Proton Menyambut Ulang Tahun ke 30 Dengan Program Istimewa – Proton Saga Pada Harga RM 30 ribu!

Proton Holdings Berhad menyambut ulang tahun ke 30 penubuhan syarikat dan sempena hari istimewa syarikat menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk pelanggan dan pemilik kenderaan Proton.

“Ini adalah tahun yang istimewa buat kami dengan sambutan ulang tahun ke 30 ini. Sepanjang 30 tahun ini anda semua telah bersama kami di dalam melakar sejarah sebagai pengeluar kereta tempatan dengan sumbang kepada masyarakat dan pembangunan negara. Proton bukan setakat menghasilkan kereta. Dengan bermulanya produksi pertama Proton Saga ianya telah menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia melalui industri automobil. Tahun ini juga menandakan pengeluaran kereta Proton yang ke 4 juta, kata Dato’ Abdul Harith Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings.

Sebagai permulaan, dari 9 Julai hingga 30 September 2015, Proton menawarkan rebat berjumlah RM3,00o untuk kesemua model Proton kepada mereka yang berusia 30 tahun ini (atau lahir pada 1985). Selain dari itu, di bawah Program Kesetiaan, mereka yang menukar beli akan menikmati rebat sebanyak RM100 bagi setiap tahun usia kereta. 

wpid-wp-1437186271414.jpeg

“Ianya tahun yang mengujakan di dalam sejarah Proton, kami teruja untuk berkongsi kegembiraan in dengan pelanggan Proton. Tawaran teristimewa kami ialah promosi Proton Saga pada harga RM 30 ribu sahaja (termasuk insuran dan cukai jalan) untuk varian paling rendah. Selain daripada itu, setiap RM30 dari kereta yang terjual akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Kami akan menyumbang kepada kepada 3 badan kebajikan yang akan menerimanya pada penghujung tahun ini, tambah Dato’ Harith.

Terdapat pelbagai lagi tawaran menarik untuk pelanggan Proton seperti jaminan lanjutan 7 tahun untuk kesemua kenderaan baharu Proton.

Pada majlis meraikan sambutan ulang tahun di kilang Proton Shah Alam, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pengerusi Proton dan Dato’ Harith turut melancarkan logo rasmi sambutan. Logo ringkas itu melambangkan elemen lepas dan masa depan Proton di dalam bulatan sebagai simbolik kepada hubungan di dalam industri automotif. Logo tersebut juga lambang pandangan ke hadapan, organisasi progresif yang kekal bertahan dan bertanggung jawab kepada pihak berkepentingan dan kuasa yang hendak diakui untuk masa depan.

wpid-wp-1437186262484.jpeg

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.