Proton Perkenalkan Proton Saga FL 1.6

Proton Saga 1.6 2011.02

Pengeluar kereta Nasional, Proton pada semalam memperkenalkan varian baru Proton Saga FL dengan enjin 1.6 liter Campro IAFM dan dengan opsyen transmisi tunggal automatik. Pada RM46,549, model itu hanya RM3,700 berbeza daripada model 1.3 Saga FL Executive.

Membezakan model 1.6 liter ialah roda aloi dan pelekat badan manakala interiornya pula dilengkapi corong pengalihudaraan, panel tengah, lingkaran pembuka pintu dan stereng dengan warna krom gelap. Ciri-ciri lain ialah dua beg udara dengan tali pinggang pra tegangan, suis kawalan audio terbina di stereng, sistem audio dengan USB dan cermin sisi dengan lampu isyarat LED.

Proton Saga 1.6 2011.03

Sejak diperkenalkan pada Januari 2008, Saga dalam tempoh yang singkat menjadi salah satu model terlaris di Malaysia, memenangi beberapa anugerah seperti Model Tahunan Terbaik 2009 dan Kereta Penumpang Terbaik oleh Frost & Sullivan pada tahun 2010. Setakat April 2011, sebanyak 237,829 unit Saga berada di atas jalan dan sehingga kini mempunyai lebih daripada 285,499 tempahan.

Proton Saga 1.6 2011.01

Dengan pengenalan Proton Saga FL pada Disember 2010, jualan Saga meningkat kepada purata 6,700 unit setiap bulan. Proton menganggarkan jualan Saga FL 1.6 sebanyak purata 300 unit sebulan yang bakal menyumbang kepada sasaran jualan 83,000 unit Saga pada tahun kewangan 2011/2012. Proton juga mensasarkan jualan kenderaannya sebanyak 173,000 unit pada tempoh itu dengan peningkatan sebanyak 7% daripada 162,012 unit pada tahun kewangan lepas. Ini bakal menjadikan penguasaan pasaran Proton meningkat kepada 28%.

Muhammad

17 Comments

  1. Aku tak penah drive keta Saga ni, jadi penumpang pun baru sekali. Atas kertas, aku yakin keta ni bagus… maksud aku, dari segi pemadanan harga & spec yg ada

  2. gua blom penah try drive kete ni lagi…abg gua dah booking tunggu nak sign agreement jer…nnt leh la gua try tgk power ke tak…hahaha

  3. Ada cut-off tak macam Wira gua? Buat camne pun, top speed tetap 160km/j kecuali tukar injin

  4. msg2 berlumba2 nk tigkatkn jualan kereta,ramai x yg berlumba2 nk tigkatkn infrastruktur?
    gua asik trpikir2 je klu trbce dorg kuarkan angka jualan smakin hari smakin naik,gua trbygkn peta mlysia pnuh dgn kete,semakin hari smakin penuh smpi xleh nk bergerak..fantasi gua je kot..hehe..ni bru proton,produa?honda?etc?

  5. Proton dah desprate dah ni… nak fight dgn myvi 1.5 nanti.. cpat-cpat keluarkan saga 1.6 nih…LOL
    Tapi saga 1.6 ni jadi segmen ape? B? C? D?

  6. Sapa ada no interkom bos Proton? Ish gua nak suh dia tutup je Proton ni jual Veyron.

  7. setakat ni engin campro terbukti hebat…. aku pernah cecah 200km/j…mantop..

  8. segmen B?C?D? sama ja kut ngan saga 1.3 segmen ikut saiz body bukan cc rasanyala…sapa2 leh tolong

    • Kategori segmen lebih tepat kalau ikut saiz badan, sekarang ini banyak kereta dengan saiz enjin kecil tetapi badan besar. Ada BMW 5 Series CCnya 2.0 liter tapi mustahil segmen dia sama dengan Inspira 2.0.

  9. aik
    xde inform pon

    better tunggu Saga FL2
    pakai gbox getrag / punch (CVT)
    Saga BLM semakin masyuuuuuuuuuuukkkk…

  10. keta ni mmg lawa.. sapa kalu beli yg lain tp saiz lebih kurang jer mmg x pandai la…

  11. Campro IAFM dan CPS mmg okay.Yang 1st model tu takde IAFM/CPS yang lembap pikap.Enjin pun semput.Dulu saya pernah pakai Toyota dan Honda,Sekarang ni pakai Saga BLM dan Exora so far okay2 jer.Ingat teringin jugak nak beli Exora turbo bila keluar nanti,Proton sekarang dah improve sikit cuma nak kena pantau vendor supplier dia dan kakitangan di pusat servis.Selalunya dua2 ni lah yang bikin hancur.Saga BLM saya dah convert power window kat belakang.Pakai LED model baru lampu belakang,DVD,15 inch rims,Kerusi kulit dan armrest ori.Exora M-Line plak dah pasang DVD rooftop,Kulit,16 inci rims dan Simota airfilter.Lepas ni nak try pasang cam pulley ringan.

  12. norman. kau modified kat mane pasang power window kat pintu belakang? berapa kos beb? aku pakai gak BLM nih. pintu belakang manual leceh lar beb…sms aku pun xper.. 0194601019.. trimas…

Kata Anda//