Proton Persona dan Saga kini diperkenalkan di Brunei – Destinasi eksport pertama!

Proton Persona Brunei 2017

PROTON Holdings Berhad melalui pengedar utamanya di Brunei, PAD Motors Sdn Bhd, memperkenalkan secara rasmi Proton Persona 1.6L serba baharu dan Proton Saga 1.3L generasi ketiga pada 27 Januari 2017 di pusat beli belah Times Square, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Negara eksport pertama

Dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Ogos 2016 dan September 2016, pelanggan di Brunei merupakan negara pertama di luar Malaysia untuk merasai kereta buatan Malaysia yang memberikan pelbagai nilai hebat. Persona serba baharu dan Saga baharu ini dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang lebih maju seiring dengan ciri-ciri pemanduan dan pengendalian PROTON yang tersendiri.

Sebelum ini, PROTON memperkenalkan Proton Iriz untuk pasaran Brunei pada 1 Oktober 2016.

“Kami berasa gembira kerana Persona dan Saga, yang diterima dengan baik di pasaran Malaysia, telah menarik minat para pengguna di Brunei. Persona serba baharu dievolusikan secara ketara dari segi ciri-ciri, teknologi hebat, reka bentuk dan binaannya, termasuk pemanduan dan pengendalian yang lebih baik serta pengurangan dari segi getaran, bunyi dan kekasaran (NVH). Bagi kelasnya, Proton Persona serba baharu ini memberikan pemanduan yang menyeronokkan,” kata Dato’ Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

“Kedua-dua Persona dan Saga direka dengan baik serta memberi nilai yang berbaloi untuk dimiliki, selamat dan dilengkapi dengan ciri-ciri praktikal. Kereta-kereta ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan aktif dan pasif dan masing-masingnya telah diberi penarafan 5 bintang dan 4 bintang oleh ASEAN NCAP, bagi Persona dan Saga,” tambah Dato’ Fuaad.

Varian Proton Persona dan Saga

Di Brunei, Persona serba baharu boleh didapati dalam varian 1.6L Executive CVT manakala Saga baharu pula didatangkan dalam 2 varian, 1.3L – Executive CVT dan Premium CVT. Kedua-dua varian boleh didapati dalam 6 warna menarik.

Proton Saga Brunei 2017

Persona serba baharu dan Saga baharu ini telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan daripada industri automotif di Malaysia. The STAR Carsifu Editor’s Choice Awards 2016 menganugerahkan Proton Persona Premium CVT sebagai ‘Kereta Kompak Terbaik 2016, ASEAN NCAP Grand Prix 2016 telah menobatkan Proton Saga sebagai ‘Bintang Yang Meningkat’ manakala Anugerah Kereta Tahunan Malaysia 2016 mengiktiraf kedua-dua
Persona dan Saga sebagai, ‘Model Paling Meningkat dari segi Kecekapan Bahan Api’ dan Kereta Nilai Untuk Wang.

Persona serba baharu dan Saga baharu kini dibuka untuk pandu uji dan tempahan di semua cawangan PROTON di Brunei yang dikendalikan oleh pengedar tunggal PROTON, PAD Motors Sdn Bhd.

PAD telah membuka bilik pameran baharu di Bandar Seri Begawan yang terletak di Unit 1-4, Kompleks Beribi, Spg. 607-17, Jalan Gadong BE1118, Brunei Darussalam.

BACA LAGI:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.