Proton Mensasarkan Keputusan Cemerlang di Australia

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.01

Proton pada hari ini akan memulakan cabaran di Rali Antarabangsa Queensland yang merupakan pusingan kedua Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC].

Dengan menduduki podium juara dan ketiga pada Rali Malaysia April lepas, Proton kini mendahului kategori pengeluar dengan 35 mata dan 54 mata dalam kategori pasukan. Kedua-dua pemandu iaitu Chris Atkinson dan Alister McRae pula masing-masing menduduki tangga teratas dan ketiga kategori pemandu dengan 33 dan 21 mata. Bonus buat Proton apabila mereka turut mendahului kategori pacuan dua roda [2WD] dalam Piala Rali APRC dan Kejohanan Junior APRC selepas penampilan pertama Pasukan Rali Proton Cusco dengan mendapat keputusan 1-2 di Malaysia.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.02

“Selepas permulaan yang hebat tahun ini di Malaysia, kami mensasarkan keputusan yang sama di Australia. Australia adalah pasaran yang penting untuk Proton dan sebuah negara yang mempunyai tradisi sukan yang kuat. Sangat menarik apabila kami bermula di negara sendiri dan kemudian ke Australia, negara pemandu kami, Chris Atkinson,” kata Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Dato’ Seri Haji Syed Zainal Abidin.

Kedua-dua Chris dan Alister berlumba dengan cemerlang pada pusingan sama tahun lepas dengan memenangi hampir kesemua kecuali dua pusingan. Walau bagaimanapun kereta Chris rosak semasa perlumbaan manakala kereta Alister pula terpaksa bersara selepas beliau melanggar batu besar pada hari terakhir perlumbaan.

Proton Satria Neo S2000 Australia 2011.03

Selain daripada Satria Neo S2000, Proton turut menghantar dua buah Satria Neo Grup N di bawah Pasukan Rali Proton Cusco yang bakal dipandu oleh pemandu veteran tanah air dan juara APRC iaitu Karamjit Singh dan Akira Bamba dari Jepun.

Rali Queensland mencatat rekod penyertaan dengan 96 buah kereta termasuk 16 buah dari luar negara yang mewakili 10 buah negara. Dengan tiga hari perlumbaan, rali ini mempunyai 19 peringkat perlumbaan dengan jarak keseluruhan 230.79 km.

Muhammad

One Comment

Kata Anda//