Proton Melantik John Doody Chacko Sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan

JOHN D. CHACKO

SHAH ALAM, 4 Ogos 2011 – Proton Holdings Berhad pada hari  ini mengumumkan pelantikan John Doody Chacko sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan. Chacko yang mempunyai 25 tahun pengalaman di dalam pemasaran global akan bertanggungjawab terhadap penjenamaan, pemasaran dan sukan permotoran kumpulang dalam meningkatkan jenama Proton di dalam pasaran tempatan dan global.

Chacko merupakan graduan Pengajian Pengurusan daripada Universiti Waikato, New Zealand. Beliau telah berkhidmat di dalam pelbagai firma antarabangsa di serata dunia. Chacko kembali ke Malaysia pada awal 2011 sempena Returning Expret Program dan impiannya untuk berkhidmat dengan firma dengan menggunakan pengalaman yang beliau ada.

Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton berkata, “John adalah contoh rakyat Malaysia yang berjaya di luar negara. Dengan pengalaman kerja dan bermastautin di lima benua, sembilan negara dan sebelas bandar, John merupakan rakyat global tetapi Malaysia tetap di hatinya. Impiannya adalah untuk menyumbang kembali kepada jenama Malaysia dan saya gembira beliau memilih Proton.”

Silakan kongsi:

5 comments

Skip to comment form

    • teamsleepnine on 06/08/2011 at 12:28 PM
    • Reply

    Congratulation and good luck…make sure rally remain part of proton a&p ….

    • teamsleepnine on 06/08/2011 at 2:39 PM
    • Reply

    Btw….proton British touring car championship car dah siap…..
    This week race!!!
    autosport.com/news/report.php/id/93645

  1. bro,apa achivement mamat ni bro

  2. Dah takde org tempatan yg lebih berkelayakan ke?

    • belalang_kontot_dalam_kenangan on 09/08/2011 at 1:57 PM
    • Reply

    die ni kire org tempatan la kan?huhu..hope die dapat menyumbang banyak utk proton..

Leave a Reply to belalang_kontot_dalam_kenanganCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.