Proton Perkenalkan Pikap Konsep dan Selingan Proton Perdana Baharu

Proton Iriz R3 Touring

Pada karnival Alami Proton yang dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad kelmarin, Proton memperkenalkan model konsep pikap dan membuat kejutan dengan memaparkan sedikit bahagian depan dan belakang Proton Perdana baharu. Kereta terbaharu Proton yang dipamerkan di studio Proton Design itu ditutup kemas sebelum Tun Dr. Mahathir membuat kejutan dengan mengangkat sedikit penutup kereta bagi menampakkan bahagian lampu depan dan belakang. Bahagian depan dan belakang yang disingkap itu nampak segar dengan kit badan dua warna (Fire Red + Titanium) yang merupakan identiti Proton sejak Satria Neo R3. Berbanding badan asas Honda Accord, bumbung Proton Perdana tampak lebih melunjur ke belakang di mana tiang C ditarik ke belakang dan dikemaskan dengan spoiler minimal di atas bonet belakang. Disebalik kain penutup kereta, dapat dibayangkan di bawahnya ialah Proton Perdana yang tampak sporty dan segar. Rekaan luaran dibangunkan supaya jelas perbezaan di antara Honda Accord dan Proton Perdana. Gayaan yang kontras ini mungkin juga dipengaruhi oleh maklum balas pasaran selepas pengenalan Proton Inspira dan Proton Perdana fasa 1.

Proton Perdana 2015.02

Proton Perdana fasa kedua akan menggunakan dua varian enjin Accord iaitu 2.0 dan 2.4 sama seperti fasa pertama yang digunakan kerajaan sekarang. Khabarnya Proton Perdana baharu akan dilancarkan pada suku pertama 2016 dan kemudiannya akan disusuli oleh dua lagi sedan serba baharu iaitu Persona dan Saga. Selain daripada itu, pada sidang media Tun Dr. Mahathir turut berkongsi beberapa perkara penting di antaranya ialah:

  1. Mulai sekarang, Proton akan menggunakan nama model yang sama dan bukan nama baharu untuk kesinambungan model sebelumnya (Saga, Preve, Perdana)
  2. Proton sedang mengusahakan model keluarannya mematuhi piawaian Euro 5.
  3. Proton turut mengakui masalah persepsi dan khidmat lepas jualan dan kini sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut. Proton Perdana akan menggalas tugas ini yang merupakan usaha berterusan selepas Proton Iriz.

Di karnival tersebut yang berakhir hari ini, Proton turut mempamerkan konsep pikap yang mengejutkan ramai. Pikap konsep tersebut adalah hasil daripada pengubahsuaian Proton Exora dan berfungsi sebagai model kajian untuk meninjau pendapat orang ramai. Turut dipamerkan ialah Proton Perdana Limousine untuk Tun Dr. Mahathir yang hanya terdapat lima unit di dunia. Peminat dan pengikut sukan permotoran pula boleh menjamu mata dengan pameran kereta R3 yang terdiri daripada Iriz, Suprima S dan Preve.

Proton Perdana 2016

Perdana 2015

Proton Perdana Limousine

Proton Pick-up Concept

Proton Pick-up Concept 2015.03

Proton Iriz R3 Touring

Proton Iriz R3 2015.03

Proton Suprima S R3 Touring

Proton Suprima S R3 2015.01

@muhd_gt

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.