngan pomen bwh pokok sbb benda mmg xde… htr pusat servis sempat jugak la bertekak dgn dealer srh tggl kete 2 mggu sbb defect byk sgt, tp repair belum confirm siap. Dh fedap sgt, jual balik kete tu rasa nk bgaduh dgn tokeh kedai sbb beli murah sgt, tu pun mujur dia nk beli, kalu x rasa mcm tanggung biawak hidup je… Cth : Naza(?) Ria V6 2005 over haul cost=RM8000, Jual balik=RM17 000.Hyundai Matrix = Electronic failure, Naza Forte 2.0 2011=Door Trimming lekang, br 3 hari pakai… Ape cer???

  6. detomaso gak yg power!! hoho.. (ape aku merepek nih..? hahahha)

  7. Selipar jepun gak power. Kalau tak power macamana orang selalu rembat? Jawab sikit.

  8. hahaha…ni mesti kes gi semayang jumaat selipar kena rembat…kira ok la selipar jepun jer…gua ni…Crocs Ori kena rembat…yg cap ayam dorg tak amik…tau2 jer beza…sape nak jawab

  9. caparzo

    gua rse, thief2 abad skrag ni ade device scanner barang ori kot!! hihihi…

  10. Aku rasa keta M’sia jugak yg OK. Wira aku dah 8 tahun, OK je naik Cameron. Bunyi sikit-sikit tu biasalah (hiburan tambahan yang syahdu)…..

  11. itu hari kate nk sumbat CPS kt BLM
    aku cakap dh komfem sempit abis
    kan xjadik
    tp klo jadikla BLM CPS
    mmg aku amik
    haha

  12. ttg proton compare ngan kete2 korea aku stuju giler ngan jabroni….naza citra(?,naza buat kete ke?)tukar belting je dh rase nk amuk 1 dunia…kesian kat mbr aku dan padan muke dia…
    biasa lah naza kan byk harrrrtaaaa……….setakat cilok pitih org msia ni apelah sgt…thats y diaorg sibuk nk jd vendor n dealer tunggal brg2 lusuh….ape cer??????????PITIH R…

  13. TERBARU – defect paling KURANG AJAR Naza Suria 2007 standard gaban member gua punya : Rim+Tayar pecah kat highway plus on the way dr Taiping balik ke Tg.Malim. Tayar pecah x langgar apapun di percayai pecah sbb rim crack, berdasarkan struktur rim yg 3 lagi. Bwk around 90-100km/j.Kejadian terjadi Ahad lepas. Nasib baik semuanya selamat.
    Rim standard Naza = JRD/ Tokeh JRD merupakan seorang samseng dr Taiwan. JRD juga merupakan kompeni yg dh lama di black list oleh Proton & Perodua krn kualiti yg terkenal mcm chilakak.Sekian, harap maklum.

Kata Anda//